Khabar terbaru memetik sumber dari Putrajaya memaklumkan bahawa
pilihanraya umum hampir pasti diadakan dalam tempoh selepas Hari Raya
Aidilfitri dan sebelum perayaan Hari Malaysia.
Justeru itu, Najib dijangka akan memohon supaya parlimen dibubarkan bulan depan.
Hari Raya Aidilfitri dijangka jatuh pada 19 Ogos manakala 16 September
adalah Hari Malaysia, idea asal Pakatan Rakyat tetapi ditiru pentadbiran
Najib tanpa rasa segan dan malu.
Tempoh itu juga membolehkan bakal haji menunaikan ibadah rukun Islam
kelima dalam keadaan selesa yang dijangka bermula pada 26 Oktober tahun
ini, poliemik yang mencetuskan penentangan kuat terhadap idea mengadakan
pilihanraya umum dalam musim haji yang menafikan hak lebih 27 ribu
pengundi untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.
Dalam bayangan tarikh pilihanraya, Najib menyatakan di Pekan,
Pahang, semalam bahawa calon-calon pilihanraya masih dalam proses
senarai pendek yang perlu diperhalusi sebelum keputusan akhir dibuat
dalam beberapa minggu ini.
Selain menggunakan slogan 'Janji Ditepati' yang juga slogan rasmi
sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini yang mendapat kecaman banyak pihak,
Najib juga menggunakan beberapa pendekatan 'mesra rakyat'
tetapi hasil kajian mendapati impak ke atas golongan sasar iaitu rakyat
berpendapatan RM3000 ke bawah tidak menggalakkan seperti mana imbuhan
yang diberikan dalam bentuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang
berakhir April lalu.
Karnival tersebut, yang terbaru diadakan di Teras Jernang, Bangi,
Selangor, mendapat sambutan dingin malah beberapa pihak mendakwa peserta
karnival terdiri daripada pelajar sekolah dan penuntut kolej yang
diangkut menggunakan bas, satu reaksi negatif kerana golongan tersebut
belum boleh mengundi dalam pilihanraya umum akan datang.
Telahan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebelum ini meramalkan
pilihanraya umum akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri ternyata
berasas kerana mengandaikan Najib akan sempat memanggil
kesemua parti komponen BN bagi membuat persiapan terakhir dan
Ramadan yang kini bermula akan dijadikan medan meraih sokongan
terutamanya dalam majlis berbuka puasa termasuk warga Felda dan
kakitangan awam yang bakal dikerah, menurut aturcara program Najib
sepanjang bulan puasa.
“Kami jangka BN akan menggunakan peluang Aidilfitri sebaikmya kerana
pengundi akan berfikir serius untuk kembali kepada kampung halaman
mereka untuk mengundi hanya selepas mereka pulang dari cuti, "katanya
kepada organ parti Islami tersebut, Harakahdaily di Rabat, Maghribi.
Menurutnya lagi, Najib akan sempat membentangkan Belanjawan
2013 yang dijangka pada 28 September memandangkan pilihanraya mesti
diadakan dalam tempoh 60 hari selepas notis pembubaran parlimen diterima
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Kajian Merdeka Center menunjukkan bahawa populariti Najib kini
berada pada paras 65 peratus yang dicerap pada Mei tahun ini, kurang
enam peratus berbanding bekas Perdana Menteri, Abdullah Badawi yang
memanggil pilihanraya di tahap sokongan 71 peratus tetapi Barisan Najis
kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen selain lima negeri dan satu
Wilayah Persekutuan berjaya dimenangi Pakatan Rakyat.
Persoalannya kini adalah, beranikah Najib menghadapi keputusan
pilihanraya di saat pelbagai tohmahan dilempar terhadap musuh ketatnya,
Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat termasuk yang terbaru, imej komunis,
subversif dan ekstrimis Jemaah Islamiyah (JI) meresap ke dalam pakatan
tersebut selain isu filem 13 Mei arahan pengarah kontroversi Shuhaimi
Baba yang jelas memberi gambaran buruk terhadap insiden berdarah itu
kepada Pakatan Rakyat.
Pilihanraya kali ini dijangka paling sengit dalam sejarah negara yang
mempunyai 28.4 juta penduduk terdiri daripada puluhan etnik dan bahasa
selain hampir 13 juta daripadanya akan mengundi termasuk lebih 2.2 juta
akan membuang undi buat kali pertama.
Mandat semasa BN akan berakhir pada 28 April 2013, iaitu kira-kira lapan bulan dari sekarang.
Kedudukan semasa politik negara masih dalam tanda tanya tetapi pelbagai
pihak meramalkan beberapa negeri bakal terlepas ke tangan Pakatan
Rakyat, termasuk Perak yang pernah dikuasai selama 11 bulan sebelum
berlakunya rampasan kuasa secara tidak sah pada 4 Februari 2009 yang
didalangi Najib Altantuya sendiri yang ketika itu masih Timbalan Perdana
Menteri.
Selain Perak, penganalisis politik meramalkan Negeri Sembilan akan
tumbang dan Johor akan menyaksikan Pakatan Rakyat bakal menyapu kerusi
campuran Melayu iaitu peratusan kaum antara 50 hingga 55 peratus iaitu
antara 10 hingga 14 kerusi daripada jumlah 26 kerusi yang ditandingi,
kebanyakkannya calon sama ada MCA atau MIC selain GERAKAN.
Najib sangat berhati-hati dalam mengumumkan tarikh pilihan
raya walaupun beliau menyatakan keyakinannya memenangi kerajaan pusat
dan semua negeri.
BN menguasai Putrajaya dan Sembilan negeri manakala pembangkang, Pakatan
Rakyat (PR) menguasai Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.
Antara petunjuk lain yang difikirkan Najib adalah kes rayuan
yang difailkan semula oleh Saiful Bukhari Azlan ke atas Anwar yang sudah
dimulakan sebaik sahaja keputusan bertulis perbicaraan dikeluarkan
kepada semua pihak dan pengadu mesti merayu dalam tempoh 10 hari selepas
keputusan tersebut dikeluarkan.
Adalah dijangka, Najib akan meminta kes-kes perbicaraan
berkait dengan Anwar dan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk
timbalan presidennya, Azmin Ali dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham
Shahrin, akan didengar seberapa segera bagi memastikan kunci Pakatan
Rakyat ini terganggu sekaligus menjejaskan persiapan PKR menghadapi
pilihanraya umum akan datang.
Tidak ketinggalan, desakan pemberian bonus sempena Aidilfitri ini oleh
CUEPACS bakal memberi tekanan berganda buat Najib Altantuya kerana
perbelanjaan mengurus kerajaan sudah bertambah secara ketara sejak
mengambil alih tugas pada April 2010.
Hutang kerajaan persekutuan yang tinggi, iaitu RM456.2 bilion setakat
April tahun ini turut meresahkan Najib Altantuya kerana pendapatan
kerajaan kini hanya bergantung kepada dua sumber utama iaitu perolehan
royalti, cukai dan dividen Petronas; dan simpanan rizab tunai yang besar
dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu kira-kira 321.7
bilion.
Kerajaan Najib Altantuya setakat ini telah berhutang sebanyak RM144.56
bilion dan keputusan terbaru untuk menaikkan umur persaraan daripada 56
kepada 60 tahun yang signifikannya memberi erti bahawa wang pencarum
hanya boleh dikeluarkan apabila bersara bakal mendapat tentangan hebat
kaum pekerja yang terasa diri mereka dianiaya dan dipermainkan
menggunakan wang titik peluh mereka sendiri.
JALAN PULANG
Read more ...