Thursday, August 25, 2011
Seorang tentera maut ditembak, seorang cedera, 3 ditahan Polis. Mana Panglima Angkatan Tentera Malaysia?
Blogger UMNO nak bantu pendakwaraya tapi sayang KANTOI!!!
Salam,
Kalau tak menipu bukan amenolah namanya. Perkara ini memang dah jadi sinonim untuk sesetengah blog-blog pro Umno. Semasa prosiding kes liwat II di makhamah dikejutkan dengan pendedahan yang Jabatan Kimia tidak mempunyai tauliah daripada ASCLD maka kemudian tersiarlah gambar sijil yang menggunakan sistem PDF di sesetengah blog pro umno....kononnya nak menunjukkan FAKTA di makhamah itu satu penipuan.
Diatas adalah gambar yang aku ambil dari dalam blog-blog pro umno yang kononnya menunjukkan Sijil yang diperolehi oleh Jabatan Kimia Malaysia. Kalau kita lihat di sesetengah blog gambar tersebut menggunakan program PDF. Kenapa menggunakan PDF sebab ..............Hu hu hu ?
Aku akan bongkarkan kenapa gambar ini gambar photoshop. Tapi perkara ini hanya dapat dilihat apabila kita membuka gambar asal yang dipaparkan di sesetengah blog pro umno yang menggunakan program PDF sahaja. Aku akan gambarkan melalui print screen seperti dibawah.
Ini adalah seperti gambar yg tertera apabila kita membuka menggunakan PDF
Kalau kita lihat secara mata kasar kita tak akan dapat tahu yang sijil ini adalah sijil photoshop....kalau pun ada perbezaannya adalah dari sudut format tulisan. Kita terus ke langkah seterusnya. Naikkan mouse ke atas ( bahagian antara nama & logo). Klik kan disitu dan paparan akan menunjukkan tanda kotak. Ini menunjukkan teknik tampalan.
Selepas di klik akan keluar seperti ini.
Seterusnya klik pula dibahagian tandatangan....di sini tandatangan terbahagi kepada dua bahagian. Ini menunjukkan bahagian tandatangan ditampal 2 kali...
Dan yang terakhir sekali shiftkan semua bahagian.....
Hu hu hu wahai blog-blog penjilat umno.....agak kurang bijak bila convertkan sesuatu program itu kepada sesuatu program yang lain kerana ia tidak akan mengubah dasar program yang asal cuma ia hanya mengubah paparan sahaja. Aku tak pastilah program apa yang digunapakai untuk membuat sijil ini sebelum di convertkan ke program PDF tetapi convert file tidak akan merubah dasar sesuatu file tu. Jika ianya gambar dan diconvertkan ia tak akan terpecah kepada beberapa bahagian dan bila ia terpecah-pecah ini menunjukkan sijil diatas ini dibuat bukanlah gambar atau sijil yang asal.....Perisik Rakyat
Anwar akan 'Di Tembak' sehingga tidak boleh berdiri
Bola kini di gelanggan Najib. Beliau adalah PM dan dia mesti menyatakan dengan jelas, jikalau dia yang terlibat dan jikalau terdapat apa apa komplot dengan Mahathir dalam kes semasa dan pada tahun 1998.
Kedutaan AS diberitahu oleh dua sumber yang berbeza
Di mana Gaddafi bersembunyi?
1. Hotel Rixos, Tripoli
2. Tunisia
3. Afrika Selatan
4. Kompleks Bab al-Aziziya
5. Sirte
6. Hospital di luar Tripoli
**Kerajaan Venezuela, Arab Saudi, Zimbabwe, Uganda turut percaya hospital di luar Tripoli menjadi lokasi utama persembunyian Gaddafi.
Liwat Fasa 2: Tiada sperma dikesan selepas LAPAN jam, SAH Dr Seah bohong!!
Beliau yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes fitnah liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkata jumlah sperma akan merosot selepas dibiarkan terdedah.
Justeru pasukan peguambela meragui sekiranya pakar DNA Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong menjalankan ujian keatas spesimen sperma yang sama diperolehi dari dubur pengadu Saiful Bukhari Azlan.
"Sekiranya sperma diuji selepas 100 jam (tanpa simpanan betul), adakah kemungkinan ujian akan mencatatkan bacaan negatif?" tanya Ram.
"Benar.
Kemungkinan bukan sampel yang sama berdasarkan sejarah kajian," jawab Brian.
Pada sebelah pagi semalam, mahkamah dikejutkan dengan penemuan makmal di Jabatan Kimia Malaysia (JKM) tidak mendapat pensijilan ISO17025 yang dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD).
Perkara yang didedahkan Brian itu menyatakan bahawa mana-mana makmal yang menjalankan ujian DNA harus mendapat akreditasi di peringkat antarabangsa.
Namun difahamkan makmal JKM di mana ujian sperma kes liwat Saiful dijalankan gagal memperoleh sijil ISO setelah tamat pada Oktober 2005.
Makmal tersebut yang diberi tempoh lima tahun daripada tarikh tamat untuk memenuhi piawaian masih tidak mendapat pengiktirafan malah diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir Oktober nanti.
Sankara yang ditemui media selepas hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menangguhkan sesi perbicaraan hari ini menyanggah keterangan Seah sebelum ini yang menyatakan jumlah sperma yang banyak berjaya dikesan walaupun telah melebihi 90 jam.
"90 jam masih kata ada banyak.
(Seah) perlu jelaskan bagaimana beliau dapat.
Ianya mungkin tiada sperma langsung.
Itu sebab saya suruh tunjukkan foto (sperma) di mahkamah tapi mereka kata tiada," katanya.
Sesi perbicaraan hari ini turut menyentuh kelalaian Seah memperbetulkan kesilapan tarikh yang dicatatkan pada dua botol spesimen yang mengandungi DNA.
Botol-botol itu dilabel dengan tarikh 26 Jun 2008 sedangkan Saiful membuat aduan di Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun tahun yang sama.
Menurut Brian, sebagai pakar DNA, Seah peka terhadap sebarang kecacatan sebelum mengetengahkan kepada umum dengan hasil ujian.
Brian menyifatkan kemungkinan sampel diambil pada 28 Jun atau ianya telah disalah label.
Katanya perbuatan Seah mampu merisikokan nyawa seseorang dan akan dibuang kerja sekiranya ianya berlaku di negara Australia.
Mahkamah bersambung jam 9 pagi nanti di mana Ram Karpal akan meneruskan sesi menyoal pakar dari Australia itu. JP
Liwat Fasa 2: Anwar Ibrahim sedang "Perangkap" Najib
Tindakan Anwar Ibrahim mempertahankan diri dari dalam kawasan
tertuduh sebenarnya memerangkap Najib supaya teruskan "permainan" yang diatur oleh juak-juaknya sendiri |
Ramai juga yang minta komen saya tentang pendirian Anwar memilih untuk membela dirinya melalui keterangan tidak bersumpah.
Saya rasa elok juga saya berkongsi pendapat mengenai pendirian Anwar tersebut.
Saya akui awalnya saya juga agak terkejut dengan pendirian Anwar tersebut.
Namun setelah mengikuti keterangannya tersebut saya harus akui bahawa tindakan Anwar amat amat bijak.
Saya percaya pendirian itu dibuat dengan perkiraan yang mendalam dengan mengambil kira sejak awal lagi perbicaraan Anwar dilihat melanggar norma-norma atau piawaian perbicaraan yang adil.
Memberi keterangan dengan tidak bersumpah sudah tentu merupakan pilihan yang terbaik untuk Anwar dalam kondisi sebegitu.
Musuh Anwar memulakan serangan di atas pendirian Anwar tersebut.
Dengan nada sinis mereka memperli kononnya Anwar takut untuk disoal balas oleh pendakwaraya.
Musuh beliau menyatakan Saiful lebih berani dari Anwar kerana beliau memberikan keterangan dengan bersumpah dan rela disoal balas oleh Karpal Singh.
Ya, ia satu hujah yang menarik tapi malangnya hujah tersebut bertolak dari qiyas atau analogi yang tidak betul atau dalam bahasa arabnya dipanggil qiyas ma'al fariq.
Mengapa?
Isu Saiful berani memberi keterangan bersumpah tidak timbul kerana sebagai saksi pendakwa , undang-undang mewajibkan beliau memberi keterangan bersumpah.
Makna mudahnya Saiful tidak ada pilihan kecuali wajib memberi keterangan bersumpah.
Terpaksa memberi keterangan secara bersumpah bukan indikator keberanian seseorang.
Kedudukan Anwar sebagai pihak yang dituduh berbeza dengan kedudukan Saiful.
Tidak seperti Saiful undang-undang memberi Anwar tiga pilihan yang sah untuk membela diri iaitu sama ada memberi keterangan dengan sumpah ( yang boleh disoal balas ) atau memberi keterangan dengan tidak bersumpah ( yang tidak boleh disoal balas ) atau hanya berdiam diri.
Hatta jika Anwar memilih untuk berdiam diri hakim tidak boleh secara automatik membuat kesimpulan bahawa Anwar bersalah kerana seorang hakim masih perlu meneliti semula keterangan pendakwa sebelum membuat keputusan.
Sekali lagi ia hujah yang menarik tetapi malangnya hujah tersebut gagal melihat keseluruhan proses perbicaraan Anwar.
Melihat pendirian Anwar yang memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah secara terpisah dengan keseluruhan proses perbicaraan Anwar bukan sahaja tidak wajar malahan secara jelas ia satu hujah yang dangkal.
Hakikatnya bagi saya kerana kepercayaan bahawa dirinya tidak bersalah mendorong Anwar mengambil pendirian tersebut.
Mana-mana tertuduh yang tidak bersalah dengan mudah dijatuhkan hukuman bersalah dalam perbicaraan yang tidak adil.
Jika perbicaaraan Anwar memang dari awal mengikut piawaian perbicaraan yang adil hujah musuh Anwar itu mungkin ada keabsahannya.
Namun dengan pelbagai perkara pelik dan tidak masuk akal berlaku dalam kes Anwar pendirian Anwar bukan sahaja wajar malahan amat tepat.
Mari kita ambil satu contoh kepelikan dari siri-siri kepelikan yang berlaku dalam kes Anwar iaitu isu tawaran saksi saksi pendakwa kepada pasukan peguambela Anwar.
Bukankah pendakwa raya telah menawarkan kepada pihak peguambela Anwar beberapa orang saksi mereka seperti Najib, Rosmah, Musa Hassan dan beberapa orang lain.
Berdasarkan prinsip undang-undang jenayah dan piawaian perbicaraan yang adil saksi-saksi pendakwa ini sewajarnya bersedia dipanggil oleh pihak pembela dan mereka juga wajar menjawab soalan-soalan peguambela apabila dipanggil untuk temubual.
Peliknya dalam kes Anwar ini saksi saksi yang ditawar oleh pendakwa ini boleh memilih untuk tidak ingin menjadi saksi pihak pembela dan tidak mahu menjawab soalan-soalan peguambela Anwar semasa sessi temubual.
Tindakan pelik saksi saksi ini malangnya timbul dari keputusan pelik hakim yang menyatakan bahawa saksi saksi seperti Najib dan Rosmah ini boleh memilih untuk tidak menjawab soalan-soalan peguambela Anwar.
.
Keputusan Hakim tersebut menyebabkan tawaran saksi-saksi pendakwa seperti Najib dan Rosmah kepada pasukan peguambela Anwar tidak ada apa apa nilai dan hanya sia-sia dan membuang masa.
Apa gunanya pendakwaraya menawar saksi-saksi mereka yang enggan bersuara dan apa gunanya pula untuk peguambela Anwar memanggil saksi-saksi yang enggan bersuara ( baca kecut untuk bersuara ).
Hakikatnya bukan Anwar yang tidak berani memberi keterangan bersumpah sebaliknya Najib, Rosmah , Musa Hassan dan Rodwan yang takut untuk memberi keterangan sama ada secara tidak bersumpah di luar mahkamah iaitu dalam sessi temubual atau secara bersumpah di dalam kandang saksi di mahkamah.
Mereka tidak habis habis 'menyalak' supaya perbicaraan disegerakan sedangkan tindakan Najib, Rosmah, Musa Hasan dan Rodwan ini antara penyumbang besar kepada kelengahan perbicaraan
.
Seperkara lagi Anwar sudah punya pengalaman memberi keterangan bersumpah sebanyak dua kali sebelum ini dan beliau amat arif permainan kotor musuhnya.
Memberi keterangan bersumpah akan dikawal oleh mantra 'tidak relevan' yang akan kita dengar berulang-ulang kali seperti dua perbicaraan beliau yang terdahulu.
Bayangkan jika keluar dari mulut Anwar misalnya 'ada konspirasi nak aibkan saya...tidak relevan..' macam mana TV3 boleh ada siri khas tentang Saiful' ..tidak relevan.. begitulah yang saya percaya ada di dalam pemikiran Anwar.
Memberi keterangan secara tidak bersumpah tidak boleh dikawal oleh mantra 'tidak relevan'.
Anwar bebas menentukan rentak dan iramanya tanpa diganggu gendang 'tidak relevan'.
Hakikatnya apa yag Anwar katakan tersebut itulah yang paling ditakuti oleh musuh-musuhnya .
Malang sungguh musuh Anwar kerana penantian mereka bahawa Anwar akan terperangkap dalam jerat mereka tidak berlaku.
Yang berlaku adalah Anwar yang kini menjerat mereka dan sehingga artikel ini ditulis seluruh manusia di seantero alam kini mula menghakimi sistem kehakiman negara ini dan para aktor -aktor yang terlibat dalam perbicaraan Anwar.
Syabas Anwar !
- Hanipa Maidin
Muhyiddin sebenarnya telah kuasai Putrajaya dari Najib
Bukankah ianya Najib?
Ada sesiapa dapat apa-apa idea?
Kita tahu ada cakap-cakap bahawa masa Najib hampir tamat.
Jumlah kontroversi di sekelilingnya seolah-olah telah memuncak ke tahap sehingga Mufti Negeri telah menyertai dan mengutuk kerajaan Najib sebagai lemah, tidak amanah dan penuh dengan rasuah.
Ketua komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad juga mendakwa bahawa Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengambil alih pentadbiran Malaysia dari bosnya Najib Razak, dan apabila isu Jawatankuasa Pilihan Parlimen semakin panas.
Najib telah berjanji pentadbiran beliau akan menunggu hasil dari PSC sebelum menjadualkan pilihan raya yang baru.
Tetapi hanya beberapa hari selepas diumumkan, dia kembali pada kata-katanya dan kenyataan terkini berhubung perkara itu adalah bahawa pilihanraya boleh diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.
"Orang pernah berjenaka bahawa Rosmah yang mentadbir negara.
Sekarang Muhyiddin yang mentadbir negara, "Nik Nazmi berkata kepada pemberita.
Skandal yang terlalu banyak
Tetapi bagaimana Muhyiddin boleh mentadbir negara ?
Bolehkah dia sebenarnya berbuat demikian?
Bukankah Najib yang tidak berkuasa?
Bukankah beliau sepatutnya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia, dan dianggap orang yang paling berkuasa di negara ini?
Dengan semua sumber-sumber yang boleh digunakan, ia merupakan satu keajaiban bahawa Najib tidak menggunakannya untuk mengukuhkan kuasanya.
Sekarang orangnya meloncat ke atasnya, dan berita pengunduran beliau pada masa terdekat sentiasa dimainkan di media hampir setiap hari.
Walaupun tiada siapa yang fikir Najib bersih, memandangkan kerjayanya yang panjang dan dicemari skandal selama 33 tahun dalam perkhidmatan awam, beliau masih mampu untuk mencapai yahap Perdana Menteri dan memegang jawatan tertinggi di negara ini.
Jika dia tidak boleh memimpin, siapakah di negara ini yang layak untuk mengambil tempatnya?
Adakah tuduhan-tuduhan yang benar-benar bahawa dia dan Muhyiddin hanyalah ‘ pemanas tempat duduk’ sehingga lelaki botak itu sendiri mengambil takhta 'sah' itu?
Apa yang akan berlaku kemudian kepada Hishammuddin?
Apakah bahagian yang dia mainkan dalam persamaan ini atau adakah dia akan menjadi TPM selama-lamanya?
Ia adalah tanpa sebarang keraguan bahawa reformasi tidak akan dilaksanakan untuk rol Pilihan Raya sebelum pilihan raya umum, yang kemungkinan besar akan diadakan tidak lama lagi.
Barisan Nasional (BN) dijangka menang dengan majoriti sedikit juga, jika tidak majoriti dua pertiga!
Tetapi Najib masih mungkin tidak akan tinggal apabila pilihan raya parti UMNO diadakan tahun depan.
Beberapa berfikir dia boleh ditekan untuk mengumumkan pelan peralihan pada bulan Disember, apabila perhimpunan agung parti itu diadakan.
Mengapa Najib tidak membuat rombakan Kabinet apabila beliau mempunyai peluang untuknya awal-awal lagi?
Orang di jalanan hairan pada kelakuan dalaman UMNO.
Tiada siapa yang mempunyai jawapan yang betul atau mengetahui tujuan sebenar di sebalik perjuangan kuasa.
Tetapi langkah untuk mendapatkan Najib untuk berundur seolah-olah akan beralih ke gear teratas sejak akhir-akhir ini dengan kedua-dua belah jurang politik meningkatkan kritikan terhadap pentadbiran beliau.
Hulubalang UMNO perlu disalahkan, bukan sahaja Najib
Najib telah bersetuju untuk menjadi TPM Anwar jika mereka berjaya menang terhadap Mahathir dalam pemilihan parti.
Tetapi untuk berlaku adil, masalah Najib adalah masalah yang dicari sendiri.
Apa yang semua musuh-musuhnya telah lakukan adalah menyerlahkan skandal beliau yang beliau dan isterinya Rosmah Mansor yang dibawa kepada diri mereka sendiri.
Tuduhan tawaran kapal selam dan pembunuhan masih sentiasa muncul dalam akhbar, dengan semakin kurang orang ramai yang membelanya.
Kes berterusan liwat, kontroversi video seks dan cara beliau menangani perarakan Bersih 2,0 telah melemahkannya dari segi politik, dan mungkin juga parah sebagai pemimpin kebangsaan.
Walaupun sebelum kenaikannya ke jawatan Perdana Menteri Najib, dia dibelenggu skandal dan terdapat cubaan serius untuk menghentikan dia daripada mengambil alih sebagai Perdana Menteri yang baru.
Rayuan telah dibuat kepada putera Kelantan Tengku Razaleigh untuk menawarkan diri sebagai alternatif tetapi hulubalang UMNO tidak mahu semua itu.
Jadi jika UMNO telah lemah lagi kerana pentadbiran Najib atau pemerintahan yang buruk, sebahagian besar pemimpin-pemimpin Majlis Tertinggi sendiri juga perlu menanggung kesalahan.
Perbicaraan Altantuya dan skandal Scorpenes sudah terlalu besar tetapi untuk menenangkan Mahathir, mereka membenarkan Najib untuk mengambil alih daripada Badawi.
Tidak membawa Malaysia ke mana mana
Sejak itu, Najib telah melakukan cuma sedikit untuk menyelamatkan jawatan Perdana Menterinya kerana beliau memberi ruang untuk membolehkan NGO jembel seperti Perkasa untuk pergi ke jalanan dan menjejaskan ketenangan bangsa dan agama di negara ini.
Rakyat Malaysia melihat hari ini dengan tidak berdaya terhadap ekstremisme yang menunjukkan kehodohannya dengan pelbagai NGO berkaitan UMNO menawarkan 'jihad' atau pensucian terhadap kumpulan-kumpulan Kristian ke atas kitab, "Allah", ‘pengubahan agama’ dan lain lain lagi .
Pada masa kini, tidak ramai rakyat Malaysia akan sedih untuk melihat dia dan Rosmah pergi.
Keluaran awalnya akan meninggalkan gunung kerja yang belum selesai, yang penggantinya pasti akan menyapu ke dalam tong sampah dengan seberapa segera sebaik sahaja dia keluar.
Sungguh membazirkan wang dan jika anda membil apa yang hilang kepada negara 3 tahun yang lalu, jumlahnya dengan mudah boleh mencapai sehingga ratusan billion.
Bagaimana jika Najib enggan melepaskan jawatan itu?
Satu cadangan yang agak tidak masuk akal apabila terdapat pemangsa begitu banyak dan lembu yang mengintai takhta berharga.
Sesungguhnya, ia akan sukar untuk menangkis mereka.
Sikap teragak-agaknya, jawapan lambat terhadap kontroversi dan sikap ragu-ragunya tidak membuatkan dia disayangi oleh ramai rakyat Malaysia.
Jadi antara beliau, Muhyiddin dan Pakatan Rakyat, ia adalah sungguh jelas yang mana satu akan menjadi pilihan rakyat.
Pemuda PAS tolak undi pos luar negara
Cadangan tersebut jelas tindakan yang bercanggah dengan desakan PAS dan Pakatan Rakyat yang mahukan SPR mereformasi undi pos, bukannya menambahkan lagi jumlahnya.
Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat menegaskan, pihaknya amat kesal dengan cadangan SPR itu kerana ia jelas bertentangan dengan hasrat rakyat yang mahukan SPR melaksanakan pilihanraya di negara ini dengan bersih dan adil.
Menurut beliau, untuk membolehkan pilihanraya dilasanakan dengan bersih dan adil, antara desakan yang dibuat oleh rakyat terhadap SPR termasuk menerusi himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu di Kuala Lumpur termasuklah manambah baik undi pos.
Katanya, namun cadangan terbaru dari SPR itu jelas menunjukkan sikap sebenar SPR yang tidak mengendahkan desakan rakyat, sebaliknya membuat cadangan mengejutkan untuk memperbanyakkan lagi undi pos dalam pilihanraya di negara ini.
"Tindakan Pengerusi SPR itu ternyata bertentangan dengan Perkara 114 (2) Perlembagaan Malaysia. Pengerusi SPR sendiri perlu sedar dengan kedudukannya yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
"Oleh itu, Pengerusi SPR perlu mengendalikan pilihanraya di negara ini dengan adil dan tidak memihak kepada mana-mana parti. Beliau perlu bekerja dengan jujur, bertanggungjawab dan mendapat kepercayaan Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof seperti yang dilaporkan akhbar The Star hari ini mencadangkan agar peraturan pilihanraya dipinda bagi membolehkan rakyat Malaysia selaku pengundi-pengundi yang berada di luar negara membuang undi secara pos.
Beliau mencadangkan agar pindaan tersebut dibuat sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 bagi memberikan peluang kepada penduduk Malaysia yang berada di luar negara membuang undi dengan lebih mudah.
Menurut Suhaizan, tindakan rakyat terutama menerusi himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu turut memaklumkan kekecewaan rakyat dengan perjalanan pilihanraya di negara ini yang dikendalikan oleh SPR yang tidak pernah bersih dan adil kepada Yang di-Pertuan Agong, termasuk dengan adanya undi pos yang melibatkan polis dan tentera.
"Perlaksanaan undi pos sememangnya penuh dengan ruang manipulasi. Ini antara lain terjadi kerana semasa proses pembuangan undi pos tidak terdapat pemerhati politik termasuk wakil-wakil parti yang bertanding.
"Itulah sebabnya undi pos didesak dimansuhkan. Tetapi cadangan SPR itu pula bukannya hendak memansuhkan, malah tidak juga hendak mengurangkan, sebaliknya memperbanyakkan lagi undi pos sehingga kepada orang awam yang berada di luar negara pula," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.
Perlaksanaan undi pos di kalangan orang awam khususnya rakyat Malaysia yang berada di luar negara, katanya, pasti akan meluaskan lagi ruang manipulasi terhadap undi pos.
"Dengan itu, Pemuda PAS Malaysia secara tegas menolak cadangan SPR itu dan mendesak agar SPR mengurangkan lagi undi pos di negara ini, bukannya menambahkannya seperti yang dicadangkan itu," katanya.
SPR, tegasnya, sepatutnya tidak bertindak membuat cadangan seperti itu, tetapi melaksanakan desakan rakyat agar undi pos dimansuhkan di negara ini.
"Keengganan SPR melaksanakan desakan rakyat itu bukannya boleh menaikkan imej SPR, malah akan membuatkan rakyat akan terus hilang kepercayaan kepada SPR," tegas beliau.
Namun, Pemuda PAS Malaysia mencadangkan kepada SPR agar melaksanakan pembuangan undi terhadap rakyat Malaysia yang berada di luar negara di pejabat kedutaan Malaysia di negara-negara terbabit, dengan dipantau pemerhati politik dan wakil-wakil parti yang bertanding.
"Ini bermaksud, pembuangan undi kepada rakyat Malaysia yang berada di luar negara itu sama juga seperti yang berada di dalam negara. Bezanya, mereka membuang undi di pejabat kedutaan.
"Langkah seperti itu pula bukanlah sesuatu yang asing. Malah ia turut dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan di negara-negara lain di dunia ini kepada rakyat masing-masing yang berada di luar negara.
"Jadi, SPR wajar mencontohi langkah seperti itu, bukannya membuat cadangan yang pelik dan ternyata memihak kepada Umno BN seperti itu," ujar beliau.
JASA UMNO!!! Jual tanah rezab Melayu, JASA PR!!! Halang tanah rezab Melayu dijual
Semuanya kerana isu bekas pelakon era 1980 an, Azmil Mustapha yang menghentam KERAjaan Umno-APCO dalam tazkirah di Kelana Jaya, Selangor.
Ayat Satim Diman sememangnya kurang ajar dan biadap:
Dengan bukti kukuh depan mata bagaimana Satim Diman menjadi "pelacur murahan" sebegini, tidak syak lagi apa yang dimomokkan Umno-APCO tentang "Juara Melayu" palsu belaka.
Sebagai Ketua Umno-APCO Puchong, Satim seharusnya mempertahankan tanah rezab orang Melayu yang semakin terhakis dan semakin menakutkan dari segi fakta dan data.
Jika pada 1990, tanah rezab Melayu dianggarkan sekitar TIGA JUTA hektar, kini keluasan itu semakin menyusut dengan begitu drastik.
Apakah Satim sanggup menjual kepentingan orang Melayu hanya kerana wang dan pengaruh daripada mempertahankan khazanah milik orang Melayu yang tak ternilai di kawasan bandar?
Nasib baik Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim MENOLAK mentah-mentah niat jahat Satim Diman dengan alasan pindah milik daripada pertubuhan bumiputera (Umno-APCO) kepada syarikat berstatus bukan bumiputera (Lagi Demilang Development Sdn. Bhd.)
Seharusnya langkah PAS Wilayah Persekutuan mengadakan seminar mempertahankan tanah dan kampung Melayu di kawasan bandar sememangnya patut dipuji, dan sekaligus menempelak urusniaga Satim dengan cukong Cina yang hanya tahu menjual dan menjual.
Pastikan DUN Sri Serdang N29 kali ini bakal dirampas Pakatan Rakyat dan Umno-APCO akan sekali lagi terkial-kial mencari Ketua Pembangkang baru yang berwibawa selepas pemergian Khir Toyo dengan skandal rasuahnya.
JALAN PULANG
TERBONGKAR!!! EXCO PAS Kedah masuk pusat hiburan Alor Setar di malam Ramadan
Sejak isu pusat hiburan diperkatakan di Kedah, teringin benar untuk penulis meninjau apa yang sebenarnya terdapat di pusat-pusat hiburan. Pihak pembangkang di negeri ini beriya-iya benar mendedahkan bahawa pusat hiburan yang wujud, tidak sekadar menjalankan operasi seperti apa yang tertera di atas lesen, sebaliknya ‘lebih dari itu’.
Dalam hati kecil penulis, terdetik rasa benarnya apa yang diberitahu pembangkang itu kerana mereka lebih hampir dengan tempat-tempat seperti itu berbanding pak-pak lebai dari pihak parti kerajaan yang mentadbir negeri. Ibarat jauhari yang mengenal manikam, kaki botol yang mengenal jenis samsu dan pengunjung pusat hiburan yang tahu apa aktiviti di dalamnya.
Bukan mudah rasanya, penulis hendak menjejakkan kaki ke karaoke seorang diri, sekalipun hanya bertujuan untuk meninjau. Macam-macam yang perlu difikirkan.
Apabila tiba-tiba Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh berhasrat membuat tinjauan terhadap pusat hiburan untuk melihat sejauhmana Enakmen Hiburan 1997 dilaksanakan; penulis macam orang mengantuk disorong bantal apabila dipelawa untuk turut serta.
Dalam ruang waktu yang terbatas di malam bulan Ramadhan tidak semua pusat hiburan di sekitar Bandaraya Alor Setar sempat ‘diziarahi’. Ternyata tiga darinya telah melanggar peraturan lesen apabila membenarkan Muslim berhibur di dalamnya. Ia adalah pusat karaoke. Keseluruhan pekerja dan pelanggannya adalah Melayu. Pekerjanya memberitahu, tauke mereka adalah Cina bukan Muslim. Ia tidak menyajikan minuman keras, hanya kelihatan air gas dan air mineral di atas meja.
Ada yang datang dengan keluarga, tetapi umumnya para pengunjung karaoke terdiri dari anak-anak muda. Agak merimaskan ialah apabila terdapat pasangan remaja dengan pakaian yang menjolok mata. Umumnya karaoke jenis ini tetap menjadi tempat golongan yang rosak akhlak berbanding sebilangan yang datang berhibur secara berkeluarga.
Lebih banyak pusat hiburan yang bertegas dengan pelanggan Muslim. Kehadiran kami pada mulanya cuba disekat kerana kata mereka, jika terdapat Muslim lesen akan ditarik. Selepas menyedari bahawa kami bukan pengunjung yang datang untuk mencari hiburan, mereka membenarkan. Apabila kesemua bilik ditinjau, memang betul hanya terdapat pelanggan bukan Muslim yang galak berkaraoke. Terdapat hidangan minuman keras yang sungguh meloyakan.
Dato' Phahrolrazi memeriksa hamper setiap bilik. Di sebuah karaoke di Jalan Telok Wanjah, selepas mempastikan semua pengunjung adalah bukan Muslim tiba-tiba tiga lelaki Melayu bergegas keluar dari sebuah bilik karaoke paling hujung. Terdapat minuman keras dalam gelas yang ditinggalkan. Mungkin bukan gelas mereka tapi milik pengunjung yang sebelumnya.
Dr. Ismail sempat bertanya pengawal keselamatan siapa pula Muslim yang dibenarkan mereka ke situ. Jawabnya, kalau ada muka Melayu atau Muslim di situ mereka adalah dari IPK. Penulis berbaik sangka, mungkin kehadiran mereka untuk membuat pemantauan terhadap pelanggan.
Dari karaoke kami bergerak ke lounge di Jalan Putra. Di pintu masuk, pengawal sampai bersumpah-sumpah bahawa tiada Melayu di situ. Mereka mengajak kami masuk jika tidak percaya. Melangkah saja kaki masuk, rasa bagai nak pecah gegendang telinga. Muzik yang dipasang terlalu kuat. Rasanya orang yang mampu mendengarnya, bukannya dari kalangan manusia yang normal atau mungkin juga bukan manusia. Atau ramai yang berkata bahawa penagih pil Ecstasy sahaja yang mampu mendengar muzik sekuat itu. Keadaan di dalamnya cuma samar-samar. Di sana sini terdapat ramai pasangan memadu asrama tapi tiada kelihatan orang Melayu.
Di tingkat atas terdapat banyak bilik karaoke. Penulis tidak berani untuk berada lebih lama di situ memandangkan terdapat ramai perempuan yang kelihatan macam tidak cukup kain. Apa kegiatan mereka sebenarnya?
Sebelum beredar Dr. Ismail bertanya pengawal, bagaimana jika di luar bulan puasa. Maksudnya setelah peraturan melarang orang Islam masuk pusat hiburan berakhir. Pengawal menjawab dengan jujur bahawa, ia akan dipenuhi orang Melayu. Wah, jika tempat seperti ini dihurung oleh anak-anak Melayu, hancur Melayu!
Sepanjang lawatan Dato' Phahrolrazi lebih berminat melihat status lesen di bulan Ramadhan. Ada yang boleh lemukakan lesen dan terdapat yang tiada. Maknanya kegiatan mereka dilakukan secara haram. Semua ini perlukan penguatkuasaan yang lebih tegas.
Enakmen hiburan 1997 yang kecoh satu Malaysia sebulan lalu, akan berakhir sebaik sahaja rantai yang mengikat syaitan dibukakan kunci. Hanya segelintir pengusaha yang melanggar syarat. Dato’ Phahrolrazi bertegas akan mengarahkan pejabat daerah mengambil tindakan tegas terhadap mereka. Umumnya ia boleh dianggap berjaya tetapi bagaimana keadaannya selepas Ramadhan? Ia akan menghancurkan generasi umat Islam, khususnya golongan muda.
Kesimpulannya, secara jujur banyak perkara lagi yang perlu dilakukan untuk menyelamatkan segolongan umat Islam yang makin hancur syaksiyyahnya. Ia perlu dilakukan oleh kerajaan yang memerintah serta semua entiti yang bersamanya. Ia perlu dibantu oleh setiap golongan yang sedar dalam masyarakat.
Kerajaan negeri memang tidak pernah dengan sengaja mahu menghancurkan jenerasi baru Muslim tetapi ia semacam ‘diizinkan’ jika penyelesaian segera tidak dicari hanya kerana kita tidak prihatin untuk ambil tahu perihal dunia yang berada agak luar dari lingkaran kita.
TU DIA !!! Utusan Meloya paling banyak beri liputan BERSIH 2.0 iaitu 435 artikel tapi hanya satu artikel positif
Kajiselidik tersebut meneliti semua laporan tentang gerakan reformasi pilihan raya itu, dua minggu sebelum perhimpunannya pada 9 Julai dan dua hari selepasnya, di Utusan Malaysia, The Star, New Straits Times dan The Sun.
Pemantau media CIJ, Ding Jo-Ann (kiri), yang membentangkan hasil
kajiselidik itu di sesi perbincangan di Kuala Lumpur malam tadi, berkata sejumlah 771 artikel mengenai gerakan itu telah direkodkan dari 25 Jun hingga 11 Julai, dengan lebih separuh daripadanya atau 435 artikel adalah dari Utusan Malaysia.
Bagaimanapun, katanya, 94 peratus atau 407 artikel daripadanya memberi gambaran negatif terhadap gerakan tersebut, manakala 27 yang lain adalah neutral.
"Terdapat hanya satu artikel yang positif, di mana Utusan memetik (pengerusi BERSIH 2.0 Datuk) Ambiga (Sreenevasan) tanpa memanggilnya biadap atau degil)," kata Ding.
Manakala akhbar The Star, New Straits Times dan The Sun masing-masing menyiarkan 152, 147, dan 37 artikel mengenai BERSIH.
Daripada jumlah ini, artikel negatif yang dilaporkan ialah The Star (100 atau 66%), New Straits Times (110 atau 75%) dan The Sun (23 atau 62%).
Menurut Ding, walaupun terdapat beberapa artikel yang positif tentang BERSIH, sebahagian besar dilaporkan apabila BERSIH menimbang untuk membatalkan perhimpunan tersebut selepas Yang di-Pertuan Agong campurtangan.
Fitnah II: Bukti pendakwa raya tidak lengkap, diubahsuai
Ia diketahui melalui saksi kelima peguam bela iaitu pakar molekul genetik, Dr Brian McDonalds dari Australia.
Dr McDonalds dalam keterangannya memberitahu mahkamah, calitan kapas yang diambil dari tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan sepatutnya terus diletakkan di atas slaid kaca dan diteliti di bawah mikroskop selain disimpan di dalam botol plastik oleh pegawai penyiasat.
Penelitian di bawah mikroskop itu menurut Dr McDonalds, membolehkan doktor atau saintis mengetahui terus samada calitan yang diambil itu merupakan calitan air mani atau pun tidak.
Tindakan pegawai penyiasat, Jude Pereira menyimpan sampel itu di pejabatnya selama dua hari pada suhu bilik juga menimbulkan keraguan kerana ia mungkin diubahsuai dan tercemar.
Peguam kepada Anwar, Sankara Nair ketika mengulas berkata, langkah itu sepatutnya dilakukan kerana ia prosedur biasa dalam mana-mana kes serangan seksual.
Namun, katanya, dalam kes Fitnah II ini ia tidak pula dibuat.
“(Sepatutnya) boleh tengok terus, untuk tahu samada (sampel) mengandungi air mani atau tidak.
“Pada peringkat itu, ia kepunyaan siapa tidak penting kerana ia boleh diketahui kemudian.
“Di Malaysia, kita tidak lakukan perkara ini tetapi di Australia mereka buat,” kata Sankara ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Dalam kenyataannya pada sebelah petang, Dr Brian MacDonalds mempertikai kandungan DNA yang tinggi dalam sampel air mani yang dianalisa Jabatan Kimia Malaysia.
Menurutnya, sampel air mani yang berada di dalam rektum seorang lelaki selama lebih 56 jam sebelum calitan air mani itu diambil dengan putik kapas sepatutnya mempunyai kandungan DNA yang sudah merosot.
(Saiful diperiksa pada 28 Jun, 2008 – selepas lebih dua hari dari masa kejadian liwat didakwa berlaku pada 26 Jun 2008).
Ditambah pula ia disimpan selama lebih dua hari oleh pegawai penyiasat Jude Pereira di pejabatnya pada suhu bilik dan tidak disejukbeku, sampel itu sepatutnya sudah tidak boleh digunakan kerana terdapat kemungkinan ia sudah dicemari bakteria lain yang tumbuh, kata Dr MacDonalds.
Ini berlawanan dengan laporan Ahli Kimia, Dr Seah Lay Hong yang mendapati terdapat banyak DNA ‘segar’ sewaktu beliau menganalisa sampel dari HKL yang diserahkan Jude Pereira.
Perkara ini, kata Sankara Nair, adalah tidak tepat dan tidak masuk akal.
Ia juga meyakinkan Sankara dan pasukannya bahawa bukti itu diubahsuai sebelum ia sampai ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.
“Kerana itu kami katakan ia (mungkin) diubahsuai. Bagaimana ia diubahsuai, kami tidak tahu tetapi kami yakin ia diubahsuai.
“(Lebih meragukan), Dr Seah sendiri sewaktu memberikan keterangan dahulu enggan memberikan penjelasan terperinci bagaimana beliau menganalisa sampel itu.
“Beliau juga enggan menerangkan bagaimana kit ujian yang digunakan,” kata Sankara.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=19571
Pengerusi SPR ni mungkin dah 'taubat' sempena Ramadan?
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengakui bahawa penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda, adalah kurang bermasalah daripada menggunakan sistem biometrik.
Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, walaupun biometrik adalah "sistem yang sempurna" di segi teorinya, tetapi wujud kelemahan bila diamalkan.
"Hujah bahawa (seseorang yang mempunyai beberapa kad pengenalan) boleh mengundi sekali sahaja dan kemudian bawa kad lain ke saluran yang berbeza, dan ia akan sepadan dengan cap ibu jarinya dan dia akan dibenarkan mengundi
"Prasyarat bagi sistem ini berkesan ialah setiap orang mempunyai hanya satu kad pengenalan sahaja," katanya.
Dibanding dengan dakwat kekal, katanya, sistem tersebut boleh juga bermasalah pada hari mengundi dan menyulitkan prosesnya.
Abdul Aziz berkata, pihaknya mencubanya dengan 50 orang dan purata masa bagi setiap orang adalah 10 saat, tetapi menghadapi masalah apabila mesin tidak dapat mengesannya.
"Dengan dakwat kekal, anda hanya perlu celup jari dalam dakwat," katanya.
Beliau juga berkata sistem biometrik "sangat mahal" dan memerlukan sekurang-kurangnya tujuh bulan.
Abdul Aziz juga menafikan dakwaan timbalannya, Datuk Wan timbalan Ahmad Wan Omar bahawa dakwat kekal boleh digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menandakan pengundi naif supaya mereka hilang kelayakan untuk mengundi.