Saturday, February 26, 2011

Baik sangat semendang ja PR kena

PR berkubur kerana jujur..!!!

Pilihanraya Malaysia kini sudah bersih selepas kebangkitan kempen BERSIH 2008?

Cap jari untuk menyekat pengundian dua kali oleh individu sama belum berjalan sampai kini. Sekalipun dakwat mulanya telah ditempah, saat akhir menjelang pilihanraya umum lalu ia dibatalkan.


PRK Merlimau dan Kerdau harus menghidupkan balik tuntutan penting untuk piliharaya tanpa penipuan. Diikuti pilihanraya Sarawak dan PRU akan datang.


Jika tidak, khabar angin bahawa BN sedang menggunakan taktik daftar pemilih untuk menang besar tidak mungkin dapat ditahan lagi. Pilihanraya kita di bawah Mohd Najib akan jadi seperti pilihanraya Muhamad Husni Mubarak - parti pemerentah menang besar sekalipun majoriti rakyat menolak mereka.


Isteri tentera didaftar jadi pengundi pos kerana undi pos adalah jaminan kemenangan paling mudah untuk BN. Tanpa kemenangan undi pos BN sudah tumbang PRU lalu lagi.


Lebih ramai didaftar sebagai anggota askar wataniah untuk didaftar sebagai pengundi pos.


Pendaftaran tukar alamat dengan tujuan memberikan tumpuan kepada negeri tertentu terutama Selangor juga giat dijalankan.


Warga asing giat diberikan kerakyatan Malaysia dan sebaik mereka mendapat IC, terus didaftar sebagai pemilih yang sah. Termasuk pemilik dua IC di negeri bersempadan yang juga ada dalam senarai daftar pemilih negara kita. Ia satu pengkhianatan kepada negara tetapi ia diizinkan.


Nasib rakyat negara ini akan ditentukan oleh pengundi import ini. Malang! Selain pengundi buatan yang lain.


Kalau sekadar piliharaya kampus di mana 'anak muda sedang belajar' pun BN tidak dapat bertoleransi dan dicemari dengan segala macam kerenah, bayangkan pilihanraya di mana UMNO/BN penuh noda akan mempertaruhkan hidup mati mereka. Kitalah yang berkewajipan meluruskan perjalanan pilihanraya negara ini.


Selain ancaman daftar pemilih korup dalam aneka bentuk ini, perjalanan pilihanraya terus menerus kotor lagi berat sebelah - BN memperalatkan jentera kerajaan sekehendak mereka, politik rasuah, terhalangnya kebebasan media, mempolitikkan agama dan sentimen kaum dan segala macam ketempangan, SPR terus mengesahkan amalan ini tanpa sebarang rasa berdosa.


Dalam keadaan pincang seperti itu, parti bukan BN terus menerus meletakkan calon-calon mereka dengan
tekun dan jujur. Seolah-olah tugas kita hanyalah menjadi pelengkap sistem yang tempang ini terus berjalan. Tanpa PR meletakkan calon, permainan BN tidak akan lengkap.

Lantas Merlimau dan Kerdau mesti dilihat di luar konteks pertarungan antara calon BN dan PR semata-mata. Ia harus dijadikan sepak mula tuntutan BERSIH dulu dihidupkan semula.


Jangan dibiarkan Malaysia tercinta bertukar menjadi Mesir dan Tunisia kerana sistem pilihanraya yang tidak adil, telus dan saksama.


Pilihanraya yang adil sangat penting untuk mengekalkan kestabilan politik negara kita.

3 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.