Artikel : Saya menerima SMS yang mendakwa seorang peserta himpunan membantah sokongan Amerika terhadap pemerintahan Hosni Mubarak di Kuala Lumpur hari ini yang menceritakan detik-detik yang membawa kepada kekecohan. Berdasarkan pemerhatian saya, suasana kecoh itu sengaja diwujudkan melalui provokasi.
Di bawah ini saya perturunkan SMS berkenaan.
“Polis sembur dengan gas dan dua orang kena tangkap masa kecoh itu kerana jalan sempit dan polis sekat pula. Yang kesian ada bapa yang dukung anak kecil, nasib baik orang ramai lindungi dia masa semburan polis itu. Polis suruh kami turunkan sepanduk kutuk Hosni Mubarak tetapi tak dipedulikan.
“Masa itu polis berseragam dan SB terus serbu dan menangkap orang ramai yang masih berada di depan bangunan TH. Ada yang lari masuk dalam bangunan, itupun polis kejar. Ada polis yang masuk ikut pintu belakang TH. Di dalam bangunan, saya nampak betul seorang kena pukul oleh dua atau tiga orang, kemudian kena gari oleh polis sedangkan mereka tak buat apa-apa, itu yang saya kesian.
“Dalam hati saya tertanya-tanya, polis ni berkhidmat untuk sapa? Hosni Mubarak atau rakyat Malaysia?
"Bayangkan kat tingkat bawah bangunan TH ada dewan tempat keluarga menunggu rombongan pengantin.Mereka tunggu di luar dewan. Itupun kena tengking polis dan suruh mereka balik. Saya lihat takut budak kecil perempuan tu. Kat situ ada makcik, budak kecik dan mereka yang tak sepatutnya diherdik."
sumber : http://selamatkanpahang.blogspot.com
4 comments:
Berdoa pada Allah, mohon dia membalas kembali perbuatan jahat polis. Lebih afdal jika mereka yang dizalimi itu berdoa terus kepada Allah. Sesungguhnya pembalasan Allah amat pedih dan membinasakan.
Polis-2 yang pro BN/UMNO/APCO ni bukannya takut kat Allah pun... dorang takut kat Najib bin Abdul Razak je..
polis ko kata perbuatan jahat..MCM harammm...pakatang pembangkang mcm BAHALOL tu buat huru-hara kt negara tu lagi jahat dan bebal...MENYUSAHKAN POLIS DAN ORG AWAM.,,,ape sial la buat huru-hara pasal mubarak...G solat hajat kan lebih baik dan afdal,,..,,,Tak berfikiran matang tul puak2 haram yg menyusahkan lagi org lain,,..,
hoi anon hang boleh cakap la sebab Umno dok berlindung balik pungkoq polis. hang pula anon berlindung belakang pungkoq umno. padan la hampa busuk dok hidu kentut hari2
Post a Comment