Apa lagi Luncai bersedia untuk sedut , Bik Mama dah sedia tu
Bik Mama buat lawak lagi di PRk Kerdau..ha ha ha
kata Bik Mama..’tengok muka saya,macam muka penipu ke?..ha ha ha
itulah ayat untuk cover line..ha ha ha..ha ha
aik pulun cover line sampai berpeluh..ha ha ha..ada orang percaya ka?..ha ha ha
jaga jaga dengan peluh Bik Mama tu ..ha ha ha bukan sebarang peluh tu..ha ha ha
Rosmah tak mahu lawan
Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang jarang kelihatan pada kempen pilihan raya kecil, hari ini turun padang di DUN Kerdau.
Sambil merayu penduduk setempat memberikan undi pada calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad, Rosmah mengingatkan pengundi supaya menolak “dakyah” dan “fitnah” Pakatan Rakyat.
“Jangan dengar dakyah pembangkang. Pembangkang ini cuma sedap mengata saja. Alhamdulillah.
“Saya tak mahu lawan. Saya serah pada Allah sahaja,” katanya dalam majlis ramah mesra di Felda Jengka 25 – antara kubu kuat BN di Kerdau.
Beliau bagaimanapun meminta orang ramai menilai sendiri dirinya dan bukan mendengar semata-mata daripada kumpulan tersebut.
“Tengok muka saya puas-puas. Ada ke muka penipu? Tak ada kan?” soalnya.
Bukan seronok-seronok
Berucap kepada kira-kira 200 penduduk setempat, Rosmah yang sering menghadapi pelbagai sindiran pembangkang tampil secara terbuka menjawab dakwaan-dakwaan terhadapnya.
Beliau antaranya menafikan mengawal suaminya Datuk Seri Najib Razak dan melakukan pemborosan dalam rawatanya bagi menyampaikan ucap utama dalam persidangan mengenai pendidikan di Arab Saudi baru-baru ini.
“Bila masa saya cakap (pada Najib) buat macam itu, buat macam ini. Mahu Datuk Najib nak ikut cakap saya. Saya ini, (contohnya) kalau dia kata duduk, saya duduklah,” katanya yang kerap berseloroh dalam ucapannya.
Berhubung lawatannya ke Riyadh, Rosmah menjelaskan beliau hadir ke sana kerana diberikan peluang dan pengiktirafan oleh negara luar yang diakwanya jarang diperoleh oleh rakyat Malaysia, apatah lagi seorang wanita.
Menurutnya, pemergiannya atas undangan kerajaan Arab Saudi itu mendapat sambutan menggalakkan, antaranya daripada anakanda raja dan permaisuri kerajaan itu sendiri yang mengucapkan terima kasih melalui panggilan telefon dan menjemputnya makan malam bersama.
“Saya bukan hendak membesarkan diri, tetapi saya hendak tunjukkan, saya pergi saya bukan untuk seronok-senorok, bukan hendak ‘happy happy‘ (bergembira),” katanya lagi.
‘Dia tak kerja, beritahu saya’
Justeru, beliau yang mengaku berpeluh-peluh berkempen datang ke kawasan Felda itu bagi membantu kempen Najib merayu penduduk Kerdau terus memberikan undi kepada calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad.
“Saya minta 30 minit saja (mengundi Syed Ibrahim). Esok kalau dia menang, ada masalah apa pergilah ketuk pintu rumah dia.
“Kalau dia tidak buat apa beritahu saya,” katanya berseloroh.
Rosmah sebelum itu mengunjungi beberapa rumah di Felda tersebut bagi beramah-mesra dan bertanyakan masalah penduduk setempat.
Felda Jengka 25 merupakan antara tiga kawasan Felda di kawasan itu yang dianggap sebagai kubu kuat BN dan menjadi faktor yang menjamin kemenangan mereka selama ini.
Dalam pilihan raya kecil DUN itu pada 6 Mac ini, calon BN atau lebih dikenali sebagai Syed Ibra akan ditandingi calon PAS Hassanuddin Salim – seorang bekas kontraktor untuk projek berskala besar.
mKini
dinjawa.lawak politik
11 comments:
kah kah kah!
kalau bini aku serupa dengan bik mama! alangkah bertuahnya aku. Isteri solihah, aku pula suami solih.
Tapi tak seronok juga bila isteri aku, tapi mengaku anak dara.
kah kah kah!
kalau bini aku serupa dengan bik mama! alangkah bertuahnya aku. Isteri solihah, aku pula suami solih.
Tapi tak seronok juga bila isteri aku, tapi mengaku anak dara.
ITULAH. PRESIDEN UMNO BINI SORANG JER. BOLEH TURUN KEMPEN.
PRESIDEN PAS TIGA BINI. ORANG KEMPEN , DEPA LAWAN TARIK RAMBUT.
MAIN SELAMAT. TAK PAYAH TURUN LANGSUNG. NAK LAGI SELAMAT, TOK SHEIKH TAMBAH SORANG LAGI DI KERDAU.
HAHAHA..Mana ada bini sorang..Pthuii!!!
Yg smpai berkecai kena bom tu nk cover line dari sape???
Len kali jwb la dgn jujur jgn berlakon..org dh jemu la..
Jgn kan nk kata muka bik mama tu muka penipu,malah muka yg suka bazir duit2 pembayar cukai,semua harta benda dia ada finger print kita..
Lps tuh nk ckp mcm org xder dosa..Pigi dah!!!
Dosa x tutup aurat tuh pun smpai skrang x abis malaikat catit dlm iliyyin lg..Bawak2 la tobat bik mama oiii..Ko pun sama gak luncai..
Post a Comment