Wednesday, February 16, 2011

Mari tengok apa ada belakang dacing BN

KERAJAAN BN MEMANG ADIL !!?

Memang “Dacing”melambangkan keadilan!. Lihatlah gambar di bawah,…tapi apa pula yang berlaku dibelakang dacing amat menggerunkan!!.


Inilah keadilan dari kacamata kerajaan BN !! Masihkah rakyat tak faham ? Lihat dan amati betul-betul !! Lambang dacing selama ini sebenarnya telah mengabui mata kita!!. Di sebalik dacing rupa-rupanya ada banyak rahsia yang tersirat !!.....

Ketidakadilan, kezaliman, penyelewengan, salahguna kuasa, dan rasuah menjadi-jadi.Bab rasuah ini, Isa Samad dalam kenyataannya baru-baru ini ada menyebut, bahawa rasuah bukan masalah besar, ia memang berlaku!, perkara biasa !,.. katanya.. Dengan pengakuan seperti kenyataannya itu, sah “keadilan” tidak berlaku di Malaysia

Begitu juga apabila berlaku kezaliman ! maka hilanglah keadilan. Sekadar mengambil beberapa contoh,….Apa jadi dengan kes pembunuhan beramai-ramai di Memali oleh pihak Polis …. Apa nasib tahanan ISA?,.. Apa pembelaan dan nasib Kugan yang mati dalam tahanan Polis?,…Apa nasib remaja bernama Aminulrasyid yang mati ditembak polis?... Apa nasib Teoh Beng Hock yang mati dalam keadaan mistri semasa beliau di dalam kawalan pihak penyiasat SPRM?,…

Kerajaan berbelanja secara membazir!, sedangkan rakyat biasa masih ramai yang miskin, masih ramai yang menderita!. Masyarakat awam, terutamanya orang kampong lebih tertekan dengan kenaikan harga barang! lebih- lebih lagi petrol!. Orang kaya bertambah kaya melalui rasuah dan penyelewengan kuasa,.. seperti dalam kes PKFZ.

Orang-orang politik dan kroni bermewah-mewah dengan projek besarnya dan lebih malang lagi wujudnya projek-projek mega yang membazir…. Terlalu banyak jika hendak disenaraikan!

Oleh : rahimothman

3 comments:

Anonymous said...

Sudah la PAS jangan dok tabur fitnah....

Anonymous said...

hang peduli apa, ini bukan fitnah

Anonymous said...

harap BN lantik byk lagi pengerusi2 GLC dari bekas2 dan org2 politik yang kaki rasuah, kelepit dan kaki penyelewang.... biak depa farait harta rakyat byk2 sikit nanti rakyat dah mula marah dan meluat tahulah rakyat buat bila PRU akan dtg. INGAT hanya org melayu yg berjiwa hamba, mentaliti subsidi aje yg msih sokong UMNO/APCO.......