KUALA LUMPUR, 18 Mac: Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi menyifatkan kenyataan Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi relevan sebagai angkuh.
Athirah berkata, sebagai pemimpin muda, Rosnah tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang tidak menghormati hak rakyat untuk memilih mana-mana parti politik.
"Ia adalah suatu kenyataan yang terlalu angkuh daripada seorang pemimpin muda dalam Umno yang hakikatnya baru bertatih mengenali dunia politik sebenar.
"Kenyataan yang lahir daripada kedunguan dan emosi politik yang terkongkong malah tidak selari dengan perkembangan semasa negara dan dunia yang setiap hari menolak corak pentadbiran dan pemerintahan kuku besi serta monopoli oleh elit-elit politik tertentu yang lazimnya menjadikan rakyat sebagai bahan permainan dan perbodohan," kata beliau kepada Harakahdaily.
Athirah juga berkata, Rosnah sebenarnya takut dengan pelbagai tawaran Pakatan Rakyat yang semakin mendapat perhatian dan keyakinan rakyat.
"Bila dia kata PR sudah tidak relevan, Rosnah sebenarnya sedang menampakkan ketakutan dan kegusarannya terhadap pelbagai program Pakatan Rakyat baik yang telah dilaksanakan di peringkat negeri-negeri pentadbiran PR mahupun agenda 10 Janji Jingga PR," katanya.
Tambahnya, kenyataan Rosnah sebenarnya hanya mengambil sikap emosi dan prejudis melulu sebagai seorang pemimpin muda Umno BN yang terdesak memastikan survival mereka khususnya dalam PRU13 akan datang.
Athirah yang juga Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Muslimat Pusat itu juga berkata, Rosnah telah menyinggung perasaan sebahagian besar rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan kepada PR sehingga memerintah di beberapa buah negeri dalam Malaysia.
"Sebagai Timbalan Menteri, Rosnah sewajarnya lebih memposisikan diri untuk kepentingan rakyat tanpa mengira mereka itu penyokong parti mana.
"Adalah suatu yang amat malang mempunyai seorang pemimpin muda seperti Rosnah yang gagal memahami maksud sebenar sebuah negara yang baik dengan sistem demokrasi yang juga baik serta subur," katanya lagi.
Beliau turut mencabar Rosnah untuk berdebat berdasarkan fakta, bukan mengeluarkan kenyataan kepada media milik mereka sahaja.
"Rosnah juga barangkali tertipu dengan beberapa keputusan pilihan raya kecil sejak kebelakangan ini yang disimpulkan sebagai pulihnya sokongan rakyat terhadap BN, sedangkan hakikatnya ia tidak begitu.
"Ini boleh kita syarahkan dengan lebih panjang lebar kalau Rosnah berani untuk berdepan secara hujah, bukan sekadar mengeluarkan pelbagai kenyataan kepada media proksi mereka.
Beliau turut menasihati Rosnah agar belajar menerima hakikat bahawa pembangkang yang baik sangat perlu bagi memastikan ketelusan perjalanan pentadbiran sesebuah negara tanpa ada salah guna kuasa, penyelewengan, rasuah dan ketirisan.
"Peranan mana-mana atau sesiapa jua sebagai kuasa pembangkang tidak wajar diperlekehkan bahkan sebagai seorang pemimpin muda dalam fasa baru politik Malaysia, kita wajar lebih bersifat terbuka dan berfikiran positif.
"Pembangkang dalam status politik wajar dilihat sebagai kuasa check and balance. Dan ini semua gagal untuk dilihat dan difahami oleh Rosnah.
"Pakatan Rakyat memang sangat relevan dalam negara ini dan kita akan terus mencabar keangkuhan Umno BN," katanya.
Semalam, Rosnah dalam satu program Umno menasihatkan pengundi di Sarawak dan Sabah agar menolak kepimpinan Pakatan Rakyat yang dikatakan tidak lagi relevan dan konsisten.
6 comments:
OOO!!! SYOKNYER POLITIK CARA PAS. MAKNANYER, UMNO JANGAN KRITIK PAKATAN. BIARKAN APA SAHAJA YANG PAKATAN BUAT.
YANG TAK ANGKUH IALAH PAS, HARI HARI PUJI DAN HARGAI UMNO/BN..
macam hang la luncai berak dalam rumah orang tak basuh pula tu. macam tu la rosnak ketua puteri, yang berlagak tak bertempat
ROSNAH NAMA AJE PENUNTUT UNDANG2 BUKAN CERDIK PUN HANYA BERKAKI LEBAR AJE.. JADI MENTERI PUN KUOTA PUTERI UMNOAPCO.. BIJAK LAGI JKKK REMBAU SI-KJ... TAPI BUKAN SALAH DIA PUN, YG MELANTIK DIA JADI MENTERI TU LAGI KURANG BIJAK TU PASAL DITIPU LIONG SIK DAN KONG CHOY ISU PKFZ....
ANON,
MINTAK MAAF BANYAK BANYAK. MEMANG AKU INGATKAN JAMBAN. ADA BAU, SURAM. AKU PUN BERAKLAH. MEMANG SESUAI BUAT TEMPAT BERAK..
LEPAS NI KALAU NAK BERAK AKU DATANG LAGI YER...
busuk punyai pencacai umno, jenis keturunan membusuk turun temurun
ooo yang bau busuk lunyai taik luncai rupanya. tak da jamban kat rumah mari melepas rumah orang.
Luncai dia bukan tahu rumah dan jamban sebab rumah dia macam jamban bukan orang lain berak tapi dia berak sendiri.
kalau tak percaya masuk rumah luncai penuh dengan taik. Luncai nak bau busuk rumah dia juga ada di rumah orang.
Itu pasal dia panggil diri dia luncai, sebab perut dia buncit penuh taik
Post a Comment