Saturday, March 19, 2011

Blogger Umno fitnah sampai gila pun polis tak kisah, blogger PR buat video benar pun kena

Blogger pro-PR terus diburu menjelang PRU

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiEiaF6F9Gsm-n9I67B038ltkfIIVh2ZQ7SxbffXTChX46k9Z3oTatpV-UxWDCtg8vqcabTaIzCO_nycnv5KSIyHXvI4VHTgGNpLt0UOP4yRrEGbq5nyRbehUnonpclK9iZXxa1YQ2um2o/s320/blogger-rakyat.gifSolidariti Anak Muda M'sia (SAMM) mendapat berita hampir tengah malam tadi kediaman adik Hanief seorang blogger yg popular dengan pembikinan klip video informatif dan mengkritik regim telah ditahan dan rumahnya diserbu.

Semua komputer termasuk milik ahli keluarga yg lain dirampas oleh pihak berkuasa tanpa memberi alasan munasabah.

SAMM melihat ini tindakan terdesak regim penguasa yang tertekan dengan gerak kerja anak muda yg bangkit dengan perbagai cara menumbangkan regim khususnya dalam meningkatkan kesedaran rakyat menggunakan media baru.

Dalam mood pilihanraya yang mungkin dalam masa terdekat ini blogger dijadikan sasaran untuk ditakutkan.

Baru saja blogger Din Binjai (sharpshooter) disaman Menteri propaganda Bn, kini adik Hanief dan keluarganya pula menjadi mangsa.

SAMM melihat perkembangan ini sebagai serius dan mengecam tindakan penguasa ini.

che'GuBard sendiri pernah berdepan dengan tangkapan gunakan alasan tulisan di blog walaupun diyakini tangkapan adalah berkaitan kerana hari tersebut baru saja pulang dari diskusi buku Misteri disebalik Pembunuhan Altantuya di Jakarta.

Komputer cheGuBard dirampas termasuk cubaan memasuki Ibupejabat PKR menggunakan kes tersebut.
Namun setelah disusahkan sebegitu rupa kes tersebut tidak dilanjutkan kerana ternyata atas laporan polis yang lemah sekali.

che'GuBard juga punya pengalaman membuiat laporan polis terhadap blogger pro Umno yang ternyata terlibat siar gambar lucah dan 'posting' perkauman namun seperti biasa penguasa hilang kuku bila berdepan parti regim.

SAMM berharap adik Hanief tabah bersama keluarganya. Kepada blogger lain jangan gusar teruskan usaha meningkat kesedaran rakyat.

cheGuBard baru hubungi Hanief subuh ini dan difahamkan beliau telah dibebaskan dengan jaminan polis jam 2.30pagi tadi dan perlu hadir di Balai Sentul,10pagi ini.

Melihat perkembangan serius ini SAMM sedang cuba untuk 'organize' jaringan blogger 'nyamuk' untuk menjadikan mereka lebih kuat.

21 Mac, jam 9 pagi di Mahkamah Tinggi Malaya, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur semua blogger muda ini dijemput bersama blogger Sharpshooter (Din Binjai) dalam sebutan kes saman dari Rais Yatim.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

2 comments:

Hamdan Rukun said...

HANIF MENUDUH KHUSRIN( KETIKA ITU PENGARAH JAIS)MEMBELA DAN MEMBIARKAN SULTAN SELANGOR BERZINA DENGAN KAVITA
KAUR.
SERENTAK HANIF TOHMAH DUA INSTITUSI.

1. JABATAN AGAMA ISLAM
2. INSTITUSI RAJA

APA YANG HANGPA NAK PERJUANGKAN SEBENARNYA?

LUNCAI DEGIL said...

HANG LUNCAI DAN KUNCU2 NI SEJAK MAC 2008 AMAT SENSITIF SEKALI DGN ISLAM. SEBELUM TU HANGPA LANSUNG TAK KISAH.. YG HAIRANYA RAMAI MELAYU ISLAM TAK SOLAT,BERPUASA,MINUM ARAK, TAK PANDAI BACA QURAN DAN TIDAK TAAT DGN AGAMA TIDAK PULA HANGPA SIBUK2 KATE HINA ISLAM... APA NAMA APA NAMA APA NAMA HANGPA BARU KENAL ISLAM KOT....?