Friday, March 25, 2011

Konspirasi video seks berterusan, polis halang Anwar beri penjelasan kepada rakyat

5,000 saksi Anwar diheret polis dari pentas ceramah, 2 ditahan

KUALA LUMPUR: Lebih 5,000 rakyat pelbagai lapisan kaum hadir program pelancaran Kempen Tolak kes Fitnah II anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati di sini, malam ini.

Seperti kelaziman, program anjuran KEADILAN itu dihalang polis hingga menyebabkan majlis yang dijadual bermula jam 9 malam ditangguh kira-kira sejam.

Polis dikatakan hanya membenarkan sesi ucapan selama 30 minit sahaja, menyebabkan pegawai kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali terpaksa berunding dengan polis Ampang.

Kemunculan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program itu tambah menggamatkan hadirin.

Bagaimanapun, polis hanya membenarkan Anwar memberi ucapan selama 15 minit sahaja, malah mematikan pembesar suara dan mengheret Ketua Umum KEADILAN itu turun dari pentas, hingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Ketika itu, orang ramai termasuk anggota AMK cuba menghalang polis dari menghampiri Anwar dengan menutup laluan ke pentas hingga memaksa polis menggunakan perisai dan merempuh mereka.

Kehadiran polis, FRU hanya menyebabkan kekecohan berlaku

Pada jam 11.30 malam, polis menyerbu ke arah orang ramai hingga menimbulkan kekecohan sedangkan program itu, asalnya berlangsung aman.

Suasana terus kecoh dan dua orang ditahan polis iaitu Mazlan Mohamad Raos yang disumbat ke lokap balai polis Hulu Klang manakala seorang lagi, Helmy Eizal – seorang ahli AMK Gombak bermalam di lokap balai polis Ampang.

Dalam pada itu, seorang wartawan Free Malaysia Today, Fazy Sahir cedera ringan terkena lontaran kerusi dalam suasana kecoh itu.

Kempen itu dinamakan sebagai ‘DNA’ atau ‘Datuk Najib-Altantuya’ bertujuan mengupas perkembangan terkini kes yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan fitnah terbaru mengenai rakaman video seks yang didalangi Umno melalui ‘Datuk T’.

Turut hadir dalam ceramah ialah Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib.

2 comments:

CASTILO JINGGA said...

25 MAC SETIAP TAHUN - HARI POLIS .
YG KEBERAPA PUN GUA TAK MAHU TAU LAH PIIEEEEE DAH.. PDRM HYA BERKHIDMAT KEPADA PENGUASA SHJ (UMNOAPCO) TAK MALU GAJI DIBAYAR OLEH UMNOAPCO KOT... 'DOUBLE STANDARD" KEJADIAN DI TMN MELAWATI SEMALAM MENCEMARKAN HARI POLIS TAHUN INI.. MOTO 'SEDIA BERKHIDMAT' PATUT DITUKAR KE 'SEDIA BERKHIDMAT UTK BN/UMNOAPCO'... BETUL KATA PROF AZIZ BARI MALAYSIA MENGAMALKAN 2 SET UNDANG2 MENGIKUT KEHENDAK BN . KESAN KETIDAKADILAN POLIS AKAN DIBEBANKAN KEPADA UMNOAPCO... AYUH RAKYAT YG BUKAN BERJIWA HAMBA KITA BANGUN MENENTANG UMNOAPCO , KITA TUMBANGKAN MEREKA PRU13 NANTI...

qaddah said...

nampaknya negara malaysia sebagai negara yg ke-24 terselamat didunia hanya omong kosong je lar.kalau Macam ni lah demokrasi dan keselamatan yang ada di negara kita.Adakah layak untuk negara kita berada di ranking 24 di dunia,sedangkan rakyat negara kita yang menyokong Pakatan Rakyat seperti penduduk Palastin yang sering diugut dan diganggu oleh polis ala tentera zionis/yahudi.nampaknya tidak ada beza antara rakyat Malaysia yang sokong Pakatan Rakyat dengan penduduk Palestin,cuma dari segi sekesengsaraannya penduduk Palastin lebih dari kita. Akan tetapi ada sedikit pesamaan antara Kerajaan 1Malaysia pimpinan Najib dan pasukan yang sepatutnya menjaga dan melindungi masyarakat iaitu polis sudah ada sifat keyahudian dalam diri mereka .Jadi persoalannya dimana hak rakyat Malaysia untuk mendapat hak keselamatan dan demokrasi yang lebih bersih dan adil....