Monday, March 7, 2011

Parpu Kari belasah Tun Faisal Exco Pemuda Umno

http://www.malaysiandigest.com/images/zahar/tun%20faisal%20ismail%20aziz.jpg


Tun Faisal Exco Pemuda Umno Malaysia tak akan lama di kerusinya kerana blogger-blogger Umno dah mengamuk.

Parpu Kari dalam blognya telah belasah Tun Faisal yang mengetuai Unit Media Baru Pemuda Umno.

Biasalah, Parpu Kari dan blogger-blogger Umno yang bermatian-matian memenangkan calon BN tiba-tiba Tun Faisal yang akan dapat nama, mana boleh.

Parpu Kari dan blogger-blogger Umno yang tak tidur malam, tak sempat mandi, berak kencing tak sempat puas kerana perah otak membantu BN. Tiba-tiba yang dapat peruntukan besar dari Umno, namanya Tun Faisal.

Parpu Kari dan blogger Umno hanya boleh telan air liur tengok Tun Faisal yang kerja tak tara mana tapi nama naik , poket pun kencang.

Percayalah selepas ini, latar belakang Tun Faisal pula akan dikorek blogger Umno sebab mereka memang pakar dalam bab korek sampai seluar dalam orang.

Bagi Parpu Kari dan blogger Umno, Tun Faisal tak layak ketuai Unit Media Baru. Yang layak siapa ? Tentulah Parpu Kari

Lepas ini pasti akan keluar, cerita Tun Faisal masa belajar Farmasi di USM, kenapa lama sangat belajar di USM sambung master ka atau extend?. Pangkat First atau Third Class? TUNGGU LA KAU TUN FAISAL, TAK DOPEK DEN NAK NOLONG

Peranan UMB UMNO dipertikai

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgtJiFw555fqEUfM4psbTjML0I0QGrjTGD_FhclkxCjZ-AjO9FzN_H4w16Jjlitaju2MXSfVubHLqNCRcZTLyKAQtb3bUthI3HdBqiuyixDozECqR5lSNvcT3gfPI7425FLpYKTrye4qlo/s320/parpukari1.JPG

Parpu Kari lebih layak ketuai Unit Media Baru (UMB) Umno

Peranan Unit Media Baru atau UMB yang dipengerusikan oleh Exco Pemuda, Tun Faisal Ismail Aziz dipertikai apabila UMB dikatakan gagal berfungsi mengikut bidang tugas yang sepatutnya.

UMB yang sepatutnya membantu UMNO dalam perang saraf dengan pihak Pakatan Rakyat dilihat gagal dalam menaikkan Pemuda UMNO terutama ketika di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kerdau dan Merlimau yang lalu.

Masalah unit media ini kian ketara di Melaka, apabila media baru dijalankan oleh Pahlawan Melayu Melaka atau PMM yang bukan berada di bawah UMB.

Malah, 20 orang bloggers yang bernaung di bawah PMM juga tidak menghiraukan Tun Faisal.

Sementara itu, di Kerdau, Pahang, media baru dikendalikan oleh PAHANGKU.

Menurut sumber, UMB yang sepatutnya menjalankan tugas dan menaungi para blogger dikatakan telah ditolak sejak dari awal lagi oleh hampir keseluruhan blogger UMNO.

Ahli Dewan Negara,Negeri Melaka, Datuk Akbar Ali, dikatakan memberitahu Ketua Pemuda UMNO Melaka, Karim Yaacob agar membubarkan UMB sejurus selepas mengumumkan kemenangan tidak rasmi UMNO-BN di Command Centre UMNO-BN, Merlimau.

Ianya mungkin secara tidak langsung disebabkan oleh ketidakupayaan UMB menggalas tugas dalam beberapa PRK yang lepas dengan kemuncaknya adalah di Merlimau dan Kerdau.

UMB dijanakan dengan peruntukan yang besar, namun ianya dilihat seperti tidak lebih daripada sebuah entiti yang hanya sekadar menaikkan nama Tun Faisal dalam Pemuda UMNO dan bukannya Pemuda UMNO secara keseluruhannya.

Seperti yang tersiar dalam blog parpukari

Sinar Harian

7 comments:

PASPB said...

komen terdahulu ;

Anonymous said...

SUMPAH AKU NAK MUNTAH TGK GAMBAR PARPUKARI...

LOYA TEKAK AKU..
07 March, 2011 19:50
Anonymous said...

Potret yg MENGGERUNKAN... Kalau budak2 tengok boleh mengigau. Org dewasa tengok boleh hilang selera makan. Sungguh menJIJIKkan
07 March, 2011 19:54

Anak Sungai Derhaka said...

Sakan punya bubuh api ni.. ha..ha..ha.. aku pun nak tumpang samalah..

Anonymous said...

duit, duit, duit = umno,umno,umno...itulah umno. sbb tu mereka masuk umno sbb duit masuk...ali baba dgn 40 penyamun: chief, ari ini kita tubuh projek apa utk dpt fulus?

LUNCAI MAS said...

CTH MELAYU TONGKAT PARPUKARI..KALAU TAK BERPAUT DGN UMNOAPCO TAK BERASAP LAH DAPUR.... SATU PERANGAI JIJIK AHLI DAN PENCACAI UMNOAPCO ORG LAIN SEMUA SALAH DIA AJE BETUL.... MEAMNG HAPRAK.....

LUNCAI MAS said...

CTH MELAYU TONGKAT PARPUKARI..KALAU TAK BERPAUT DGN UMNOAPCO TAK BERASAP LAH DAPUR.... SATU PERANGAI JIJIK AHLI DAN PENCACAI UMNOAPCO ORG LAIN SEMUA SALAH DIA AJE BETUL.... MEAMNG HAPRAK.....

Anonymous said...

Biaq pi lah kat dia yang hangpa dok dengki buat apa. UMNO kaya sapa pun bulih kawan, buat apa nak dengan dengan orang PAS sengkek. asal ceramah aja tadah timba minta sedekah.. jihat jalan ALLAH konon! Kalau benar jalan ALLAH mana ada tawar diri nak jadi pemimpin boh gambaq gedegam punya besar pirah mabuk!! Kepada parpukari teruskan kerjaya anda, kerana segala komen2 anda bukanya tak berasas. Kalau boleh bantai biar kaw-kaw sikit biar muka orang kata tak hensem janji macho!

Anonymous said...

komen orang mabuk todi geng parpu kari