Baja Menyatukan Datuk T dan Tayangan Video Lucah
KUALA LUMPUR 26 MAC : Seorang bekas pengawal peribadi kepada Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob tampil mendedahkan kepentingan perniagaan menjadi paksi kepada hubungan Datuk T - Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay dan Shuaib Lazim.
Kumpulan itu mengaku bertanggungjawab menayangkan video lucah yang cuba dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Seri Carcosa Isnin lalu.
Bekas pengawal peribadi itu, Mohamad Mahti Abdul Rahim mendedahkan Eskay memiliki kilang baja, Aman Agroprenuers Sdn Bhd, di Naka, Kedah dan cuba mendapatkan tender bagi membekalkan baja kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).
Mahti yang kini seorang penternak kambing berkata, Eskay cuba mendapatkan bantuan daripada Pengerusi Risda Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bagi mendapatkan tender membekalkan baja.
Sekeping kad perniagaan Aman Agroprenuers yang ditunjukkan oleh Mahti menyenaraikan Datuk Shuib Lazim, sebagai penasihat syarikat itu.
Semakan di laman sesawang syarikat itu pula menyenaraikan nombor telefon dan maklumat mengenai Eskay.
Menurut Mahti beliau mengetahui perhubungan Eskay dengan Risda apabila pada Januari beliau diminta oleh Eskay melobi pegawai atasan Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) untuk turut mendapatkan kontrak baja.
"Dia kata jika dapat jual ini bahagian-bahagian yang akan dia bagi pada pegawai Felcra... Bila saya kaji semula ini satu rasuah jadi saya tak setuju dengan apa yang dikemukakan. Saya sms katakan lupakan saja," kata Mahti.
Bekas anggota polis itu berkata beliau memperkenalkan Eskay, kepada majikannya Allahyarham Megat Junid pada 1996 apabila beliau memerlukan rawatan terapi.
Megat Junid pula memperkenalkan Eskay kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memerlukan rawatan terapi setelah mengalami kecederaan akibat jatuh dari kuda.
"Masa itu lah dia kenal dengan (mereka semua). Dia (Eskay) selalu kata Mahathir anggap dia sebagai anak dan Anwar tu abang dia.
"Memang betul yang dia selalu datang ke rumah Megat Junid. Dia kata Megat Junid pun macam ayah dia. Tapi (apabila) Megat Junid sakit selama setahun dia tak datang jenguk sekali pun.
"Ini amat menyedihkan saya," kata Mahti yang berkhidmat kepada timbalan menteri dalam negeri itu selama 16 tahun.
Di tanya mengenai video lucah yang ditayangkan oleh Eskay untuk memaksa Anwar dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berundur dari politik, Mahti berkata apa yang jelas ialah Eskay telah melakukan jenayah "blackmail" atau peras ugut dengan tindakannya itu. -M'siakini
3 comments:
TAK JUGAK HANG MENJAWAB PERSOALAN, NUAR BRAHIMKAH YANG DIPAPAR DALAM VIDEO TERSEBUT.
ASYIK CERITA PASAL ESKAYLAH, RAHIMLAH,
KALAU YER, BERTAUBATLAH. MOHON KEAMPUNAN ALLAH. TAK PAYAH NAK KAIT HABIS SEMUA ORANG.
BENDA DAH REPORT, TUNGGULAH. KALAU HANGPA TAK PERCAYA POLIS, REPORT BUAT APA?
ala luncai hang dok cemburu kenapa, umno punya kerja ni . nak projek juta2 sangup buat fitnah. hang pun bersongkol sama tak ingat dosa
PUAK2 NI TAK PERLU KITA NAK REPOT KAT PDRM KE WAT APE. CARA YG MUDAH BALAS DENDAM DIBOMOHKAN AJE BIAQ HIDUP DEPA DERITA HINGGA AKHIR HAYAT TERMASUK LUNCAI.. KAT MALAYSIA TERKENAL DGN BOMOH HITAM PUTIH.. KAT TV PUN SELALU ADA CITE HANTU LA BOMOH LA DLL. RASANYA ULAMA DLM UMNOAPCO PUN SETUJU SEBAGAIMANA MRK SETUJU PUAK2 DEPA WAT FITNAH DAN SETUJU TAK IKIT CARA ISLAM.. KAN GITU JAMIL KHIR DAN MASYITAH.....
Post a Comment