Friday, April 15, 2011

Kes Altantuya : Kol Azmi Zainal Abidin digantung tugas

RPK punya hal : Pegawai Kanan ATM Digantung Tugas

http://sloone.files.wordpress.com/2008/05/mugshot-petra3.jpgSHAH ALAM 15 APRIL : Pengarang Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin berjaya menarik perhatian Kementerian Pertahanan bersabit dakwaan beliau mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu apabila seorang pegawai tentera kanan digantung tugas sementara untuk siasatan dilakukan.

Kementerian Pertahanan mengesahkan bahawa ia menggantung Kol Azmi Zainal Abidin dari tugas-tugas rasmi.

Kol Azmi adalah orang kedua dalam unit cawangan khas ATM pada tahun 2008 sebelum dipindahkan ke cabang lain.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Azizah Ariffin bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa wujud sebuah laporan ATM mensabitkan isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor dan dua pegawai tentera lain hadir di tempat kejadian malam Altantuya mati dibom pada Oktober 2006.

Dalam satu kenyataan, Azizan berkata, “pihak ATM ingin menegaskan bahawa maklumat yang disampaikan oleh Kolonel Azmi kepada Raja Petra Kamarudin adalah palsu.”

Beliau juga menegaskan laporan yang disebut oleh Raja Petra tidak pernah wujud dalam simpanan ATM.

“Tindakan Kolonel Azmi adalah bersifat peribadi dan tiada sebarang kaitan dengan ATM,” kata beliau.

Raja Petra semalam berkata beliau memberikan wawancara kepada TV3 bersabit isu itu kerana mahu menarik perhatian pihak berkuasa untuk menyiasat Kol Azmi dan pihak lain yang terlibat bersabit dokumen itu.

Dalam wawancara dengan stesen telivisyen pro-Umno itu, Raja Petra berkata dua individu yang pernah bekerja untuk Tengku Razaleigh Hamzah mengesahkan dokumen itu wujud dan mahu Raja Petra mendedahkanya.

Raja Petra membuat perakuan bersumpah (SD) pada Jun 2008 setelah blogger Din Merican turut mengesahkan bahawa Kol Azmi berjumpa dengan Datuk Seri Anwar beberapa kali dan boleh dipercayai.

Raja Petra terpaksa mencari perlindungan di Australia setelah dijejaki polis kerana membuat SD yang merujuk kepada laporan ATM itu untuk mensabitkan penglibatan Rosmah dalam pembunuhan Altantuya.

Azizan berkata, Lt Kolonel Azmi yang dimaksudkan Raja Petra adalah seorang pegawai Tentera Darat yang kini berpangkat kolonel.

Beliau ditukarkan dari Timbalan Ketua Anggota Tentera Cawangan Khas sejak 14 Januari 2008 dan kini sedang bertugas di Markas Tentera Darat, kata Azizan.

Azizan juga berkata siasatan terhadap dakwaan Raja Petra akan dilaksanakan dengan secepat mungkin dengan satu Lembaga Siasatan akan ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan tersebut.

“Hasil siasatan akan dijadikan asas terhadap tindakan yang akan diambil oleh ATM,” katanya lagi.

Sehubungan itu kata Azizan, pegawai kanan terbabit telah dilepaskan daripada sebarang tugas rasmi sehingga siasatan selesai.

Dalam satu temu bual bersama TV3 kelmarin, Raja Petra mendakwa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan wanita Altantuya.

Beliau berkata SDnya hanya merujuk kepada maklumat yang diperolehi bersabit laporan risikan ATM itu yang memerlukan siasatan lanjut.

6 comments:

Anonymous said...

WAHAI ORG UMNOAPCO LU ORG X TAU RPK NI RAJA PUTAR BELIT, LU INGAT DIA NAK BELOT MCM ROSLAN K, EZAM SENATAK, ANUAR SHARI DAN SEANGKATAN DGN NYA. RPK NI MASAALAHNYA BKN DUIT BRO... YG MALAUN DIATAS TADI X DE PULUS KALU.. BERPALING TADAH LE....RPK SAJE WAT BN HURUARA AJE... TGK KOL AZMI DIN MERICAN KENA SIASAT.. DULU DIAM AJE... JUAK2 UMNOAPCO PERCAYA NAJIB X SALAH.. NAJIB PUN CAYA CAKAP RPK...

Anonymous said...

ko orang fuckatan ingat orang umno bodoh macam hang ka? hangpa dulu pun pecaya 100 peratus kat rpk tu, sampai tak fikir dulu tentang pembunuhan altantuya. sampai sanggup berzikir nama pompuan tu, tanpa guna pala hotak sanggupkah najib bunuh orang yang tak ada kaitan dalam hidup dia?
buat la apa pun , memang dari dulu rpk ni kaki fitnah. hangpa saja yang hipokrit, tau bahawa dia buat fitnah tapi macam pandir korang sebok menuduh najib. ptuih.

Anonymous said...

anon umno, kena tanya la kenapa polis tak siasat sampai sekarang? sebab najib terlibat la anon hoi.

siasat dak nak berlepas diri , mana adil? sebab dia PM maka tak payah siasat, itu undang2 pencacai umno

MAGNUM PI said...

ANON UMNOAPCO 151641 LU MEMANG HAPRAK.. OTAK KAT LUTUT.. TU 2 UTK PDRM SUKA2 NAK TEMBAK KALAU TIADA ORG SURUH.. MAHKAMAH PUN TIADA SOAL MOTIF PEMBUNUHAN APE NI . KALAU ADIK LU BUNUH LU MESTI ADE SEBAB TAU. SAMADA LU TARKOL BINI DIA KE ATAU LU INTAI BINI DIA KENCING KE ATAU ADIK LU GILA ATAU ADIK LU MEMANG SUKA NAK BUNUH LU MESTI ADE MOTIF LAH BAHALUL.. CUMA MELAYU BERJIWA HAMBA MCM LU AJE X RETI.. NGAPE LEMBAB SGT LU AHLI UMNOAPCO DIBODOHKAN OLEH PEMIMPIN LU AJE..

goodlistener said...

melayu dlm PKR dan PAS adalah melayu yg bersedia utk jual anak cucu org melayu pada kafir laknat.....bodoh sunggoh

Anonymous said...

umno la yang jual tanah rizab melayu, bukan pas perintah tapi umno. jgn tuduh la pencacai umno, bodoh punya tuduhan tak da fakta