Saturday, April 9, 2011

PANAS!! Pilihanraya DUN Sarawak: Ternyata ramalan BN bakal tumbang benar!!




Najib Altantuya yang baru berkunjung ke Kuching kelmarin dikatakan terpaksa
kembali semula malam ini kerana perisikan polis memberitahunya

Barisan Najis dalam keadaan "sangat tidak selesa"!

Ternyata ramalan sesetengah pihak yang mendakwa Barisan Najis sedang dalam "Bilik ICU" 100% tepat!

Malah dalam beberapa temubual bersama penduduk Sarawak sendiri oleh beberapa sumber kami yang berada di Kuching, Miri, Bintulu dan Sri Aman, Barisan Najis semakin sukar mengekalkan kemenangan yang diraih pada 2006!


Lebih membimbangkan lagi, arus penolakan pengundi yang melanda kawasan bandar seperti Kuching, Sarikei, Miri dan Bintulu dan kawasan separa bandar seperti Pending, Kota Sentosa, Meluan dan Senadin kini turut meresap ke kawasan pedalaman seperti Engkilili, Ngemah dan Ba'kelalan!


Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan Kementerian Komunikasi malam tadi (Sabtu) menyebut bahawa Najib Altantuya akan berulang-alik dari Semenanjung ke Sarawak dalam tempoh enam hari ini bermula malam ini, petanda besar bahawa Barisan Najis semakin tidak selesa walaupun dia baru saja bertandang ke Kuching 7 April lalu.


Bahkan, kunjungan timbalannya, Muhyiddin Yassin aka Sembab ke Bintulu semalam juga tidak banyak mengubah keadaan.



Muhyiddin Yassin mencuba pemainan
di Tadika Mutiara Sedidik
selepas
merasmikannya di Rumah Panjang Sait Jaya

kira-kira 22 kilometer dari bandar Bintulu semalam

Malah, Muhyiddin sendiri nampaknya semakin menjauhi Taib Mahmud, dan khabar-khabar angin mengatakan hubungan Taib-Najib semakin dingin setelah Taib mengasak Najib Altantuya berhubung isu Alkitab yang diberi nombor siri juga sememangnya benar!

Dengan perkembangan terkini setelah kempen pilihanraya masuk hari keempat semalam, membuktikan bahawa Barisan Najis semakin terdesak mempertahankan kemenangan 62 daripada 71 kerusi yang dicatatnya pada 2006.

Taib mengharapkan agar ketibaan Najib Altantuya malam ini bakal mengubah senario yang semakin bahaya buat Barisan Najis.


Dengan hari pengundian cuma lima hari lagi, sesuatu perlu dilakukan juga buat Pakatan Rakyat bagi mengekalkan momentum kemaraan pengundi yang semakin jelak dengan pentadbiran Taib Mahmud dan Barisan Najis.


Anda masih kurang percaya?


Tunggu lagi perkembangannya sehari dua ini!


JALAN PULANG


Najib kembali semula ke Sarawak: Petanda BN dalam keadaan genting?


Barisan Nasional Najib Razak yang baru melawat Kuching kelmarin, akan kembali semula ke bumi kenyalang pada hari esok, malah akan berulang-alik antara Semenanjung dengan Sarawak, sehinggalah Jumaat minggu depan.


Jadual perjalanan Najib mencungkil pertanyaan, sama ada keadaan di Sarawak telah menjadi genting buat BN?


Sejak hari penamaan calon pada 6 April, ceramah anjuran DAP di kawasan bandar seperti Kuching, Sibu dan Miri mendapat sambutan yang hangat, malah "angin perubahan" juga kencang di sesetengah kawasan bumiputera.


Najib yang baru sahaja menjelajah hampir semua pelusuk di kawasan Kuching kelmarin, akan kembali semula ke sini pada hari esok untuk program mesra rakyat.


Menurut notis media yang diedarkan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Najib akan tiba di Lapangan Terbang Kuching pada jam 7.40 petang esok


Dan akan menghadiri program mesra rakyat di stadium tertutup MBKS di Bintawa Kuching pada jam 8.30 malam.


Kemudian, Najib akan melawat Kuching, Betong, Lubok Antu pada keesokannya, dan bertolak balik ke Kuala Lumpur.


Pada 12 April, Najib akan kembali ke Kuching pada waktu malam, melawat Engkilili, Sebuyau dan Kuching pada 13 April.


Pada malam 13 April, Najib akan meneruskan perjalanan ke Miri, dan melawat Marudi, Ba'kelalan, Limbang dan lain-lain lagi pada 14 April.


Pada 15 April, Najib akan menjelajah kawasan Miri, termasuk Kapit, Song dan sebagainya, sebelum kembali ke Kuala Lumpur pada jam 1.45 petang.


Apa yang menarik, kawasan di mana Najib turun untuk lawatan adalah kawasan "panas" yang disenaraikan ahli akademik.


Pensyarah Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak, Faisal Syam Hazis sebelum ini menyenaraikan 29 kawasan hangat, antaranya 15 kawasan majoriti pengundi Cina, 7 kawasan Iban, 3 kawasan Melayu/Melanau, 2 kawasan Bidayuh dan 2 kawasan orang Ulu.


Menurut beliau, 29 kawasan tersebut bakal menyaksikan pertarungan sengit antara BN dengan Pakatan Rakyat.


Tujuh kawasan Iban adalah Bukit Begunan, Engkilili, Batang Ai, Ngemah, Pelagus, Kemena, dan Batu Danau.


Tiga kawasan Melayu/Melanau adalah Sadong Jaya, Beting Maro dan Saribas.


Dua kawasan Bidayuh adalah Kedup dan Bengoh.


Dua kawasan orang Ulu adalah Belaga dan Ba'Kelalan.


SUPP memisahkan diri dari Taib Mahmud


Sentimen "Undur Taib" semakin menyemarak sejak pilihan raya negeri berlangsung, terutamanya di beberapa kawasan bandar yang majoritinya pengundi Cina.


Kawasan bandar ini kebanyakannya dipertandingkan calon SUPP, yang kelihatan semakin sukar untuk menangkis tuduhan rasuah, penyalahgunaan kuasa terhadap kerajaan Taib Mahmud.


Malah, teori "wakil dalam kerajaan" oleh SUPP turut disanggah oleh pembangkang.


Calon SUPP Pending Sim Kui Hian misalnya, cuba mengaitkan program Taman Kenyalang Rivival dan "Bintang Walk" di Jalan Padungan dengan kerajaan persekutusan dan PM Najib, mungkin sebagai petanda untuk mengasingkan diri daripada Taib Mahmud.


Malah, slogan "transformasi" SUPP juga adalah tiruan daripada slogan Najib.

9 comments:

Anonymous said...

Ameen... semoga tahun 2011 ini membuka tirai sebagai tahun membawa perubahan.

Telah bermila di negeri Kelantan, kemudian pada tahun 2008 menular ke negeri-negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Dan kini InsyaAllah Negeri Sarawak sebagai pemangkin PAKATAN RAKYAT bergerak menuju PUTRAJAYA..INSYAALLAH.

Anonymous said...

MAMPUIH UMNO.....!!! BE END UMNO.....!!!

kenatipuolehumnoapco said...

UMporNO dah nak JAHANAM .. tak sabor2 den nak raih Kemerdekaan yang sebenar. Mampuih laa Mat Monggol kah kah kah kah Altantuyaaaaaa.

Anonymous said...

Jangan mudah merasa selesa,,,

Anonymous said...

Soalan:Apakah hukum mengundi?
Jawapan:Pada asalnya hukum mengundi adalah fardhu kifayah.
Soalan:Bolehkah mengundi dihukum sebagai wajib?
Jawapan:Bergantung kepada situasi dan keadaan,ia boleh menjadi fardhu ‘ain ataupun wajib sekiranya untuk mempertahankan kepimpinan Islam seperti di Sarawak sekarang ini yang berasaskan kepada konsep perkongsian kuasa yang tidak menyalahi syariat Islam.
Soalan:Bagaimanakah ciri-ciri pemimpin yang patut dipilih sebagai umat Islam?
Jawapan:Patuh kepada agama, amanah dan bertanggungjawab kepada rakyat dan bukan bersandarkan unsur-unsur fitnah dan tohmhan semata-mata. Perlu juga dipertimbangkan terhadap jasa, perjuangan, perngorbanan yang telah dilaksanakan oleh seseorang calon itu terhadap pembangunan Sarawak.
Soalan:Sekiranya terdapat beberapa orang calon muslim yang bertanding di sesuatu kawasan,di atas parti politik yang berbeza, bagaimanakah kaedah Islam untuk menentukan calon yang layak menjadi pemimpin, berdasarkan akhlak individu atau prinsip parti?
Jawapan:Pilihlah pemimpin yang cenderung kepada agama dan dapat memberi faedah kepada masyarakat, dan ukurlah juga sejauh mana sumbangan calon-calon tersebut terhadap pembangunan ummah.
Berdasarkan realiti dan situasi politik di Sarawak dengan berpandukan perkongsian kuasa yang telah terbukti kejayaannya, maka pilihlah Parti yang kurang mendatangkan kemudharatan kepada umat Islam. Dan hindarilah mengundi calon parti mereka yang akan mendatangkan kemudharatan yang lebih besar terhadap pembangunan ummah dan memecah belahkan perpaduan masyarakat majmuk,khususnya di Sarawak.
Soalan:Sekiranya terdapat di kawasan kita calon-calon non muslim yang bertanding. Bagaimanakah untuk kita sebagai pengundi untuk memilih pemimpin?
Jawapan:Pilihlah calon non muslim yang lebih prihatin,bertanggungjawab dan lebih memberi manfaat kepada masyarakat Islam sebagaimana yang telah terbukti dalam memimpin negeri Sarawak selama ini yang berasaskan kepada perkongsian kuasa dan saling hormat-menghormati antara pelbagai kaum dan kepercayaan.

Soalan:Apa hukumnya menyebarkan fitnah terhadap seseorang calon bagi mempengaruhi pengundi atau memperdayakan mereka yang tidak mengetahui keadaan yang sebenarnya.
Jawapan:Haram dan berdosa besar
Soalan:Adakah halal elaun@gaji seseorang wakil rakyat(YB) yang memenangi sesuatu pilihanraya disebabkannya melakukan penipuan dan menyebarkan fitnah terhadap lawannya?
Jawapan:Haram! Beliau adalah seorang yang fasiq dan tidak menjadi pemimpin kepada umat Islam.
Soalan:Adakah wajib seseorang calon itu menunaikan janji-janjinya semasa berkempen seandainya dia ditakdirkan sebagai pemenang?
Jawapan:Wajip ditunaikan jika dia memenangi pilihan raya tersebut, walaupun parti yang diwakilinya tidak menjadi pemerintah di negeri itu.Jika tidak ditunaikan maka beliau dikhuatiri menjadi munafik.(sesungguhnya orang-orang munafik itu dibuntut neraka jahanam).

Anonymous said...

SAMBUNGAN

Soalan:Apakah hukumnya mengingkari pemerintah?
Jawapan: “Adapun keluar dari ketaatan terhadap pemimpin (penguasa) serta memerangi (atau membangkang) mereka, maka hukumnya adalah haram menurut kesepakatan (ijma’) umat Islam, walaupun pemimpin tersebut bersifat zalim lagi fasiq.” (Perkataan Imam an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 12/229. Turut disebutkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah menukil perkataan Ibnu Baththal dalam Fathul Bari,
“Telah berkata Ibnu Baththal dalam hadis yang menjadi hujjah untuk meninggalkan sikap keluar dari ketaatan kepada sultan (pemerintah) walaupun pemerintah tersebut seorang yang jahat, (katanya) “Para fuqaha’ telah bersepakat (ijma’) berkenaan kewajiban mentaati sultan (pemerintah) yang memiliki kuasa walaupun dia mendapat kuasa tersebut dengan cara rampasan atau pemberontakan (mutaghalib) dan berjihad bersama-samanya. Ini adalah kerana ketaatan kepadanya lebih baik dari keluar meninggalkan ketaatan kepadanya (dengan mengambil sikap membangkang atau memberontak), yang dengannya mampu memelihara darah dan menenangkan orang ramai (masyarakat). Tidak ada pengecualian dalam perkara ini, melainkan apabila sultan melakukan kekafiran yang nyata.”.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 13/7)

TOK GURU

Anonymous said...

KAWE PERNAH DENGAR BERITA YG SERUPA SEMASA PILIHAN RAYA KECIL DI TENANG DAN KERDAU!

HABUKPUN TARAK!!!

TOK NIKAH KAHWIN

violance planet said...

Wah...Org UMNO tetiba jd Ustaz..
Sila la check Ulama itu hidup zaman Khalifah yg mana..Klu Hidup zaman Abbasiyah boleh kata semua pandapat mcm tuh..Zaman tuh pemerintah Zalim dan membunuh para Ulama,sbb tuh Ijtihad sebegini byk didengar...
Itu Ijtihad ker hukum?
Meh aku pulak jawab..
Dlm Quran dan Hadith nabi x sebut pun mempertahankan dan taat pd pemimpin yg zalim..
Mengapa nk rujuk Ijma' jika dlm Quran dh ada sumber yg terang2 menolak kita condong hati pd kezaliman?
Ijtihad Ulama ini hanya boleh kita rujuk jika perkara itu samar2..Klu perkara yg terang2 menindas dan menzalimi,maka condong hati pun Allah haramkan syurga,jgn kata bagi bai'ah...
Jgn selewengkan Ijtihad jika kamu x faham Murad dan sanad Ijtihad,Psl pemimpin Zalim la Kerajaan Islam dulu jatuh,terperosok hingga sekarang...Ini pilihan raya dan bukan suruh pilih antara taat pada Negara atau berpihak kpd Tentera Kuffar...Tolong bertanggung jawab dan jgn nk melebih2 dari Rasulullah,sunnah pun kamu x ikut tetiba nk jd Ustaz nk ckp psl Ijtihad..
Nk taat pada pemimpin yg membomoh sana-sini,buat perkara Syirik,kamu nk bawa manusia neh pergi ke mana?
Sudah2 la menipu tuh..Syirik tuh bukan ke kekafiran yg nyata dan antara dosa2 yg Allah x ampunkan..
Sedangkan Org2 yg berjihad,bc Quran pun Allah akan persoal jika niat mereka itu bukan krn Allah..
Chek2 la dulu apa niat kamu sblm kamu nk tulis panjang2..

Tajul Muluk said...

Seronok baca komentar Anonymous seolah-olah Tok Mupeti Nujum Pak Belalang.

1. Orang itu BACUL dan PENGECUT
DAYUS.
2. BODOH DAN BERAKAL RENDAH- dia tak
tahu membezakan situasi, masa,
sebab dan musabab dan akibat.
(perkataan mudah faham)
3. Mengundi dalam menentang
kemungkaran adah FARDHU AIN.
Andai kata kemungkaran masih
tegak kerana disebabkan
seseorang individu atau
kelompok masyarakat tidak
mengundi maka menanggong
dosalah yang terlibat dan dia
terpaksa memikul bebanan
mereka2 yang sengsara kerana
kemungkaran itu. Hadis Nabi
s.a.w. kan jelas yang lebih
kurang bermaksud begini. "
apabila kamu melihat
kemungkaran hendajlah kamu
halang dengan tangan kamu
(kuasa), kalau tiada upaya
dengan tangan halang dengan
lisan dan kalau dengan lisan
juga tak upaya yang paling daif
kamu kena benci akan
kemungkaran itu dalam hati
kamu".
Lebai Pak Belalang tu tak faham
kia mengundi bukan dengan
senapang atau pedang kita hanya
pangkah dengan pensel. Itupun
tak payah beli dah disediakan.

Inilah spesiesnya kalau ULAMA
dipanggil ULAMA USUK. Ulama
jahat yang menjual akidah @
agama kerana kemewahan dunia
walhal ciput saja dapat, Deme
dapat berape yob?

INGATLAH UNDI ANDA AMAT PENTING. UNDI ANDA ITU MENENTUKAN MASA DEPAN
KEHIDUPAN ANDA DAN ANAK CUCU ANDA.
BUATLAH PILIHAN TERBAIK SAMADA MEMILIH UNTUK TERUS MENDERITA ATAU ATAU MAHUKAN PENGHIDUPAN YANG LEBIH BAIK. HASIL SARAWAK ITU TERLALU BANYAK DAN RAKYATNYA SIKIT.
KALAU KERAJAAN BAGI RM 500 SEBULAN SATU KELUARGA UNTUK 5 TAHUN PUN KERAJAAN TAK AKAN BANKRUPT. TAPI APA BERLAKU PUAK-PUAK TAIK AJE YANG SENANG KAYA RAYA. RAKYAT MENADAH AIR HUJAN UNTUK HIDUP.

'TUHAN TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB KAMU MELAINKAN KAMU MENGUBAHNYA SENDIRI'

AWASLAH DENGAN CADANGAN/KOMEN SEPERTI ANONYMOUS TULIS. BANYAK LAGI AKAN KELUAR OLEH PUAK HAPRAK.

SAYA TIDAK MEMAKSA ANDA MEMILIH SIAPA KERANA ANDA ORANG MERDEKA. TEPUKLAH DADA TANYA SELERA.
PILIHAN ANDA MENENTUKAN KEHIDUPAN
ANADA DAN ANAK CUCU ANDA.