Dengan itu, RON97 akan dijual RM2.80 seliter.
Sejak awal tahun ini ia telah mengalami empat kenaikan untuk mencecah harga semasa RM2.90 seliter.
“Ya, RON97 akan turun 10 sen seliter mulai tengah malam, ini kali pertama ia turun sejak kerajaan memperkenalkan polisi pelarasan subsidi tahun lalu,” kata sumber industri ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Satu lagi sumber berkata keputusan mengenainya dimaklumkan kepada pengedar petang ini.
Pada Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan subsidi petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula mengikut harga pasaran dunia.
Ketika itu kerajaan memutuskan harga petrol RON95 dan diesel diselaraskan lima sen kepada harga baru iaitu masing-masing RM1.85 seliter dan RM1.75 seliter.
Harga LPG pula diselaraskan 10 sen menjadi RM1.85 sekilogram dan petrol RON97 diapung terkawal memandangkan ia hanya membabitkan 13 peratus penggunaan bahan api di Malaysia.
Kerajaan menetapkan harga RON97 pada paras RM2.10 seliter dan mengalami kenaikan sehingga RM2.90 termasuk dua kali tahun lalu dan empat kali tahun ini.
2 comments:
Macam ni punya penulisan pun ada. Ni mesti mengaji tak habis macam mat sabu suami norma buasir nih..
hang peduli apa pencacai UMPORNO , Minyak naik 10 sen konon dah hebat, tu pun baru sekali turun. negara lain dah berapa kali turun sbb ikut harga semasa. UMPORNO tengok bila dan kaut untung banyak baru turun sikit, pencacai pun melalak
Post a Comment