Sunday, July 17, 2011

Analisis Keseluruhan : Lawatan Najib dan Ro$mah ke United Kingdom sangat memalukan!!

http://abushahid.files.wordpress.com/2011/05/najib-pening1.jpg

Memalukan!

Itulah rumusan ringkas tapi penuh mendalam di sebalik lawatan selama empat hari Najib Altantuya ke United Kingdom dari 13 hingga 16 Julai lalu.


Agak bernasib baik terutama apabila delegasi yang diketuainya terlebih dahulu sudah pun melawat Amerika Syarikat pada April sehingga tercetus isu pembelian sebentuk berlian bernilai USD24.4 juta (RM73.2 juta) oleh isterinya sendiri, Rosmah Mansor seperti yang didedahkan oleh CheguBard minggu ini.


Dari awal ketibaan Najib Altantuya dengan harapan bahawa lawatan rasmi pertamanya sejak memegang tampuk pemerintahan Putrajaya pada April 2009 dari tangan Mat ZZZ, sehingga pulang ke Malaysia, semuanya bermula dan berakhir dengan langkah kiri.


Semuanya kerana isu tindakan polis menyuraikan himpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur yang menyaksikan kecaman demi kecaman diterimanya dari media dalam negeri dan juga antarabangsa.


"Pesta" memalukan Najib Altantuya bermula dengan ketibannya di Lapangan Terbang Farnborough, salah sebuah lapangan terbang persendirian di luar London, 35.4 kilometer jauhnya dengan hanya disambut oleh pegawai rendah di Pejabat Setiausaha Luar, dan bukannya Setiausaha Luarnya sendiri, Theresa May.



Lapangan Terbang Farnborough sebenarnya hanyalah digunakan untuk pesawat persendirian swasta dan bukannya untuk kegunaan rasmi ketua negara atau Perdana Menteri. Kebiasaannya, Lapangan Terbang Gatwick atau Heathrow yang sudah pun mempunyai lima (5) terminal digunakan untuk ketibaan ketua negara.

Ia juga hanya digunakan ketika pameran udara yang diadakan di sana setiap tahun, dan hanya digunakan apabila sebarang bentuk pertunjukan udara dan kerja penyelenggaraan kapal terbang dan jet peribadi.

Sudahlah tiba di lapangan terbang kecil, tiada pula sambutan permaidani merah atau kalungan bunga seperti kebiasaannya oleh tetamu khas Perdana Menteri David Cameron.

Ini menguatkan lagi spekulasi bahawa United Kingdom sedang memerhati dari jauh perkembangan yang berlaku, khususnya tindakan Najib Altantuya berlaku zalim dan kejam terhadap rakyat negaranya sendiri.

Berbeza dengan lawatan Najib Altantuya di Doha, Qatar pada 15 Mei lalu (lihat gambar bawah) sudah semestinya memang ada yang tak kena dengan lawatan Najib Altantuya kali ini.


Dengan hari pertama lawatannya sudah "mencalarkan" reputasinya sebagai Perdana Menteri Malaysia "paling tidak dialu-alukan" oleh media Britain terutamanya The Guardian dan Daily Telegraph, langkah seterusnya semakin sumbang buat Najib Altantuya.

Diasak bertalu-talu dengan "tekanan diplomatik" oleh Kerajaan Britian yang sememangnya "menunggu" ketibaan Najib Altantuya dengan penuh "kejutan dan kebetulan", tiada apa yang dapat memulihkan imejnya yang semakin membusuk di negara penjajah Komanwel itu.



Rakyat Malaysia yang mengetahui situasi semasa yang berlaku di tanah air, lantas menubuhkan satu "organisasi" khas untuk menyatakan sokongan mereka kepada rakyat yang ditindas semasa Bersih 2.0 Sabtu minggu lalu.

Dengan menamakan diri mereka "Clean UK 2011", sekumpulan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan warga asing yang bersimpati dengan nasib tahanan Ordinan Darurat Parti Sosialis Malaysia (PSM) segera bertindak dengan bantuan Amnesty International UK dan Malaysia sebagai penyelaras.


Hari pertama Najib Altantuya berkelana di bumi England sudah menampakkan rintangan demi rintangan hasil daripada mobilisasi terancang dan tersusun peserta Clean UK 2011 yang setia "menunggu" di mana saja dia berada.


Dengan masuk hari kedua, tanpa disangka-sangka, jangkaan Najib Altantuya bahawa hanya rakyat Malaysia saja yang melempar protes ternyata meleset sama sekali.



Berita Harian dalam kolum gambarnya memaparkan Setiausaha Pengangkutan, Phillip Hammond berjalan bersama Najib Altantuya dengan memakai tali leher berwarna kuning di samping Pengerusi SPAD, Syed Hamid Albar dalam lawatan kerja ke Stesen Keretapi London.


Tidak cukup dengan itu, dikhabarkan, lawatan Najib Altantuya ke pusat teknologi tinggi jet pejuang juga disambut dengan rentangan kain kuning di bahagian dalam ruang pameran!


Hari ketiga merupakan hari "paling malang" buat pemimpin tertinggi Malaysia ini.


Dijadualkan bertemu dengan Perdana Menteri, David Cameron di No 10, Downing Street dan Ketua Negara, Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham, kedua-duanya mempuyai cerita tersendiri.


Bersama Cameron, sebelum dijemput masuk ke dalam pejabat yang kedua paling berkuasa di dunia itu, puluhan wartawan yang telah lama menanti Najib Altantuya menyerbu untuk meminta penjelasan mengapa himpunan rakyat dijadikan medan buat polis menggunakan kekerasan melampau terhadap rakyatnya sendiri.


Najib Altantuya tidak dapat memberi jawapan benar sebaliknya berjanji akan menjelaskannya apabila keluar dari pejabat Cameron.


Malangnya, janji tinggal janji.


Wartawan yang menyerbunya semasa masuk kini hampa apabila sekali lagi Najib Altantuya berlalu tanpa sempat ditemu bual.


Hanya klip video CNN London sebelum itu yang mewawancara Najib Altantuya mendedahkan pembohongan besarnya sedang "dieksport" ke seluruh dunia.


Kejutan terbesar berlaku di Istana Buckhingham apabila Najib Altantuya dan Rosmah Mansor dibawa menghadap Ratu Elizabeth II di ruang tetamu, dengan mengenakan gaun berwarna kuning!



Malah, bunga hiasan yang diletakkan di bahagian sudut kamar tersebut juga berwarna kuning!

Penganalisis politik menyifatkan, Ratu Elizabeth II menyindir Najib Altantuya secara bahasa diplomatik ekoran tindakan keganasan Bersih seminggu lalu.


Mustahil kata penganalisis, Ratu tidak diberitahu dan dimaklumkan situasi sebenar yang berlaku di negara yang pemimpinnya datang untuk menghadapnya.


Satu tamparan besar buat pembesar Malaysia sekor nih.


Terkejut dengan tindakan tersebut, Najib Altantuya memberi taklimat kepada Menteri Luar, Anifah Aman supaya mencari punca sebenar mengapa kedatangannya kali ini disambut dengan "warna kuning".


Hari ketiga pula, kedatangan Najib Altantuya di Mansion House di Garlick Hill diambut dengan sorakan peserta Clean UK 2011 yang menunggu di hadapan pintu masuk sambil memegang sepanduk mengecam ISA serta mendesak kesemua pemimpin PSM yang ditahan segera dibebaskan.



Keadaan berlaku sedikit tegang dengan tindakan Pejabat Pesuruhjaya Malaysia meminta bantuan polis Britain menggunakan dua buah trak polis untuk menghalang pandangan Najib Altantuya ke arah mereka.

Ada yang membawa kad untuk ditandatangani dengan harapan Najib Altantuya akan mendengar suara mereka bersama dengan sekumpulan warga asing yang sama-sama berdemo.


Malangnya, sebaik tiba, rupanya bukan setakat Najib Altantuya saja yang turun, malah adiknya Nazir Razak dan anak Najib Altantuya sendiri juga turut bersama!



Hari terakhir pula menyaksikan "sambutan paling meriah" buat Najib Altantuya di hadapan Hotel Intercontinental di Hyde Park, sebuah kawasan eksklusif dan mahal di ibu kota United Kingdom.


Sekali lagi pasukan Clean UK 2011 sudah bersedia seawal jam 545 petang waktu London untuk menantikan kehadiran Najib Altantuya bersama delegasi Malaysia sempena sambutan majlis makan malam untuk penuntut dan warga negara di sana.


Tercabar dengan sorakan demi sorakan yang bergema di hadapan hotel berkenaan, akhirnya Najib Altantuya meminta Anifah Aman berunding dan cuba bertanya mengapa setiap kali rombongan Najib Altantuya tiba di sesuatu tempat, pasti akan memalukan dan mencalar imej Najib Altantuya.


Peserta UK Clean 2011 menjawab selagi kesemua tahanan Ordinan Darurat belum dibebaskan, selagi Najib Altantuya berada di bumi UK, selagi itulah mereka akan berhimpun sehingga tuntutan mereka dipenuhi.



Anifah dengan perasaan marah, bertanya kepada salah seorang mereka, dengan bertanya, sudah berapa lama kamu tidak pulang ke Malaysia, seolah-olah rakyat Malaysia tidak mengetahui langsung perkembangan semasa tanah air.

Dengan tidak mengendahkan kata Anifah, peserta terus mengalaunkan lagu dan sorakan mengecam Najib Altantuya dengan kata-kata "Shame, Shame, Shame On You Najib"! dan pelbagai lagi bentuk ekspresi yang sedikit sebanyak mencuri tumpuan rakyat Britain yang lalu-lalang di sekitar hotel berkenaan.



Tidak cukup hingar bingar di luar, rupanya di dalam hotel, Najib Altantuya dihidangkan pula dengan sejenis jus berwarna kuning, dipercayai atas arahan terus pejabat Perdana Menteri di No 10, Downing Street.


Hadirin yang berada di majlis tersebut menyatakan, inilah balasan Tuhan terhadap keganasan yang diarahkan oleh Najib Altantuya di tanah air sendiri selama ini.


Sehinggakan seorang daripada mereka yang datang dari Newcastle menulis dalam mesej Twitter mengatakan:


“Hadiri jamuan PM bersama rakyat dekat London. PM jemput makan kita makan, tapi lawan tetap lawan.”


Sesungguhnya, lawatan Najib Altantuya ke United Kingdom yang pertama ini pasti akan dikenang sehingga "seratus keturunan" rakyat Malaysia, betapa seorang perdana menteri Malaysia telah diperlakukan seperti tetamu yang tak diundang dalam sejarah negara kita.

Pendapat penulis, inilah balasan TUNAI dari Allah SWT ke atas Najib Altantuya kerana sanggup berbohong di negara orang sedangkan seluruh dunia sudah mengetahui kekejaman demi kekejaman Umno-APCO dan Barisan Najis akan berterusan sehingga diganti Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.


Sekalung tahniah buat semua rakyat Malaysia di London terutamanya ahli jawatankuasa UK Clean 2011 (Ginie Lim) yang menggerakkan rakyat kita di sana berhimpun dan menyatakan protes tanpa sebarang gangguan polis Britain yang terkenal dengan sifat mesra, cekap dan berintegriti dalam menjalankan tugas mereka.


Tahniah Rakyat Malaysia di United Kingdom!


JALAN PULANG

1 comment:

rosamajid said...

Salam..

Padan dengan apa yang dia (najib) buat kat rakyat. Tu la akibatnya.
Semua orang protes dia, tapi empunya diri masih tak sedar diri lagi. Keras hati nampaknya. Makan apa entah si najib ni, Allahhh!!!!!!