KOMENTAR : Majmuk! Beleklah gambar-gambar dan video perhimpunan Bersih 2.0 pada Sabtu 9 Julai lalu dan anda akan pasti disambar satu pemandangan yang membanggakan. Bahawasanya yang keluar di jalan-jalan raya di pusat bandaraya Kuala Lumpur ialah warga Malaysia dari berbilang kaum.
Ini satu hakikat. Baik pemimpin kerajaan, pemerhati politik dan pihak polis sendiri pasti tidak boleh menafikannya. Maka dengan sendiri terkulailah dakwaan bahawa kononnya Bersih 2.0 ini adalah agenda pihak tertentu yang mahu memperkudakan orang Melayu supaya bersengketa sesama sendiri.
Rakyat dari pelbagai peringkat umur dan tanpa mengenal sempadan bangsa keluar beramai-ramai menggunakan hak mereka di bawah Artikel 10 Perlembagaan Malaysia untuk berhimpun dan menyuarakan kekecewaan, kegelisahan dan aspirasi mereka terhadap sistem pilihanraya negara yang cacat dan curang.
Tanpa niat untuk membuat hingar, heboh dan ceroboh terhadap hak orang lain, di bawah payung Bersih 2.0 mereka melaungkan pada dunia, ada yang tidak kena pada pihak pemerintah yang bermati-matian cuba menafikan hak asasi mereka itu walau berulang kali mereka isytiharkan untuk bersuara dengan aman.
Perihal niat mereka mahu berhimpun dengan aman dan tertib pada hari itu disahkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Oleh kerana yakin perhimpunan Bersih 2.0 tidak akan memudaratkan keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat, beliau dengan segala senang hati meninggalkan negara untuk temujanji dengan Pope di Vatican City.
Sebagai seorang perdana menteri yang bertanggungjawab, sudah pasti Najib tidak akan mahu meninggalkan Malaysia jika beliau percaya keadaan darurat akan berlaku.
Tentu sebagai anak Tun Razak yang bertanggungjawab mengelakkan Malaysia hancur kerana peristiwa 13 Mei 1969, Najib akan bersama memantau dan memimpin supaya darurat tidak berlaku sekali lagi di Malaysia.
Keyakinan Najib pada tujuan luhur Bersih 2.0 ini seharusnya dikongsi oleh semua menteri kabinetnya, terutama sepupunya Hishammuddin Hussein yang juga Menteri Dalam Negeri.
Jika Hisham optimis seperti Najib tentu polis tidak perlu membazir gas pemedih mata dan melumpuhkan pergerakan trafik di sekitar Kuala lumpur.
Cuma yang mencacatkan sedikit usaha Bersih 2.0 meraikan demokrasi yang subur ialah pasukan keselamatan yang kurang yakin dengan sikap optimis Najib dan bertindak seolah-olah Bersih 2.0 adalah musuh Negara. Itupun, umum tahu adalah kerana didorong oleh kegelabahan Hishamuddin yang kini terbukti seorang pesimis.
Kemajmukan peserta Perhimpunan Bersih 2.0 adalah satu janji bahawasanya masa depan Malaysia adalah cerah. Ini kerana apa jua pertimbangannya, sekarang sudah nampak perimbangan yang sihat di antara pemimpin dan rakyat pelbagai kaum bagi mengemudi Malaysia ke arah yang lebih adil dan sejahtera dan bukan caragaya kepemimpinan negara yang cuba menghimpun kuasa di kalangan kroni Umno sahaja.
Ini digambarkan oleh sikap Patriot (yang entah berdaftar atau tidak dengan Pendaftar Pertubuhan) yang cuba menyekat suara rakyat yang memilih menyertai inisiatif Bersih 2.0.
Meskipun ditekan dan digertak serta difitnah sebagai anti-Islam pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga yang ditahan polis dengan yakin menyimpulkan bahawa matlamat Bersih telah berjaya menghasilkan beberapa perkara positif untuk Malaysia.
Pertama, katanya, ia telah meluapkan rasa tidak senang hati rakyat terhadap penggunaan kuasa yang semberono oleh kerajaan yang kelihatan agak ketinggalan zaman di segi pemikirannya.
Kedua, kata Ambiga lagi, Bersih 2.0 memperkukuh dalam diri rakyat keazaman untuk menghidupkan perimbangan dan kezuhudan dalam kerajaan.
Dan ketiga, rakyat kini dapat merasai dan menghayati bagaimana sebenarnya mereka mempunyai hak dan kuasa untuk membawa perubahan meskipun cuba digugat oleh polis.
Ini semua berlaku kerana pemikiran yang agak cetek di kalangan pemimpin seperti Hishamuddin. Dengan awal-awal lagi mengisytiharkan tindakan tegas dan keras untuk membenamkan usaha Bersih ini, Hisham telah menggalakkan dan mengghairahkan media arus perdana untuk memomokkan kempen Bersih 2.0 secara berlebihan.
Kedangkalan pemikiran ini apabila disebarkan tanpa tapisan dan perimbangan menafikan hakikat bahawa duniakini sudah terbuka luas di segi percambahan maklumat.
Gertakan polis yang bukan sahaja diulang-ulang oleh media massa tetapi papan pengumuman trafik (ITIS) menimbulkan kejengkelan rakyat yang tahu mesej apa sebenarnya yang hendak dikhabarkan oleh Bersih 2.0 pada mereka.
Namun begitu segala keterbatasan pemikiran media arus perdana – Utusan, Berita Harian, The Star, The New Straits Times, Astro, TV3 dan kerabat mereka serta RTM – berjaya menggamit naluri ingin tahu rakyat kepada perjuangan Bersih 2.0 dan isu kecacatan sistem pilihanraya di Malaysia.
Dan, apabila dengan segala azam dan besar hati puluhan ribu rakyat berbilang kaum bermandi air bercampur kimia yang dipancut ke arah mereka oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU), perjuangan Bersih 2.0 menjadi lebih bening dan jelas di mata warga Malaysia!
Apapun semua pihak haruslah bersyukur polis masih belum mengerahkan segala kudrat yang ada padanya untuk mengganyang gerakan Bersih 2.0. Jika PDRM secara melulu mengikut telunjuk pemikiran yang kurang matang, tentu respons rakyat jelata akan lebih hebat daripada apa yang disaksikan pada 9 Julai.
Bersih 2.0 diisokong oleh Pakatan Rakyat, gabungan tiga parti politik utama di Malaysia. Ia adalah inisiatif 62 Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mahu perbaikan berlaku pada sistem pilihanraya di Malaysia.
Namun selepas perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai kerajaan Umno-BN hari ini perlu menjelaskan bukan sahaja pada rakyat Malaysia tetapi warga dunia yang cintakan keamanan dan demokrasi, mengapa hampir semua pemimpin Pakatan Rakyat ditahan?
Apakah Umno-BN sudah tidak percaya pada sistem demokrasi dan cuba memadamkan semua bentuk perbezaan pendapat dan saingan politik dengan menggunakan kuasa polis?
Rakyat Malaysia dan warga dunia juga ingin tahu apakah Umno-BN juga mahu beranjak daripada sistem Raja Berperlembagaan setelah membelakangi pandangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bahawa rakyat ada hak bersuara jika meyakini ada kepincangan dalam hidup bernegara?
6 comments:
tahniah untuk PAS diatas kejayaan BERSIH 2.0 yang mana menunjukan dengan jelas arah perjuangan Islam telah tersasar jauh dari PAS...PAS dengan rela memperjuangkan REFORMASI untuk DS Anuar Ibrahim dan Ambiga juga DAP.
Keadilan dan kebajikan apa yang diperjuangkan kalau perjuangan PAS sendiri telah tersasar jauh?
ingatkan tadi ada perhimpunan BERSIH kat pekan Ahad Titi Serong!
tungkaran hati yang telah ditutup pintu hati nye...xpela dia mungkin dah kaya sgt...xperlu harga brg di naikkan pemimpin sesuka hati mak bapak mereka..
tungkaran hati busuk ni jenis pencacai tak da kelas Umporno
Tak pe lah..Baguslah mcm tu. Lepas ni lagi senanglah Ambiga nak murtadkan org islam sebab dah ada penyokong tegar..
Bodoh ..tujuan menghalalkan cara.
Hasil perhimpunan semalam aku tekad kasi semua undi pada BN ( sebelum ni aku kasi sorang satu).
Kira berjayalah tu kan..tima kasih
Korang dah salah tujuan..terang2 kunun nya perhimpunan utk pilihanraya bersih tapi sibuk reformasi dan terlampau cenderung kpd perarakan politik apasal? Sebab tu lah polis dan kerajaan tak kasi permit. Dah tahu mesti korang menipu punya.
asyik2 komen copy paste tanpa fakta dari pencacai umporno
Post a Comment