Tuesday, July 12, 2011

Najib kata bertarung secara anak jantan , lihat perempuan ini! Inilah cara anak jantan Najib



LIHAT wajah perempuan ini baik-baik, tangannya diikat dengan cabel tight oleh Polis. Wanita lemah ini ditangkap oleh Polis semasa perhimpunan aman BERSIH 2.0 Sabtu lalu di ibu negara.

Buat pengetahuan pembaca semua, wanita ini tidak membunuh seekor semut pun, tidak memetik sekuntum bunga pun milik kerajaan apa lagi menjentik hidung Polis. Tapi tangannya diikat oleh Polis kerana menurutnya, dia membantah apabila empat orang Polis memukul seorang budak Melayu.

Bayangkan, kerana tindakan dari rasa simpati di hatinya melihat rakyat Malaysia yang lain dipukul di depan matanya, dia diikat dan ditangkap. Adakah wanita ini menipu? Lihatlah, dengar dan nilai. Tanya hati anda adakah wanita ini sengaja menyebabkan dirinya ditangkap agar dia boleh berpura-pura marah dan menipu semua orang?

ReJaM© "Inilah akibatnya bila Polis menjadi alat penguasa yang zalim..."

1 comment:

Anonymous said...

Tu pun kata ketua mat rempit berasal dsari Baling (Azeez Mamak) semasa di lokap pendemo Bersih 2.0 diupah RM200. dasar penipu memang budaya umporno...