Wednesday, July 13, 2011

Najib tiba di London tanpa David Cameron dan tanpa permaidani merah di lapangan terbang Farnborough, London

Gambar dari NST Online

Nasib rakyat Malaysia mendapat PM yang seolah-olah tak mendapat pengiktirafan dari bekas penjajah negara Malaysia sendiri.....

Cuba peratikan kesemua gambar-gambar tu,,, kesemuanya sekerat sahaja,,, dari paras betis hingga ketapak kaki dan tanah tak disiarkan..... he he....

Petang tadi aku sempat tengok berita NTV7 jam 7 ptg, ada ditunjukkan juga,,, memang jelas tak ada karpet-karpet,,, batu kerikil tapak airport ada la....

Dan yang sambut ketibaan PM pun mengikut dari BH Online hanya Setiausaha Negara bahagian Luar Komanwell,,, ish,ish,, sambut kedatangan PM 1Malaysia depa letak SU sahaja......

Padanlah muka Rosmah FLOM yang sebelum ini selalu menyibuk pun tak kelihatan dalam gambar tu..... .....ManjungMari

Berita Bernama di bawah :

LONDON: Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini Selasa untuk lawatan rasmi empat hari bagi meningkatkan hubungan antara Malaysia dengan United Kingdom. Dengan diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Perdana Menteri terbang ke London selepas menamatkan lawatannya ke Turkmenistan.

Najib tiba di lapangan terbang Farnborough pada 3.45 petang waktu tempatan (10.45 mlm Malaysia) dan disambut oleh Wakil Khas kepada Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar dan Komanwel John Mcdonald, Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Simon Featherstone, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Duta Besar Malaysia ke UK Datuk Zakaria Sulong.

Perdana Menteri dijadual bertemu pemimpin kerajaan UK dan tokoh-tokoh industri semasa lawatan itu yang dibuat atas jemputan Perdana Menteri Britain David Cameron. Najib juga dijadual menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham. -BERNAMA

9 comments:

Anonymous said...

Takpe lah. Sekurang-kurangnya dia berusaha utk lakukan sesuatu yg baik pada Malaysia walaupun dihina seperti apa yg disebut dalam artikel. Tapi pemimpin pembangkang pergi luar negara memburukkan negara dan melobi duit utk membiayai pergerakan mereka disini utk menjahanamkan negara. Apa yg kau tulis tu bukanlah sesuatu yg adil terhadap DS Najib....

Anonymous said...

kamu ni sayang sangat pemimpin mcm ni ,,,, sekarang ni rg suka dia 2 golongan jer golongan pertama mereka yang x berapa cerdik lebih kurang x berfikir di luar kotak golongan kedua berkepentingan duniawi kamu aku x tau golongan mana sudah -sudah la menyanjung pemimpin yang zalim..

Anonymous said...

Baca biar habis….! Najib ke London atas dasar lawatan tetapi TIDAK disambut oleh David Cameron dan tanpa permaidani merah di lapangan terbang Farnborough, London. Najib hanya disambut oleh Wakil Khas kepada Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar dan Komanwel John Mcdonald, Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Simon Featherstone, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Duta Besar Malaysia ke UK Datuk Zakaria Sulong. Nampak sangat mereka telah hilang hormat pada Najib selaku PM Malaysia kerana kezaliman dia serta kuncu2nya terhadap peristiwa 9/7/2011. Apa ke bangang sgt? Ada pergi sekolah atau tak? Klau dah menyokong pemimpin yg zalim, bermakna anda juga menyokong perkara2 yg zalim spt membunuh, mendera, merogol dsbnya. Layak ke kita panggil seseorg itu "manusia" apabila seseorg itu menyokong perkara2 yg zalim? Sick!!!!

Anonymous said...

Anonymous yang paling atas tu orang ke lembu?

Anonymous said...

Anon paling atas, nak suruh bertindak adil kpd Najib. Apa Najib bertindak adilkah kepada rakyat Malaysia?.

Peristiwa 9/7/11 bukti Najib zalim, kejam dam tidak berperikemanusian.

Anonymous said...

Asalam. Tak baik panggil orang lembu, so tarik balik lah perkataan tu dengan mohon maaf pada yang berkenaan. Kita dilahirkan didunia ini hanya dengan maksud agama. Dan barangsiapa yang tidak mengikut perintah Allah Taala akan berada di dalam golongan musyrik. So kita mohon pada Allah Taala agar kita dapat bersiber dengan tertib cara yang ditunhjukkan oleh Nabi S.A.W. Ameen. Jazakallah Khair.

Anonymous said...

ada tanda soal, maksudnya anon tu tak bermaksud kata lembu.

Anonymous said...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0714&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_37.htm sila baca ni bangsat2 oi

Anonymous said...

lantak tak disambut pun buat apa bekas penjajah dan juga negara yg bertanggungjawab mewujudkan israel kat negara2 islam najib disambut dgn sambutan negara