Sunday, July 17, 2011

RM 100 untuk setiap anak yang dilahirkan di Pulau Pinang



SHAH ALAM 17 JULAI : Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini mengumumkan bahawa Kerajaan negeri akan menimbang untuk memberi bayaran RM100 kepada setiap bayi yang dilahirkan di negeri itu menerusi Program Anak Emas mulai tahun ini.

Guan Eng dalam satu kenyataan medianya berkata, bayaran wang tunai itu akan diserahkan kepada salah seorang ibu bapa bayi berkenaan yang mana mereka merupakan pengundi Pulau Pinang.

“Kerajaan negeri Pakatan Rakyat menimbang memberikan RM100 wang tunai 'one-off' kepada setiap bayi kelahiran Pulau Pinang mulai tahun ini, di mana salah seorang ibu bapa merupakan pengundi Pulau Pinang,"katanya.

“Program Anak Emas Pulau Pinang akan mensyaratkan pengesahan bahawa pendapatan isi rumah keluarga tidak boleh melebihi RM4,000 sebulan,” ujarnya.

Menurut Guan Eng, kejayaan Program Penghargaan Warga Emas RM100 setiap tahun dan RM1,000 ‘one-off’ urusan jenazah kepada waris warga emas dilancarkan oleh kerajaan negeri tahun lalu demi mengenang jasa bakti sumbangan warganegara yang melebihi 60 tahun kepada pembangunan negeri, telah menyebabkan beberapa pihak mencadangkan bahawa kerajaan negeri menimbang pula golongan yang baru lahir.

“Sebagai kerajaan berjiwa rakyat yang dengar suara rakyat, buat kerja rakyat dan berikan harapan kepada rakyat, kerajaan negeri Pakatan Rakyat anggap pemberian RM100 kepada setiap bayi kelahiran Pulau Pinang adalah satu cadangan baik," katanya.

“Sungguhpun pemberian 'one-off' RM100 oleh kerajaan negeri PR adalah kecil, ia adalah untuk meraikan tambahan anak Pulau Pinang yang baru,” ujarnya lagi.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, sebanyak RM20 juta diperuntukkan setiap tahun untuk dibelanjakan bagi program penghargaan warga emas dan waris mereka.

“Sungguhpun program penghargaan emas ini cuba disabotajkan oleh parti pembangkang-BN, namun usaha sabotaj mereka gagal dengan kadar pendaftaran kini melebihi 87 peratus engan hampir 115,000 warga emas Pulau Pinang mendaftarkan diri,” katanya lagi.

Tambah Guan Eng lagi, sumber kewangan program baru Anak Emas Pulau Pinang ini adalah sama dengan program penghargaaan warga emas iaitu datang daripada penjimatan hasil kejayaan kerajaan negeri dalam menjalankan kempen antirasuah yang turut mendapat pujian Transparency International.

“Program baru ini akan dibentangkan dalam mesyuarat Exco Negeri Pulau Pinang pada minggu ini dan dijangkakan makan perbelanjaan antara RM5 hingga RM10 juta setiap tahun,” katanya.

3 comments:

Jamaludin said...

Kerajaan Penang saja buat gimik. Lepas tu duit semua masuk dlm tabung DAP. Alasannya org DAP banyak beranak macam anak babi.

Anonymous said...

pencacai umporno komen macam taik baik la busuk. Melayu sahaja tapi perangai macam bukan orang Islam

Subki Latif said...

Yang tak suka dengan apa sja kebaikan yang orang nak buat namanya DENGKI