Tindakan kerajaan Malaysia menghantar semula peguam hak asasi manusia dari Perancis, Wiliam Bourdon tanpa sebarang sebab membuktikan ketakutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini kerana peguam itu dijadualkan berada di Malaysia untuk membongkar skandal komisyen kapal selam membabitkan RM540 juta dan kaitannya dengan misteri pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.
Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Lathhefa Koya berkata, kerajaan Malaysia juga bertindak zalim apabila menghantar Bourdon pulang ke negara asalnya tanpa sebarang sebab munasabah.
“Apakah kerajaan Malaysia tak sedar bahawa tindakan yang dibuat membuktikan sikap zalim mereka? Malaysia tak ubah seperti negara dunia ketiga yang sering guna alasan yang tak masuk akal kerana takut,” katanya kepada Keadilandaily.
Beliau berkata demikian dalam reaksinya berhubung tindakan Jabatan Imigresen menahan Bourdon di Pusat Tahanan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengahari tadi.
Peguam lantikan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu ditahan pegawai imigresen ketika pesawat yang dinaikinya tiba di KLIA dari Pulau Pinang, selepas menghadiri majlis makan malam anjuran Suaram di Bayan Baru malam tadi.
Bourdoun sepatutnya hadir pada majlis yang sama di Dewan Sivik Petaling Jaya malam ini dan Ipoh pada 23 Julai.
Namun ketika tiba di KLIA, beliau ditahan lebih lima jam tanpa diberikan sebarang akses bertemu peguam. Berikutan itu, Bourdon yang dijadual pulang semula ke Paris pada Ahad ini akan menaiki pesawat pulang jam 11.30 malam ini.
Dalam pada itu, Latheefa berkata Bourdon memberitahunya yang dia diarahkan untuk menandatangani satu dokumen dalam bahasa Malaysia, namun enggan berbuat demikian.
“Ini satu penghinaan dan melanggar hak asasi seorang manusia.
Kita tak tahu apakah dokumen yang diarah untuk ditandatangani oleh William.
“Seseorang itu mempunyai hak untuk tahu kandungan dan sebab sebelum menandatangai apa-apa dokumen.
Setiap negara perlu menghormati hak-hak ini,” jelas Latheefa.
Beliau turut kesal dengan sikap pegawai Imigresen yang menengking dan menghalang pengarah Suaram), Cythia Gabriel yang mahu bertemu peguam itu.
Sementara itu jurucakap Lawyer For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri yang dihubungi berkata, Jabatan Imigresen menghantar William kembali ke negaranya dengan menggunakan Akta Imigresen.
Beliau bagaimanapun memaklumkan pihaknya akan berbincang bersama Suaram untuk memikirkan tindakan lanjut berhubung tindakan Jabatan Imigresen.
Tindakan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menahan peguam Perancis, William Bourdon dari memasuki negara ini, akan mencemar nama Malaysia dan hubungan diplomatik dengan kerajaan negara itu, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
“Ini perkara yang memalukan negara dan akan menjejaskan hubungan antara Malaysia dengan Perancis,”
“Kerajaan Umno dan Barisan Nasional mempergunakan Jabatan Imigresen dan Polis untuk melindungi Najib. Sedangkan, tidak ada sebarang kesalahan yang dilakukan Bourdon,” kata Surendran kepada Keadilandaily.
Bourdon ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengah hari ini oleh 3 pegawai imigresen, sejurus tiba di lapangan terbang itu.
William disoal siasat di pusat tahanan imigresen KLIA dan tiada sebarang maklumat berkenaan dakwaan yang akan dikenakan terhadapnya.
Bourdon tiba di Pulau Pinang semalam dan berucap di pelancaran majlis makan malam bagi kutipan dana ‘Ops Scorpene’ di Bayan Baru malam tadi.
Sementara itu Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua mendakwa kerajaan takut kepada maklumat yang bakal didedahkan oleh peguam dari Perancis itu.
“Kalau kerajaan tidak melakukan sebarang kesalahan, mengapa mereka takut? Mengapa mempergunakan Jabatan Imigreen dan Polis untuk menahan?
Menurutnya, Bourdon hanya dilantik Suara Rakyat Malaysia bagi mewakili satu kes siasatan dakwaan rasuah dan majlis makan malam yang dianjurkan hanya penerangan mengenai perkembangan kes tersebut.
“Sekiranya kerajaan menghantar pulang Wiliam kembali ke Perancis, tindakan itu akan menjadi isu antarabangsa,” kata Tian Chua sambil menambah, majlis makan malam bagi mengumpul dana Ops Scorpene yang dijadualkan malam ini di Dewan Sivik MBPJ akan diteruskan.
Sementara Ahli Biro Politik KEADILAN, Dr Syed Husin Ali dalam laman twitternya menulis, Najib tidak perlu bimbang dengan kehadiran Bourdon jika megakui tidak kenal penterjemah Mongolia, Altantuuya Sharibuu yang dikatakan ada kaitan dengan isu komisyen pembelian kapal selam Scorpene.
“Najib tak perlu gusar tentang kes Scorpene dan Altantuuya. Bukankah dah bersumpah tiada kena mengena?
“Jadi apa perlu tahan dan usir peguam Perancis,” kata Dr Syed Husin, sinis.JALAN PULANG

4 comments:
Mudah sahaja Najib mahu manafikan kontroversi tersebut. Angkat sumpah sekali lagi dengan ditemani Mufti Perak Harussani dan disaksikan oleh 3 wali walkuk iaitu Ezam Mohd Nor, Zul Kulim dan Brahim Ali. Sattle masalah, tentu mok cik dan pok cik Felda rasa teruja dan menangis kerana PM mereka berani mempermainkan hukum dan ketetapan Allah SWT.
Apa lebihnya jika Malaysia dilihat negara ' baik '?
Negara baik setakat ini hanya Amerika, Britain dan Israel.
Baikkah mereka sebenarnya ?
pencacai umporno nak kata Najib hebat tapi dengan menipu
Penyelesaian cara umporno dlm kes ini senang aje, najib boleh bersumpah dimane masjid atau surau2 felda sebaik2 nya saksi ialah Rahim TC, Eskay siam dan Shuib mertua anak bedal.. Kes dikira selesai dan najib didapati tidak bersalah. Ini dapat menjimatkan kos mahkamah dan elaun hakim dan peguam2 terlibat.. harap disegerakan 'upacara sumpah penafian' ini. PDRM sediakan keselamatan kpd mereka yg terlibat ade kemungkinan agen2 mongolia ingin membalas dendam....Reuter
Post a Comment