Wednesday, August 10, 2011

Puak-Puak Songkok Tiga Jengkal konon pejuang agama , dulu GENG KEPALA LEMBU sekarang GENG MANGKUK TANDAS

SHAH ALAM : Kira-kira 20 orang yang mendakwa mewakili beberapa pertubuhan bukan kerajaan mengadakan demonstrasi di depan pagar Bangunan SUK di Shah Alam, pagi ini.

Kumpulan itu menggelarkan diri mereka Pemuafakatan Waris Melayu Malaysia (Warisan) dan Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan (Gempak).

Sambil memakai topeng Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kerajaan negeri, Datuk Hasan Ali dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, mereka membawa mangkuk tandas, penyapu lidi, berus pencuci tandas dan pencuci lantai.

Demonstrasi itu diadakan sebagai sokongan kepada tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu selepas mendakwa terdapat gerakan bagi memurtadkan umat Islam di negeri itu.

Menurut Bernama, setiausaha Warisan, Zulkifli Shariff, mendakwa mereka tersinggung dan terhina dengan telatah "kebudak-budakan" Abdul Khalid yang tanpa menunggu penjelasan dari JAIS memohon maaf atas serbuan itu.

Kumpulan kecil itu menunjuk perasaan dari pukul 10 pagi dan bersurai kira-kira 20 minit kemudian setelah diarah pihak polis yang bertugas mengawal keadaan.

Sementara itu, PAS mendakwa isu berkenaan sengaja ditimbulkan bagi menenggelamkan isu yang cukup berbahaya kepada negara iaitu kontroversi MyKad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih SPR.

Menurut ahli jawatankuasa PAS Pusat Idris Ahmad, setakat ini jawapan yang diberikan oleh SPR “diketawakan oleh orang pekak dan buta” manakala media perdana milik Umno dan BN cuba menimbus isu pendaftaran ini.

“Pemimpin Umno dan NGO Umno macam dilanda histeria mengenai isu ini (serbuan JAIS ke atas gereja). Kononnya merekalah pembela agama. PAS istiqamah dan konsisten menentang isu murtad di negara ini.

“Di mana suara Umno dan Utusan ketika isu Noraishah Bukhari, Hartina Kamarudin dan lain lagi? Sejarah telah mencatatkan berlaku penangkapan ISA terhadap pemimpin pemuda PAS dalam operasi lalang 1987 kerana isu Kristianisasi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, PAS juga telah membuat keputusan untuk bertemu secara langsung dengan pihak JAIS dan juga gereja untuk mendapat gambaran sebenar.

Negara kita ada undang-undang, siapa yang bersalah akan dihukum. Media bukan gelanggang untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya.

Dalam nada menyindir Idris berkata beliau berharap pemimpin dan media Umno menyedari bahayanya murtad dan tidak menjadikannya isu politik.

“Tahniahlah kepada pemimpin Umno dan media Umno kerana baru sedar bahayanya murtad. Kita harapkan janganlah kerana politik semata-mata.

“Samalah ketika isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam Umno menjadi juara. Tetapi dalam masa yang sama menentang hukum Allah dan menyekat ajaran Allah diajar di dalam surau dan masjid. Pelik juga Umno, nama Allah dipertahan, hukum Allah dia lawan.,” katanya.

idris juga mempersoalkan mengapa Umno diam membisu apabila MCA merancang untuk menyaman kerajaan Kelantan pimpinan PAS kerana mengharamkan perjudian di negeri itu.

“Sepatutnya kalau Umno pejuang Islam kena nasihatlah rakan sejawat mereka. Sudah 54 tahun berkawan pun Umno tidak boleh dakwah, bahawa judi itu bahaya pada masyarakat,” kata Idris lagi. -MK




Pengawal keselamatan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah melihat penyapu, pengilap lantai dan mangkuk tandas yang diletakkan di hadapan pagar bangunan itu, di sini hari ini.

2 comments:

Anonymous said...

tuu diaaa....Geng Mangkuk(Tandas)atau Geng JAMBAN..ha!ha!,Jenaka Ramadhan..

Anonymous said...

sdr
puak bengong umno geng mangkok campur geng kepala lembu,bodoh punya melayu mangkok umno