Friday, August 12, 2011

TERKINI!!! Najib , Rosmah muncul di mahkamah tapi untuk bagi tahu tak mahu ditemubual dan jadi saksi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiWSK4DGRbLXdZCa6d0a4umQN9O1aPP8B-nujXV9lJy03JqQJ0YjcaJWyTMMJYN_2V8A26RpL9RnH9zK6iL6Jhi9AyPdNmmujK2WamtMBVVQKCcCN64eij-VBylo89z9tM9eXy4oIf9stMH/s400/NajibRosmah.jpgPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya hadir ke mahkamah tetapi enggan memberikan kerjasama untuk ditemubual peguam Anwar.

Karpal Singh yang bertindak sebagai peguam bela utama Ketua Umum KEADILAN itu berkata, kedua-duanya yang ditemui secara berasingan menyatakan mereka tidak mahu ditemuramah mahu pun menjadi saksi perbicaraan kes Fitnah II.

“Kedua-duanya memberitahu mereka tidak mahu ditemubual dan juga tidak mahu menjadi saksi.

“Saya tidak tahu kenapa mereka begitu takut untuk hadir ke mahkamah (dan menjadi saksi),” kata Karpal.

Najib dan Rosmah hadir ke mahkamah secara senyap-senyap dan bersembunyi kerana nama mereka tiada dalam senarai saksi yang akan ditemubual hari ini.

Malah, peguam Anwar juga sedikit terkejut apabila mengetahui mereka hadir ke mahkamah hari ini.

“Kami tak diberikan notis (lebih awal) tentang kehadiran beliau dan isteri.

“Lebih kurang lagi lima minit ke pukul tiga petang saya diberitahu polis yang PM dan isterinya sudah menunggu di bilik sebelah untuk ditemubual,” kata Sankara Nair.

Selain Rosmah, peguam bela Anwar menemubual bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Rodhwan Yusof petang tadi, kata Karpal.

Mereka kini masih mempunyai baki enam orang saksi untuk ditemubual, kata Karpal.

Mereka termasuklah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, pemilik kondominium, Haji Hasanuddin Hamid dan isterinya, serta kakak ipar beliau, dan dua orang bekas pembantu rumahnya yang kini berada di Indonesia.

Sewaktu ditanya langkah seterusnya yang akan diambil peguam bela memandangkan Najib dan Rosmah enggan ditemubual, Karpal memberitahu perkara itu hanya akan diputuskan selepas semua saksi selesai ditemubual.

Namun, perbicaraan tidak dapat diteruskan Isnin ini kerana baki enam saksi itu.

“Kita akan minta hakim tangguh kes ke beberapa hari kemudian,” kata Karpal.

1 comment:

MOH KEMBARA said...

Salam, subpoena jer.