Berita TV3 jam 6 sebentar tadi menyebut Naib Presiden Umno Dato' Zahid Hamidi berkata bahawa larangan memasang kuat pembesar suara pada waktu subuh kecuali azan seperti yang berlaku di Pulau Pinang tidak sepatutnya berlaku jika pemerintah negeri tersebut sensitif dengan ajaran Islam.
Selain itu beliau juga amat khuatir perbuatan tersebut akan diikuti oleh negeri-negeri lain yang diperintah oleh pakatan Rakyat.
Banyak silap komen Dato' dalam isu ini, sepatutnya Dato' perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berdasarkan amalan sunnah Nabi SAW bukannya berdasarkan keperluan parti yang Dato' tunggangi.
Kerisauan Dato' tentang negeri Pakatan Rakyat yang akan mengikut amalan ini juga adalah tidak patut sama sekali kerana tindakan menghalang sama maknanya dengan menolak Sunnah Nabi.
Kategori apa kah kita ini bila kuat berselawat ketika Maulidur Rasul tapi menolak Sunnah dihari dan waktu yang lain.
Terkini menurut lapuran Malaysiakini Mufti Perlis Indra Kayangan (yang diperintah oleh Umno & Barisan Nasional) Dr Juanda Jaya tidak setuju atau dalam bahasa yang lain menempelak kepada mana-mana Individu lebih-lebih lagi bagi orang islam yang mempertikaikan apa yang dibuat oleh Pulau Pinang ini.
Dalam bahasa yang lebih keras beliau juga melebelkan sebagai Jahil terhadap hukum agama Islam dan peranan masjid kepada mana-mana individu yang menentang Sunnah Nabi ini.
Semoga Dato Seri Zahid Hamidi yang banyak Ilmu Agama ini lebih berhati-hati supaya anda lebih dihormati pada masa-masa akan datang.
Ada satu perkara Dato' kena buat survey dan perkara ini amat penting buat Dato' dan parti Dato' .... Mengapa ahli Parti Dato' tidak berapa berkenan dan menjauhkan diri dari masjid dan surau termasuk dalam bulan Ramadhan ini.... bukan sekarang sahaja ... dah lama dah.
Berkaitan : Larang pembesar suara: Perlis sokong Pulau Pinang
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di masjid dan surau dengan kuat adalah bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur.

“Amalan pasang mikrofon kuat waktu sebelum subuh adalah bertentangan dengan sunah Nabi SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur. Perbuatan mengganggu ini adalah haram dan berdosa,” katanya dalam satu pesanan SMS kepada Malaysiakini.
Sehubungan itu, Dr Juanda berkata pihaknya menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.
“Kami sokong kenyataan itu dan Perlis dah lama kuat-kuasakan larangan itu di masjid dan surau, walaupun kadang-kadang ada (pihak) yang larang," katanya.
Menurut Dr Juanda, Jawatankuasa Fatwa Perlis telah membincang hal berkenaan sejak 30 April 2007 dan dalam garis panduan masjid di negeri itu diletakkan satu klausa: 'tidak membaca dan memperdengarkan ssebarang bacaan selain azan dengan kuat ssebelum dan selepas'.
Keputusan itu juga telah diluluskan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Perlis pada 25 Julai 2007 yg dipengerusikan oleh Tuanku Raja Muda Perlis.
“Mikrofon (di) masjid hanya boleh laungkan azan waktu subuh sebanyak dua kali sahaja iaitu azan pertama 30 minit sebelum subuh dan kemudian azan subuh.
“Ini adalah amalan yang menepati kehendak Sunnah Nabi SAW yang sepatutnya dipatuhi oleh semua umat Islam yang cintakan Sunnah Nabi SAW yang sahih “Pihak yang pertikai adalah jahil tentang hukum dan peranan masjid dalam Islam,” katanya.
INI PULA KOMEN DR ASRI
Saya amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat.
Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan;
1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.
2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.
3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.
4. Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nab, kata Abu Sa'id al-Khudri: “Ketika Nabi beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda.
Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Dalam hadis ini Nabi Muhammad SAW melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid.
Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya. Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin rh mengulas hadis ini dengan katanya: “Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).

"Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid... dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini...boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara.
Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Arab Saudi yang penduduknya semua Islam. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.
5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai.
5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai.
Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata: “Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan.
"Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).
Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?
Maka, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni.

6 comments:
Puak2 ni letak urusan ugama no. 2 je mungkin no.3, memang puak2 laknat....
HE!HE!HE!
CARILAH RANTING DAN DAHAN UNTUK DIBAHAS. SEDANG PERKARA POKOK YANG MEMBABITKAN AQIDAH ORANG ISLAM HANGPA DAH GAGAL.
WALAUPUN HANGPA DAH KELUAR KENYATAAN, NAMUN IA TETAP DILIHAT SETELAH ' PASARAN' DIUJI.
Satu soalan untuk Luncai.
Tiang agama kau selamat dilaksanakan tak 5 waktu sehari semalam secara berterusan?
puak-puak umno ni solat 5 waktu pun tak cukup, yg dlm kedai mamak tgahari puak umno juga, yg masuk pusat disko puak ni juga. lepas tu mengaku berjuang pertahan aqidah
HE!HE!HE!
ANON 20:21,
BAIK PUNYA SOALAN. SINIS DAN SINDIR.
BUDAYA TOK GURU NIK AZIZ. YANG TERBARU ORANG SUSAHPUN DISINDIRNYA...
kalu susah macam orang umporno, yang kaya pun kata miskin
Post a Comment