PARIT BUNTAR, 10 Sept. : Pemuda PAS Parit Buntar meminta UMNO memberi penjelasan berhubung kenyataan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 9 September 2011 bahawa UMNO telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Parti Komunis China (CPC) Ogos 2010 yang lalu.
Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak UMNO perlu menjawab persoalan ini.
"Dinyatakan Setiausaha Agung UMNO, Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menandatangani MoU mewakili UMNO dengan pihak CPC.
" Bagaimana sebuah parti Melayu yang dikatakan berjuang untuk bangsa dan agama boleh menjalinkan hubungan baik dengan CPC yang jelas memperjuangkan idealisme Komunis.
Hairul Nizam berkata, sebelum ini UMNO mengutuk habis-habisan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung isu Mat Indera yang disebut sebagai hero memperjuangkan kemerdekaan.
" UMNO seolah-olah membangkitkan amarah rakyat dengan kenyataan Mohamad Sabu akan tetapi mereka sendiri yang terlibat secara rasmi dengan CPC.
" Bak kata pepatah "Kata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang UMNO Yang Lebih." katanya
Menurut Hairul Nizam, apa yang disuarakan oleh Timbalan Presiden PAS ternyata benar apabila ada buku fakta sejarah menjadikan Mat Indera sebagai salah seorang tokoh pejuang negeri Johor.
"UMNO sengaja ingin menjadikan ucapan beliau untuk menjadi mainan isu politik sempit UMNO. Sedangkan mereka sendiri bersekongkol dengan Komunis.
" Kita minta UMNO membuat kenyataan terbuka berhubung perkara ini. Kita tidak mahu UMNO menggunakan kesempatan berhubungan baik dengan CPC untuk mereka terus kekal berkuasa" katanya
Tambahnya, Dewan Pemuda PAS Parit Buntar mengingatkan UMNO jangan jadi pengkhianat dengan menjalinkan hubungan dengan pihak komunis.
" Kita bimbang akan hubungan baik UMNO dengan CPC akan menyebabkan keselamatan rakyat Malaysia terancam dan idealisme serta pengaruh komunis berada dalam negara." katanya.
6 comments:
walaupun kita berkerjasama dengan parti komunis ini tidak bermakna kita menyokong fahaman komunis....semua atas dasar ekonomi untuk pembangunan kedua2 negara. Jangan nak samakan dengan pengganas komunis dulu yang jelas membunuh orang2 islam semasa 14hari pemerintahan mereka.....
pencacai umporno tak pertahankan umno. tuduh pas yang tidak ada hubungan dengan komunis sokong komunis sedangkan Umno sah ada hubungan dengan komunis.
Yang Umno hantar balik pejuang Islam Uighur tu kerana hubungan baik dengan komunis la pencacai umporno hoi. Tah hidup atau mati orang Islam Uighur tu dikerjakan komunis China.
Komunis tetap komunis jadi jangan berdalih la pencacai umporno
Apa bezanya MOU Mat Indera ngan Komunis dalam menentang British kalau nak dibandingkan MOU UMNO & CPC?????
Kalau nak dikatakan atas ekonomi???? Kenapa bukan Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Peoples Republic of China??????
TAK ADA BEZA KAN???? UMNO MINAT KOMUNIS TU YANG TEPAT
Pencacai umporno 10 0356 komunis tetap komunis lah bahalul, ekonomi ke, sosial ke, budaya ke, tetap fahaman komunis. cuma hangpa umporno buat boleh org lain x boleh... dasar umporno memang putaralam dan x adil... WAJIB dinyahkan PRU13 nanti..
ok...kalau macam tu bila PAS jadi pemerintah tolong putuskan hubungan dengan cina sebab depa komunis, tolong putuskan dengan amerika dan kesatuan eropah sebab depa tindas orang islam.berhubung dengan negara islam saja......kalau boleh buat la jangan pandai cakap ja.
pencacai umporno nak komen tapi nampak bodoh. dah tak da hujah, tak payah la nak tulis komen.
Post a Comment