Sunday, October 16, 2011

NAK BODEK PUN HORMAT LA KAT ORANG LAIN!!! ADUN PR tidak dihormati , pemimpin UMNO disanjung-sanjung

Amat memalukan sebagai seorang Prof. Madya merangkap YDP PIBG di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah, Kajang serta Pengetuanya tidak menghormati tetamu.

Mana mungkin seorang Timbalan Ketua Umno Bahagian Serdang di'layan' hingga mengenepikan seorang ADUN.

Apa kes brother dan Mak Cik Pengetua?

Kalau sudah pasang niat nak menegakkan 'tripod', tak payahlah nak bermuka-muka dengan ADUN Bangi tu yang pada mulanya disuruh duduk di meja VIP tetapi dek penakut, pengecut.....bacul.....calon pembodek nombor satu Selangor....dengan tanpa adab menyuruh ADUN Bangi itu berpindah tempat...ok that' fine, orang PAS tak kelapaq nak duduk dengan VIP lain konon tapi sekurang-kurangnya dalam ucapan mereka, addresslah sikit akan kehadiran ADUN Bangi tu.

Saya sepatutnya hadir sama dalam Majlis Makan Malam di Sekolah itu malam tadi tetapi dek kaki bengkak maka tak dapalah hadir. Rupanya ada hikmah di situ, kalau tidak nak rasanya beri perli 'maut' kaw kaw pada 'maknyah' dan Pengetua tu.

al-brangionline:

Masih ada lagi 'kaki' jenis penakut pada Umno......akai mana letak


Untuk dapat gambaran yang lebih jelas akan keadaan sebenar sila baca di bawah :


Ma`had Hamidiah, Kajang 17 Zulkaedah = 15 Oktober (Sabtu):

Kehadiran Adun pada Majlis Makan Malam Ma`had Hamidiah pada malam ini atas permohonan Sekolah supaya Adun membeli meja bagi mengumpul dana Sekolah tersebut.

Selama ini apa juga permohonan, derma dan sumbangan yang diminta kepada Adun oleh Sekolah tidak pernah Adun hampakan.

Penerimaan Sekolah terhadap kami selama ini adalah baik sebagai biasa, Ma`had Hamidiah bukan asing bagi Adun, bahkan jauh sebelum menjadi Adun, Adun pernah menjadi AJK PIBG Sekolah semasa Sekolah ini berdekatan dengan Masjid Kajang, bahkan menjadi AJK PIBG (sebagai bapa bagi anak yang lain) bila Ma`had pindah ke Sekolah sekarang.

Sebelum kehadiran pada malam ini pihak Sekolah menghubungi Adun sama ada akan hadir atau tidak. Adun menjawab, ``Insya Allah akan hadir` dan membeli sebuah meja bagi 10 orang. Pihak Sekolah berjanji kehadiran Adun akan diletakkan bersama VIP (bukan atas permintaan Adun).

Dengan jangkaan sebagaimana kehadiran sebelum ini, Adun hadir pada malam ini bersama-sama 8 ahli yang lain bagi sebuah meja (10 orang). Kehadiran Adun sebagaimana dijanjikan akan diletekkan bersama VIP.

Sememangnya bila sampai di bawa ke meja VIP, manakala yang lain – termasuk isteri Adun ke meja yang ditempah – seramai lapan orang.

Tetapi selepas duduk selama lima minit, Adun diminta oleh perai tetamu sambil meminta maaf Adun diminta berpindah ke bahagian tengah bersama dengan ahli-ahli yang sama hadir bersama Adun.

Sebagai tamu seharusnya patuh kepada kehendak tuan rumah, maka Adun berpindah dan duduk di meja bersama isteri dan ahli-ahli yang datang bersama.

Setelah duduk dan meneliti kertas aturcara, Adun lebih faham, dengan terteranya Tetamu Kehormat pada malam ini ialah Mej.(B) Abdul Rahim Mohd Amin, Timbalan Ketua Bahagian Umno Serdang.

Dalam ucapan YDP, PIBG Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi bin Hamat dan ucapan Pengetua Hajah Wan Rohayah Binti Wan Yaacob tidak sedikit pun menyebut kehadiran Adun Bangi, sebaliknya alu-aluan dan penghormatan kepada Timbalan Ketua Bahagian Umno Serdang dan Ketua JKKKP Sungai Ramal Luar Cikgu Abdul Aziz.

Pengarah Hal Ehwal Agama dari Kementerian Pelajaran juga disebut bila beliau datang agak lewat.

Perasmi pada malam itu disebut secara terang Mej (B) Abdul Rahim Mohd Amin selaku Timbalan Ketua Bahagian Umno Serdang yang juga menyampaikan salam Dato` Fathil bin Daud Selaku Ketua Bahagian Umno Serdang, kepada hadirin kerana beliau tidak dapat hadir pada malam ini.

Walau bagaimana agak mengejutkan dalam usaha pihak penganjur menyembunyikan kehadiran Adun kepada ibu bapa dan hadirin, tiba-tiba Mej (B) pada permulaan ucapan menyebut kehadiran Adun Bangi.

Ini tentu mengejutkan YDP – PIBG dan Pengetua. Walau bagaimana dalam acara seterusnya tiada disebut nama atau kehadiran Adun.

Walau bagaimana perubahan pendirian pihak berkuasa Sekolah - Adun fikir tidak melibatkan guru-guru dan pelajar-pelajar yang selama ini mesra dengan Adun dalam majlis-majlis yang Adun hadir ke Sekolah, adalah kesan dari tekanan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hadir ke kawasan Dun Bangi dua kali pada bulan Oktober baru-baru ini dan Pengetua-Pengetua dan Guru-Guru Besar dihimpun dan diberi taklimat oleh Muhyiddin.

Suasana pada makan malam ini yang mana parti politik Umno ditonjol secara langsung adalah dari arahan yang diterima oleh pihak Sekolah.

Dalam kata lain guru-guru ditekan dan tertekan dengan arahan-arahan berkenaan. Sepatutnya pihak Sekolah jangan menawarkan pembelian meja kepada Adun atau beritahu saja dikehendaki jangan hadir.

Walau apa pun kita tidak mengambil hati terhadap Sekolah. Adun adalah berbangga dengan Sekolah Hamidiah yang mempunyai hubungan rapat selama ini dan Sekolah ini menjadi Sekolah kebanggaan Adun, kerana Sekolah ini merupakan antara dua buah sekolah terbaik di Malaysia dan terletak di bawah Dun Bangi.

Dua anak Adun sendiri merupakan alumni Sekolah ini. Hasil dari didikan di Sekolah ini mereka menyambung pelajaran dan berkhidmat dalam bidang-bidang professional sebagai Specialist Dr. Perubatan dan Peguam.

Tanpa sebarang prajudis dan menganggap pihak pentadbir Sekolah berada di dalam keadaan tertekan, Adun mengucapkan tahniah dengan pencapaian Sekolah sebagai Sekolah Klaster Cemerlang (Pencapaian selepas kehadiran Muhyiddin). Sekolah ini sama memberi saham dalam memprojekkan Bangi Bandar Ilmu.

Adun, isteri dan ahli-ahli yang hadir bersama Adun, beredar lebih awal sebaik selesai makan, walaupun kami mengganggap kami keluar lebih awal, tetapi kami agak terkejut bila tiba ke tempat parking, kereta-kereta yang banyak parking bersama tempat parking Adun, kelihatan lengang dan sudah tiada.

Rupanya ramai sudah pulang lebih awal dari Adun. Pada pendapat Adun ramai ibu bapa tidak senang dengan situasi yang berlaku di dalam majlis, sebab itu mereka pulang awal.

Keadaan normal dapat dipelihara jika pihak PIBG dan Sekolah bersifat professional. Ibu bapa lebih merasa senang jika pihak Pengarah Hal Ehwal Agama dari Kementerian Pelajaran diberi penghormatan sebagai Perasmi dan bukannya Timbalan Ketua Umno Bahagian Serdang !

Sekian.

Blog ADUN Bangi

5 comments:

Anonymous said...

Itulah yg dikatakan pengetua dan YDP PIBG yg berjiwa hamba tunduk kpd ARAHAN tuanya.. Tidak tau membezakan (parti) Tim. Ketua Bhgn Umporno dgn ADUN yg dipilih rakyat? tu psl melayu x leh maju....

Anonymous said...

Itulah yg dikatakan pengetua dan YDP PIBG yg berjiwa hamba tunduk kpd ARAHAN tuanya.. Tidak tau membezakan (parti) Tim. Ketua Bhgn Umporno dgn ADUN yg dipilih rakyat? tu psl melayu x leh maju....

otaklunyai said...

Memang ramai pengetua yg jenis lidah panjang sebab menjulat dan spesis lembu pawah amno laknatullah... Mereka lebih takutkan amno laknatullah dari takutkan Allah S.W.T... lepas tu ugut guru2 supaya jadi takut macam dia... ramaiiiii... cuma agak terkejut perkara ini berlaku di sekolah aliran agama... nampaknya akan roskkan institusi sekolah agama akibat drai pengetua2 yg boddoh dan taghut macam nih...

Хаcмaди Хамдан said...

Saya tidak kena mengena dengan jamuan pada malam itu. Saya hadir pun kerana membeli tiket. Untuk bersama berjumpa dan merai kawan-kawan. Walaupun YB adalah ADUN Bangi, tetapi YB haruslah sedar bahawa sekolah adalah institusi yang masih di bawah kerajaan persekutuan. Pada malam itu, saya melihat YB datang dan diminta untuk duduk di meja VIP oleh seorang petugas. Sebenarnya YB, meja itu dikhususkan untuk Pengarah Bahagian Pendidikan Islam (yang YB sifatkan sebagai Pengarah Hal Ehwal Agama Kementerian Pelajaran). Kemudian seorang penyambut tetamu telah mempersilakan YB untuk mengambil tempat YB di meja yang dikhususkan kepada YB. Bukan sekolah tidak merai YB. Apakah kerana tidak dirai pun YB merasa kecil hati? Sifat buruk UMNO pun masih terselitkah di jiwa YB. Sekiranya YB berjiwa besar, terimalah dengan hati terbuka tempat yang disediakan. Sedarlah bahawa Pakatan Rakyat masih belum memerintah kerajaan persekutuan.

YB,
Tuduhan bahawa Pengetua takut, tuduhan al-Berangi bahawa YDP PIBG sebagai pondan adalah keterlaluan. Tidak enak sebagai pejuang Islam. Menampakkan kerendahan budi dan kehinaan akhlak pejuang Islam. Saya harap YB dapat menyimpan kata-kata saya ini dengan baik. Baik Pengetua, baik YDP PIBG adalah orang kita. Cuma tugas dan tanggungjawab membezakan kita. Diharap YB faham perkara ini. Kalau Pengetua dikenakan tindakan disiplin, apakah YB berjanji dapat menolongnya? Sekiranya saya dikenakan tindakan tatatertib, apakah YB akan bertanggungjawab menyara anak-beranak saya. Saya harap YB bertindak bijkasanalah sebelum menulis di blog YB. Fahamilah hati kami sebagai pegawai kerajaan.

Anonymous said...

YB tu sebahagian dari kerajaan , rai YB pun sampai nak kena tindakan disiplin maknanya umno tu terlalu zalim.

YB tu dah berjiwa besar kerana dia ikut je apa yang penganjur arahkan. kalau YB umno sahih penganjur akan kena tindakan.

pengerusi pibg dan pengetua pun bukannya orang kampung. boleh fikir bgmn nak hormat tetamu.

dah tahu YB nak mari letak la beliau di meja VIP. Adakah jika hanya letak YB di meja VIP boleh kena pecat.

Janganlah penakut sangat. Rezeki tu Allah yang bagi. Kalau Allah nak tarik rezeki pengetua dan pengerusi pibg tu tak nanti kena tindakan disiplin. bila2 masa Allah boleh tarik