Pengetahuan dan kerisauan umum tentang kesalah rasuah kayu balak yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sarawak kini sudah berkembang ke UK. Hanya pada minggu lepas sahaja, nama beliau disebut-sebut dan dibincangkan di dewan tinggi parlimen UK, setelah suatu soalan diajukan kepada kerajaan UK sama ada pernah atau tidak suatu siasatan dilakukan kesalahan rasuah dan kemusnahan yang menimpa orang-orang asal di kawasan tersebut, termasuk hidupan dan tumbuhan liar dalam hutan.
Turut menghadiri persidangan parlimen ketika soalan itu dikemukakan adalah Menteri di Kementerian Perkembangan Hal-Ehwal Antarabangsa, Baroness Verma, menjawab. Menurut Baroness itu, kerajaan UK sememangnya peka dan tahu akan perkembangan berkaitan dengan masalah pembalakan haram dan berleluasa yang telah atau sedang mengganggu kehidupan berjuta-juta penduduk di dunia ini.
Lord St John of Bletso.
Salah seorang sukarelawan kempen alam sekitar Hutan Hujan Tropika telah mengusulkan soalan berkaitan dengan kegiatan haram Abdul Taib Mahmud yang telah mendatangka kesukaran kepada rakyat Sarawak. Lord St John berdiri dan bertanya: “Apakah kita akan mengikut langkah-langkah yang diambil oleh negara-negara Switzerland dan Germany ke atas Ketua Menteri Sarawak yang mengamalkan rasuah itu? Apakah tindakan-tindakan kita untuk membanteras kemusnahan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat pembalakan gergasi antarabangsa, agar kerosakan dapat dikurangkan?
The Baroness replied that although she could not respond on a particular individual, the mechanisms are in place to deal with timber corruption: Baroness berkenaan enggan menyatakan nama individu secara spesifik, tetapi beliau meyakinkan dewan bahawa segala siasatan tetap dijalankan bagi menghalang pembalakan secara haram. “Ingin saya jelaskan di dewan ini, bahawa kerajaan kita akan sentiasa memerhatikan perkembangan masalah yang timbul ini. Semua syarikat pembalakan gergasi itu akan tetap kita syorkan untuk dihukum seberat-beratnya.”
Perbincangan dalam dewan parlimen UK kini telah menjadi suatu isyarat amaran kepada Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya yang memilik harta kekayaan yang amat banyak di seluruh UK. Para sukarelawan kempen anti-pembalakan haram telah menggesa suatu tindakan di Switzerland dan Germany patut diambil. Pada minggu lalu, kerajaan Kanada telah menyatakan mereka telah lama mengetahui tentang wujudnya kekayaan Taib dan keluarganya yang bernilai berjuta-juta dollar di Amerika Utara.
Walau bagaimanapun, setakat ini kerajaan Kanada enggau mengesahkan atau menafikan telah mengambil sebarang tindakan. Pertubuhan Yayasan Bruno Manser telah menyatakan bahawa mereka akan mengemukakan suatu laporan kepada kerajaan UK untuk menyiasat harta Taib di Ridgeford Properties di London, sebuah syarikat yang memegang harta bernilai berjuta-juta pound, termasuk sebuah bangunan berdekatan dengan Bank of England.
Jemputan akan berkurangan?
Pada tahun lalu Ketua Menteri itu telah memulakan suatu majlis keramaian diadakan di House of Lords semasa lawatannya ke UK sebagai suatu usahanya mempromosikan idea penubuhan Hab Halal Antarabangsa. Taib juga diketahui membiayai suatu majlis keramaian di Said Business School di Oxford University, di mana dia berpeluang menjadi penucap utama di situ. Kedua-dua majlis tersebut menerima kritikan dan bantahan umum berdasarkan rekod-rekod buruk Ketua Menteri itu, maka dia mungkin tidak akan disambut semeriah itu di masa-masa akan datang./sarawak report
1 comment:
mamposla ko tok uban psni!...
Post a Comment