Umno Tidak Terlibat Himpunan Sejuta Umat - Tengku Adnan
KUALA LUMPUR: Umno tidak terbabit dalam penganjuran perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata dakwaan kononnya parti itu menjadi dalang penganjuran perhimpunan itu bersifat liar dan tidak berasas.
"Umno tidak ada kena mengena. Ini kerja NGO (badan bukan kerajaan)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.
Bernama
BUKTI UMNO IKUT TELUNJUK MCA..........
Chua Soi Lek Bantah Himpunan Sejuta Umat..
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata penganjur Himpunan Sejuta Umat (Himpun) agar membatalkan kempen terhadap Kristian yang didakwa mencabar akidah umat Islam demi mengelakkan ketegangan agama.“Sama ada ia harus diteruskan ataupun sebaliknya, saya fikir polis tahu apa yang hendak dilakukan, tetapi secara peribadi saya merasakan tidak harus ada sebarang perhimpunan (seumpama itu),” kata Dr Chua hari ini.
“Kita harus mengurangkan sebarang bentuk aktiviti agama yang akan menyumbang kepada perasaan sangsi antara pelbagai kaum di negara ini,” kata beliau.
Dr Chua berkata setiap orang menerima hakikat bahawa Malaysia merupakan negara pelbagai kaum dan kepelbagaian dalam pandangan.
“Dan, jika kita tidak boleh menerima yang itu dan selalu mahu mengenakan kepercayaan (kita) ke atas orang lain, akan sentiasa ada ketegangan,” katanya.
5 comments:
MARI KITA TURUN BERAMAI2....TUNJUKAN YANG UMAT ISLAM SENTIASA BERSATU PADU UNTUK AGAMA WALAUPUN FAHAMAN POLITIK BERBEZA...KITA TETAP SAUDARA SEAGAMA!!
Kenyataan Tengku Adnan tu wayang aje.Resmi memang tak terlibat tapi yang akan berhimpun adalah warga songkok tinggi @ UMNO.Nak harap NGO-NGO yang sekadar punya ahli tak melebihi 100 ahli,jangan harap boleh himpunkan jumlah 1 juta.UMNO tak usah nak main wayang,semua dah tahu dan kenal siapa UMNO.
Anon 5.08,tak payah nak kempen,nak tunjuk apa? Islam mana yang selalu belasah orang Islam dalam demo,Islam mana yang tembak mati orang Islam diMemali dan Batu Buruk,Islam mana yang halang hukum Mutad dan tak akan laksanakan hukum Hudud?
matcelek orang2 macam lu ni la yang menyebabkan perpecahan dalam umat islam. umno tu bukan cuma satu orang je.kalau umno tu cuma ada najib saja gua setuju dengan lu kalau lu nak putuskan hubungan dengan umno.tapi ada berjuta orang yang sokong umno kerana macam2 sebab.ada yang masih tak nampak dengan pemimpin2 umno atas2 yang rosak.mereka belum faham.tapi mereka semua islam.mereka tak berniat pun sokong umno sebab nak sokong kerajaan yang nak merosakkan negara.pokoknya mereka belum mengerti. lu sendiri tau kan macam mana licik puak2 atasan umno menyebarkan propaganda?jadi lu sebagai orang yang boleh berfikir lebih baik pakai lu punya otak la bro.jangan lu taksub sangat dengan fahaman politik sempit. asal umno lu cakap munafik,asal umno lu cakap kafir, jahat dan memacam lagi.kalau lu cakap benda tu dekat pemimpin2 tertinggi umno esp najib monggolia gua takkan membantah bro.ni lu cakap semua umno camtu.sampai bila sebut umno je lu allergic.seolah2 macam zionist lu anggap.ape cite ni bro? lu nak jawab nanti kat akhirat kalau lu sengaja putuskan hubungan silaturahim dengan orang yang mengucap syahadah?
sudah2 la tu bro.janganla taksub tak bertempat.asal pakatan je semua betul.asal umno je semua jahat.realiti dia tak macam tu bro.sama2 ada negatif dan positif masing2.mungkin umno lebih banyak negatif dan pakatan lebih banyak positif.gua bukan orang politik.tapi gua muak tengok oleh sebab politik umat islam kat malaysia ni berpecah belah.hentam menghentam maki memaki. ape semua ni? kan baik duduk semeja bincang bebaik.kalau pemimpin atasan yang bangang2 tu taknak buat, kita diperingkat bawah ni boleh start buat.yang salah tetap salah yang begitu juga yang betul.salah diperbaiki dan yang baik diteruskan. sudahla bro, start lah pakai otak mulai dari sekarang. jangan taksub sangat. wassalam
AHLI UMNO ORANG ISLAM ORANG PAS PUN ORANG ISLAM.....DI SINILAH TITIK PERTEMUAN KITA. KALAU AGAMA PUN NAK BERMUSUH MATI NANTI NAK MENGAKU SIAPA SAUDARA KITA...???? CUBALAH FIKIR POSITIF DEMI PERPADUAN UMNAH. APAPUN AKU SOKONG HIMPUN!!!
KEPADA MATCELEK CUBALAH SAUDARA BACA DAN NILAI SENDIRI KATA2 DEWAN PEMUDA PAS PUSAT TENTANG HIMPUN INI:
http://pemuda.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=469:himpun--hari-solidariti-ummat-islam&catid=37:kenyataan-media&Itemid=61
Post a Comment