Monday, November 7, 2011

UTUSAN TERKANTOI!!! Propaganda Najib korban 402 ekor lembu makan diri

ARTIKEL di MiLo SuaM sebelum ini mempersoalkan satu laporan dari Utusan Malaysia yang melaporkan Najib dan Rosmah mendermakan 402 ekor lembu (RM1.2 juta) sempena Aidil Adha di Parlimen Pekan rujuk [derma Najib].

Bukan niat MiLo SuaM untuk menyebok dalam hal ini. Sebagai blogger, tugas utama kami ialah menjadi "watch dog" untuk memastikan masyarakat internet alert terhadap isu-isu semasa, penyelewengan dan ketirisan yang berlaku.

Dengan itu, pemimpin atasan tidak boleh berbuat sesuka hati mereka. Derma 402 ekor lembu bukan jumlah yang sedikit, ia melibatkan belanja RM1.2 juta, sementara Utusan melakukan propaganda seolah-olah Najib mengeluarkan duit poketnya sendiri.

Lantaran itu MiLo SuaM mempersoalkan benarkah Najib sanggup menghabiskan 4 tahun gajinya untuk menderma? Persoalan itu mendapat respon sebuah portal, mynewshub.my dan portal tersebut mengesahkan bahawa ia bukan dari poket Najib.


Mynewshub.my memaklumkan, kesemua lembu tersebut bukanlah dibeli oleh Perdana Menteri, sebaliknya ia adalah hasil sumbangan pihak swasta.

Terdapat kira-kira sembilan buah syarikat dan individu terlibat dalam pembelian lembu-lembu tersebut untuk diberikan ke kawasan parlimen berkenaan.

Jadi ini sekaligus menafikan yang Najib mengeluarkan duit poketnya sebanyak RM1.2 juta untuk membeli lembu-lembu tersebut.

ReJaM© "Maka propaganda Utusan menaikan Najib terkantoi di situ..."


3 comments:

Unknown said...

pihak swasta pun ada agenda tertentu sehingga sanggup menggunakan nama pembesar negara semata-mata untuk korban. apa salahnya disebut, lembu sumbangan daripada pihak sekian dan sekian, sebutkan berapa jumlahnya, diserahkan kepadas kawasan parlimen najib, tak apa, jangan guna gambaran seolah-olah dia bagi lembu sebanyak itu. utusan tak habis-habis menipu orang kampung.

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Saya pun baca Utusan cuma saya tak rasa pun Najib yang keluarkan duit dia semua untuk korban. Selama ini pun kalau ada laporan yang sebegini ada dinyatakan sumbangan disumbangkan oleh siapa, syarikat mana, pihak mana. Sebenarnya dalam hal ini semua yg berfikiran waras tidak akan mudah nak kata Najib yg sponsor lembu korban tu. KENAPA? Sudah tentu ada pihak yg akan mula buat2 tanya DARI MANA DUIT SATU JUTA TU NAJIB DAPAT?Sebenarnya ada pihak saja nak buat isu kerja jahat UTUSAN. Mungkin tak berada ada modal sekarang ni...

Anonymous said...

Sebab itulah Islam menggalakkan agar pemberian atau kebajikan itu tidak dihebah-hebahkan..
Setiap perkara yg melibatkan pemimpin2 usah dibesar-besarkan krn akan terpalit kpd pemimpin itu kembali..
Apabila akhbar yg gemar memfitnah tiba2 menceritakan kebaikan orang pula,maka sudah pasti org akan memeriksa kebenaran berita yg mereka bawa itu..
Inilah harga yg perlu dbayar apabila kamu suka mempromosi fitnah keatas diri org dan keluarganya,maka kamu tidak lg dipecayai wlwpun kamu membawa kisah org bersedekah sbb kamu tidak ikhlas dlm menyampaikan berita..
Dgn sendirinya kredibiliti org2 yg kamu puji dipersoalkan..
Bkn salah Najib,ttp akhbar yg melampau-lampau sgt mengampunya..