Saturday, December 24, 2011

BACA INI PRESIDEN ISMA!!! Jika tak faham, jangan dok bercakap. Bila bercakap nampak macam UMNO

1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) didakwa mengalami krisis identiti oleh Ustaz Abdullah Zaik selaku Presiden Isma berasaskan kenyataan beberapa individu lalu menyifatkan PAS tidak konsisten dan mengalami kekeliruan terhadap hala tuju partinya. Asas dakwaan ini tidak valid.

2. Pertama: Saya ucapkan terima kasih atas perhatian yang diberikan oleh Presiden Isma terhadap PAS sekaligus menarik perhatian umum khasnya anggota Isma sendiri kepada PAS untuk mengenalinya dengan lebih dekat dan biasanya apabila dicetuskan sesuatu polemik, maka ia akan menarik perhatian serta perasaan ingin tahu terhadap perkara tersebut. Dalam kes ini, PAS menjadi subjek polemik yang dicetuskan oleh Presiden Isma, sekaligus memberikan publisiti kepada PAS.

3. Kedua: Identiti ialah pengenalan dan jati diri. Apabila kita bercakap soal identiti PAS, ertinya kita bercakap mengenai pengenalan dan jati diri PAS. Kepada siapa yang belum mengenali PAS atau buat-buat tidak kenal, maka izinkan saya memperkenalkan buat kesekian kalinya setelah PAS ditubuhkan sejak 1951 berasaskan undang-undang tubuhnya.

Inilah Pengenalan dan Jati diri PAS:

a] Fasal 3 . Perlembagaan PAS: Dasar PAS ialah Islam

b] Fasal 4 . Perlembagaan PAS: Seruan PAS ialah Allahu Akbar.

c] Fasal 5 . Perlembagaan PAS: Tujuan PAS ialah:

~ Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah .

~ Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan Negara .

d] Fasal 6 . Perlembagaan PAS: Usaha-usaha:

~ Menyeru ummat Manusia kepada syariat Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

~ Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan disegenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan social serta pelajaran dan pendidikan.

4. Isu Negara Berkebajikan sering dijadikan turning point untuk menyerang PAS kononnya PAS telah tersasar dari landasan perjuangan asal iaitu Negara Islam, lalu mereka mendesak supaya PAS kembali menggunakan istilah Negara Islam bukannya Negara Berkebajikan.

5. Lebih menarik, Umno juga menyatakan demikian sedang Umnolah antara yang paling kuat menentang hasrat PAS sewaktu PAS menggunakan istilah Negara Islam sebelum ini. Sekarang apabila PAS menggunakan istilah Negara Berkebajikan, mereka sibuk pula mendesak supaya PAS tukar kembali kepada istilah Negara Islam. Mengada-ngada betullah mereka ni!

6. Suka saya jelaskan di sini bahawa langkah dan usaha PAS Membangun Negara Berkebajikan adalah merupakan Fasa 2 pembinaan Negara Islam. Setelah PAS menerbitkan dokumen Negara Islam tempoh lalu, maka ia seperti plan induk bagi PAS menjayakan hasrat mendaulatkan Syariat Allah swt. Itulah Fasa 1 projek PAS.

7. Fasa ke 2, PAS bergerak dengan lebih praktikal. Bukan sahaja membentang plan induk (Fasa 1) yang lengkap dengan teorinya, kini PAS tampil dengan Negara Berkebajikan sebagai subtance kepada Negara Islam. Ia adalah pengisian dan perlaksanaan. Sekaligus menjawab pelbagai tohmahan kononnya Negara Islam adalah negara hukum semata-mata atau juga di tohmah sebagai negara mullah.

8. Negara Islam ialah negara yang dibina berasaskan bimbingan syariat Islam. Sementara elemen utama dalam Syariat Islam ialah adil, telus, integriti dan amanah selain ubudiyyah (pengabdian diri kepada Allah). Ia menepati pembentukan Good Governence yang menjadi sendi utama bagi Negara Berkebajikan yang mahu dibangunkan oleh PAS.

9. Menganggap PAS telah tersasar dari landasan asal perjuangannya adalah berpunca dari salah faham atau buat-buat tidak faham terhadap matlamat dan objektif perjuangan PAS. Selayaknya mereka terlebih dahulu membuka dan melihat Plan Lengkap Projek PAS bagi memahami keseluruhan Fasa yang akan dibina oleh arkitek PAS.

10. Negara Berkebajikan bukan krisis identiti tetapi ia adalah Pengukuhan Identiti. Justeru ia memantapkan lagi pengenalan dan jati diri PAS dengan usaha bina dan tawaran yang lebih praktikal, mudah dan boleh laksana.

Nasrudin Hassan at-Tantawi

9 comments:

Anonymous said...

bukan nampak macam umno, tapi dah jelas bodoh macam lembu

Anonymous said...

Isma ni, serpihan JIM, adakah idea2 nya menyamai golongan2 induk yang asal?

Anonymous said...

Bro, JIM ni ke arah pas tapi takut2. ISMA ni ke arah UMNO sebab tu kenyataan pimpinan ISMA mirip UMNO.

Anonymous said...

Bro, JIM ke arah PAS, tp takut2. nape JIM tkut2? bkn ke JIM ni lantang memperjuangkan akidah umat Islam. Tgk HIMPUN aritu, JIM antar wakilkan. PAS x antar pun. yang dtg aritu Hasan Ali. PAS takut dgn DAP bile sebut negara Islam ni. X caya? tnya wakil PAS yg spatutnya hadir program HIMPUN tu. Aku ni dulu suke PAS masa PAS sendiri2, sbb aku rasa PAS dpt pertolongan Allah, tp bile dah bergabung ni, tgk la apa jadi dgn PAS. sokongan melayu dah turun.

Anonymous said...

LU BUKAN SOKONG PAS TAPI PENCACAI UMPORNO. BAHASA LU ADA DI MERATA BLOG . SEKILAS LEMBU SHARIZAT , TAHU UMPORNO DAN UMGOK

murali veloo said...

cane pas tarbiyah penyokong2 dia?

Dengar&faham said...

HIMPUN tu Pas dh detect da sumthing wrong sbb tu x terlibat , kalo terlibat mngkin da isu pihak lwn (strategi mau da bro, tngk berapa "RAMAI" yg dtg himpun tu,nk ubah akidah xyah berhimpun la buang msa ja, bnyk gi keja nk buat, terbaik Pas), dah dengar sbb apa Pas bergabung Dap? blom pegi dengar&faham then baru komen(silakan,kalo semua melayu msyarakat malaysia xyah bergabung bro,ingat strategi lwn musuh yg tentng islam , kaji sirah plsss..)

Pas tarbiyah penyokong(masyarakat) bnyk bro(kuliah,ceramah pon boleh, kalau yg malas buka u-tube bnyk ceramah ulama Pas cuma dngr&faham, PASTI, mcm2 g..,TV? jngn harap nk ada hoho) cuma kita x nmpak sbb dok lalai dngn akhbar yg kosong dan tv yg x manfaat , nk lagi dengar Ustaz Azhar Idrus, dapat anugerah dari pas kowt... terbaek

satu ja.. kita dok dngr berita mcm2 dari siapa? akhbar dan tv... ingt, tv dan akhbar tu siap yg control ? kamu pikir sendiri ye..

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

terbaik dengar n faham