Wednesday, January 25, 2012

DEBAT!!! Jom tengok antara Najib dan Anwar, siapa yang pengecut?


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar mengadakan satu debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara, demikian menurut firma kajian pendapat awam, Merdeka Center.


Pengarah Eksekutifnya, Ibrahim Suffian berkata, maklumat yang dikumpulkan hasil perbincangan kumpulan berfokus melibatkan profesional-profesional Melayu menunjukkan, mereka berminat untuk melihat satu debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan.


"Maklumat ini, kami peroleh hasil perbincangan dengan kumpulan profesional Melayu baru-baru ini, mereka mahu kedua-dua Anwar dan Najib mengadakan debat, membincangkan isu-isu yang besar, isu rakyat dan isu negara... bukannya isu-isu peribadi tetapi lebih kepada kepentingan rakyat.



"Saya nampak seolah-olah ada satu perubahan dalam kehendak dan keinginan di kalangan rakyat, mereka mahu satu budaya baru, diadakan debat (seperti di negara-negara lain), daripada kempen memburuk-burukkan satu sama lain," kata Ibrahim kepada Sinar Harian Online.


Kedua-dua Anwar dan Najib sudah memasuki gelanggang politik negara lebih empat dekad lalu.


Najib menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno pada awal 2009 dan akan mengetuai Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum pertamanya dalam waktu terdekat. Anwar, bekas timbalan perdana menteri, mengetuai Pakatan Rakyat (PR) awal 2008 dan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen pada Ogos tahun yang sama.


Permintaan dan undangan agar kedua-dua pemimpin itu berdebat bukan perkara baru. Ia pernah menjadi perhatian tahun lalu.


Dan, pada pertengahan bulan ini, Anwar yang juga Ketua Umum PR mengulangi cabarannya kepada Najib, yang juga Pengerusi BN untuk debat secara terbuka mengenai dasar-dasar kerajaan pimpinannya.


Anwar berkata, beliau memandang serius perkara itu kerana ia akan membolehkan rakyat membuat penilaian terhadap pertembungan dua sistem yang wujud di negara ini antara Umno dan BN serta PR.


Pelawaan itu dibuat kira-kira seminggu selepas Anwar dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat.


"Jika benar Najib ikhlas dan jujur ketika memperkatakan sebelum ini bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi terbaik di dunia, jadi, kita nak tahu huraiannya," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pemimpin pada Konvensyen PR pada 14 Januari lalu.


Anwar berkata, PR juga ingin mendengar penjelasan atau jaminan Najib mengenai amalan demokrasi itu dengan memastikan pilihan raya umum akan datang bersih, dan adil tanpa sebarang penipuan sama sekali.


Mengulas lanjut isu debat ini, Ibrahim juga berkata, keinginan itu dilahirkan selepas wujud pandangan dan hebahan mengenai perkara itu baru-baru ini, lebih-lebih lagi ketika negara bersiap sedia untuk berhadapan dengan pilihan raya umum.


"Saya pun berpandangan bahawa kita perlu bergerak ke arah itu. Saya berharap akan ada pihak yang akan menganjurkan debat-debat melibatkan pemimpin negara supaya rakyat dapat menilai kemampuan dan kebolehan pemimpin menawarkan dasar dan pendekatan pengurusan dan pentadbiran terbaik kepada negara," katanya lagi.

3 comments:

Anonymous said...

Tak payah la DEBAT-DEBAT,

Dulu dah berdebat sampai BERBUIH mulut dibuatnya. Orang tanya lain lain pula yang dijawapnya.

PAK JIB NAK DEBAT NGAN DSAI? ISH ISH ISH JANTAN KE PAK JIB NAK DEBAT-DEBAT NIE. CAKAP KAT PENYOKONG SENDIRI BOLEH LA BAK BERDENTUM GURUH DILANGIT TAPI HABUK PUN TARAK.

-wakleman

Anonymous said...

Najib kena berlatih berdebat dengan Rosmah dulu. kalau menang baru boleh sahut cabaran. jika dia tak berani debat dengan Anwar , maknanya di kalah berdebat dengan Rosmah camna nak berdebat dengan Anwar

Anonymous said...

Setuju, debat ni memang patut di adakan.Najib amat hebat menghentam Anuar dlm TV, tapi bila ajak debat x mau. Tak kan takut kot? Xda kelas la PM Malaysia kalau debat pun takut . Debat2 ni biasa je, banyak negara buat. Yang terbaru ni kita tenggok kat debat antara calon presiden Prancis. Dulu masa Obama nak jadi presiden pun ada debat antara dia dengan calon2 lain. Apa yang PM Malaysia takut sangat pasal debat ni, dah bertahun dicadangkan, sampai sekarang tak selesai2 lagi. Rakyat Malaysia nak tenggok & denganr pandangan2 bakal2 pemimpin yang memerintah negara. Rakyat nak dengar juga dasar2 yang dibawa oleh kedua belah pihak. Barulah rakyat boleh buat keputusan nak pilih siapa. Dah 50 thn memerintah, asyik dengar kempen UMNO je kat TV, ape cerita. Jadi kalau betul2 tulus dengan dasar transformasi, terimalah cabaran debat dari Anuar. Saya percaya ramai orang yang sanggup menjadi penganjur. Bahkan kalau betul telus dgn tranformasi, bagi la peluang Pakatan jelaskan manifesto & dasar Pakatan sekiranya memerintah. Ke UMNO takut dasar pakatan lebih baik dari dasar UMNO? Tapi saya yakin, debat Anuar-Najib ni xkan jadi, sebab najib & peminpin UMNO ni takut berdebat. Begitu jua peluang pakatan menjelaskan manifesto & dasar kat TV kepada masyarakat amat la tipis, kalau pun jangan mimpi. Sebab tu UMNO/BN ni perlu dijatuhkan, supaya Demokrasi di Malaysia menjadi lebih telus.