Saturday, January 14, 2012

ELAK UMNO JADI MAHARAJA FITNAH!!!DAP tidak letak calon Melayu PRU 13

DAP dikira mengambil langkah pintar menangguhkan cadangan meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya yang akan datang.

DAP dalam sejarahnya pernah meletakkan calon Melayu di masa lalu, dua dari mereka pernah menang di DUN Perak iaitu Fadzlan Yahya dan seorang lagi tahun 1974 telah mengalahkan peguam Cina terkemuka di Ipoh iaitu Kong Kok Yat.

Bagi mengelakkan parti itu tidak dilihat sebagai yang disokong oleh Cina saja, maka wajar ada pimpinannya dari orang Melayu setelah ia ada pimpinan dari masyarakat India.

Maka ia pernah bercadang untuk meletakkan beberapa orang Melayu di negeri-negeri yang pengaruhnya sudah ketara seperti Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Harapan bagi calon Melayu itu menang tidak mustahil, bahkan cerah.

Tetapi pada ketika UMNO dan penyokong berkaratnya terlalu benci dan takut pada DAP, maka ia dikira bijak dan pintar jika menangguhkan dulu cadangan meletakkan calon Melayu.

Mungkin pengalaman semasa Lee Kuan Yew menjadi rakyat Malaysia dulu boleh dipelajari. Lee Kuan Yew terlalu cepat menyatakan politiknya untuk menggantikan Perdana Menteri Melayu 20 tahun selepas pembentukan Malaysia.

Kerana kata-katanya untuk memberi peluang kepada orang Melayu terus menjadi Perdana Menteri selama 20 tahun, telah mencabar ruh perkauman yang tebal ketika menyingkirkan Singapura dari Malaysia.

Maka tidak perlu gopoh bagi DAP untuk menunjukkan partinya benar-benar Malaysian Malaysia pada masa ini, biarkan Najib saja berhempas pulas menjadikan 1Malaysia sebagai Malaysian Malaysia. Malaysian Malaysia itu suatu yang pasti terjelma tanpa digembar gemburkan oleh sesiapa.

Langkah paling bijak bagi DAP sekarang ialah menumpukan perhatian di kawasan yang padat pengundi bukan Melayu dan atas bantuan PAS dan PKR ia boleh menarik orang Melayu di kawasan seperti itu.

Di kawasan-kawasan yang padat Cina, dalam apa keadaan UMNO tidak akan bertanding. Ia akan hilang wang pertaruhan di situ. Harapan BN di situ kepada MCA, Gerakan dan MIC. PAS dan PKR akan memastikan pengundi di situ tidak memberi undinya kepada MCA dan Gerakan.

Jika DAP meletakkan calon Melayu di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan lain-lain, maka dijadikan propaganda oleh UMNO bahawa DAP menyedia Menteri Besarnya di situ dan Menteri Besar Melayu DAP itu tetap mereka momokkan sebagai kuda lumba DAP.

Yang penting pada DAP buat masa ini ialah kekal berkuasa di Pulau Pinang, dan menyertai pemerintahan di mana-mana Pakatan Rakyat berkuasa.

DAP telah meletakkan formula yang sangat bijak di Perak tahun 2008. Ia menjadi pembangkang yang paling banyak kerusi. Ia tidak minta jawatan Menteri Menteri Besar bila ia bersetuju membentuk kerajaan campuran dengan PAS dan PKR. Ia memberikan jawatan itu kepada PAS.

Ia dipercayai mampu mempertahankan kerusinya di Selangor. Sekiranya dalam pilihan raya nanti ia dapat lebih kerusi berbanding PKR dan PAS, ia tidak menuntut kerusi Menteri Besar, bahkan ia diserahkan kepada komponen Pakatan yang lain, maka ia akan dilihat oleh umum sebagai pihak yang memburu kekuasaan, tetapi lebih kepada menyertai pemerintahan.

UMNO tidak ada modal untuk mengatakan DAP mahu menjadi Perdana Menteri kitanya BN kalah dalam pilihan raya nanti kerana UMNO sudah pun mewar-warkan Anwar sebagai Perdana Menteri. Sekali pun Anwar akan dipenjara, tetapi mereka tahu kiranya BN kalah, Pakatan akan mengeluarkan Anwar dari penjara bagi mengepalai pemerintahan.

Tetapi yang UMNO ugut orang Melayu sekarang ialah DAP hendak jadi Menteri Besar Selangor dan lain-lain negeri yang DAP berpengaruh. Dengan DAP tidak meletakkan calon Melayu, maka mati hujah UMNO tentang DAP menyediakan Menteri Besarnya.

Akan tinggal satu modal saja bagi UMNO ialah PAS dan PKR jadi kuda tunggang DAP. Itulah yang dijajanya selama ini.

Apa pun Pakatan Rakyat tetap mengira peranan DAP cukup penting dalam usaha mengubah lanskap politik negara. Tindakannya tidak meletak calon Melayu buat masa ini adalah suatu yang positif.

Karat E-jau

16 comments:

Moristo said...

Memang baghal dan bangang untuk ikut DAP yang sejak azali lagi anti-Islam dan anti-Melayu. Senang sungguh Melayu kena tipu kerana permainan bijak DAP dan permainan bengong pengkhianat Melayu terbesar- Anwar Al-Juburi (panggilan oleh Mat Sabu).

Anonymous said...

lebih baghal dan lebih bangang kalau jadi pencacai umporno yang hidup hanya untuk fitnah, maki, bohong.

tak sedar umno perintah lebi 50 tahun dok perlingkup orang Melayu, tanah rezab, harta wakaf. semua pemimpin umporno sapu bukan pemimpin DAP

Anonymous said...

Gua anti Islam!!!
Gua anti Melayu!!!
Lu nk ckp apa bhai Moristo!!!
Gua cukup anti dgn org Islam yg x laksanakan Undang2 Allah dan melaksanakan Undang2 Penjajah smpai skrg!!!
Gua cukup Anti dgn Melayu yg memperkayakan kroni,suami,anak2 dgn duit rakyat..
Skrg Gua nk tanya lu blk siapa yg sebenarnya Anti Islam dan siapa anti Melayu..
Knpa UMNGOK diam bila Soi Lek hina hukum Hudud?????
Kenapa ambil tindakan pd pelajar Melayu yg demo meminta AUKU dimansuhkan???
Siapa yg sebenarnya Anti Islam dan Anti Melayu????
Bhaiii Moristo???
Yg Baghal dan Bangang tu sebenarnya ko la Moristo!!!
Yg dok percaya UMNGOK jaga Melayu dan jaga Islam!!!!
Pemikiran hang taraf rakyat dunia ketiga..
Hang yg 60% ramainya tuh dlm negara neh hanya dpt ekuiti Bumiputera 30% dlm DEB..Tu pun x capai angka sebenar..
Yg lg 70%lbh K'jaan bg kt Tony Frenandez dan atuk nenek moyang dia..
Siapa yg Anti Melayu Wahai Moristo yg bijaksana???????
Sblm nk kata org bodoh atau bangang,double check kebodohan ko dulu..

Faznur said...

Haru biru dah orang melayu sekarang ni! UMNO dibuat musuh dan DAP dibuat kawan... dunia dah tunggang langgang dah!!!

Anonymous said...

Bkn DAP rampas rezab melayu, pemimpin umporno gadaikan atas nama pembangunan tapi sebenonya komisyen... tu psl gua anti melayu umporno hinggakan duit zakat pun nak seleweng malulah sikit, cina Kepong kata "Luit Tokkong pn diolang sapu, byk telok ini umporno pya olang"...

Bhai said...

Kah..kah..kah... ayat Anwar Al-Juburi jelas daripada keriau Anon di atas. Kesian, kena kencing lerrr. Yang melayu dapat ekuiti hanya 30pct tu sebab baghal larr tu... berapa lama Anwar jadi Menteri Kewangan - ada perubahan ke? Yg dapat untung bukan ke kawan2 Cina dia mcm Vincent Tan dll... tak nampak ke... lepas tu ngata orang lain... memang blur habis lerr ko ni Anon!

Chopper said...

Takbir...takbir...takbir... jual nama Allah... Takbir....Sokong murtad... Takbir....Sokong pluralisme agama... Takbir.... Semua agama sama...takbir....Sokong pergerakan Lesbianisme & Gay... takbir... Menegakkan kemungkaran... takbir!!! Itulah panggilan PKR- Parti Kencing Rakyat!

Ataspagar said...

Komen2 di atas mesti datangnya dpd budak2 berhingus yg tidak melalui zaman2 kemelut politik selama berdekad lamanya. DAP YG BERPULUH TAHUN MENENTANG POLISI-POLISI YG MENJAGA KEPENTINGAN ISLAM DAN MELAYU PULAK DIDOKONG MEREKA. Hingga yang jelas mengatakan " langkah mayat ku dulu sebelum nak negara Islam" pun dibuat kawan dan sesama Islam dibuat musuh. Buta mata dan buta hati sungguh!

Anonymous said...

UMNO MAMPUSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS

Anonymous said...

Bhai hang betoi2 bagal Vincent Tan kamcing sape? kalau hang masih x tau Vincent Tan, YTL, Goh Genting semua kamcing2 Tun M hang ni jenis melayu mudah lupa dan haprak...

Anonymous said...

Aku x heran pon klu ada yg kata bukan Islam anti dgn Islam..
X heran sama sekali...
Sbb apa???????
Sbb yg Islam pun akhlak lg teruk dari org Kapir...
Yg betulnya depa bukan Anti Islam,tp Anti UMNO..
UMNO lapik Islam sebagai selimut nk pertahan diri,maka dituduhnya la DAP anti Islam..
Aku Anti UMNO so sapa nk ckp Aku Anti Islam..
UMNO x usah perasan la Brand Islam tuh cocok dgn korang..
Seinci pun x lekat..
Peristiwa Memali tuh contoh terbaik!!!
Mamak Keralla ada pikir ka mangsa2 kt Memali tuh seakidah dgn dia???
Walhal Al-Marhum Ibrahim Libya tuh bkn Mamak Keralla x kenal..Berapa lama Ibrahim Libya tuh duduk dlm agensi kerajaan dlm membantu nk tubuhkan Pusat Islam..
DAP ka yg arah polis sehingga tercetusnya peristiwa Memali tuh???

Lps PRU 12 ne ja hangpa asyik ckp psl survival Islam..
Yg sebenarnya bukan survival Islam pun yg depa maksudkan,tp survival UMNO yg x penah jangka hanya menang PRU 12 dgn Majoriti tipis..
Dh slalu sgt menang 2/3 Majoriti,tu psl skrg dh gelabah majoriti 2/3 dh dinafikan oleh Rakyat..
Bukan Melayu yg berpecah tp Undi UMNO dh merosot..
Salah sapa???
Berapa puluh tahun Hangpa selesa,awat masa tuh hangpa x sentuh survival Umat Islam????
Isu Murtad neh dh lama aku dgr,knpa skrg UMNO amik berat sgt??
Ble buat political Milage ka psl hangpa nk pertahan Akidah?
Siapa yg buat rosak akidah budak2 Melayu selama neh?
Bukan ka hangpa yg buat Genting tuh tesergam,Hub Hiburan dan segala mcm perkara Syubahah yg melekakan budak2 Melayu selama puluhan Tahun smpai budak2 Malayu nk bc jawi pun x tahu?????
Klu hangpa nk jaga Islam,knpa hang tarik bantuan terhadap sekolah agama Rakyat????
Usah layan la ckp2 pecacai UMNO neh!!!
Klu Org lain ckp Islam depa tuduh Guna agama sebagai modal Politik,skrg siapa yg guna agama utk Survival politik????
Pluralisme????
Lg aku nk gelak!!!!
Dlm buku Pendidikan Moral tuh lg byk contoh2 Pluralisme!!!
Habih dia tunjuk cara Org Islam solat,cara Kristian berkutbah,cara Hindu beribadat,cara Budhist semayang..
Hangpa klu nk sembang dgn Kapir,hang nk sembang deras pasal Islam ka hang nk tunjuk akhlak Islam dulu???
Klu hang ckp depa semua akan masuk neraka hang ingat depa nk percaya ka?
Silap2 depa ckp Hangpa dulu yg masuk sbb Akhlak hangpa teruk mengalahkan org kapir..
Istilah Melayu utk Syurga pun Pinjam Istilah Sankrit "Svarga" dlm Kitab Veda diorang..
Istilah manusia pun pinjam Kata "MANU"dari bahasa kitab diorang..
Bkn ciri2 Plural ka tuh???
Kita terlalu byk pinjam bahasa depa utk ganti Istilah2 yg x wujud dlm tatabahasa Melayu dulu sbb Melayu dulu citer psl semgangat,jembalang,Daulat sblm kedatangan Islam!!!
Depa dulu sembang psl Neraka,Surga,Manusia sblm Melayu peluk Islam sbb Melayu masa tuh mcm org Asli,jumpa tunggul dgn busut pun takut!!!
Dh Islam pun masih nk berpolong Langsuir,Saka,Antu Raya,Bajang x habih2..
Jual lemang pun nk pakai pelaris nk ckp psl Pluralisme..
Dari segi Istilah bahasa Melayu pun pun kita dh plural,apa lg budaya..
Kawin smpai skrg ikut Hindu,bersanding dan pakai inai,
Buat Loan ikut Yahudi guna Interest,Konvokasyen ikut Kristian pakai Jubah Paderi Masissippi yg nyanyi blues dlm gereja tuh,x ciri2 Plural ka tuh????
Buang semua tuh dulu baru ble sembang psl Pluralisme!!!!!
Jgn nk ckp psl perkara yg hang x tau diri hang bergelumang dgn semua tuh 24 jam sehari..
Xusah sembang deras la!!!!!!!!!!!!

kampong lad said...

malaysian malaysia! bolehkah dap letak calon melayu dikawasan majoriti pengundi cina?

Anonymous said...

x kemana kalau bekawan dengan DAP...sejarah dah membuktikan. Saudara semua lupakah apa yang terjadi dengan penggabungan dulu..?? BARISAN ALTERNATIF...?? belajar dari kesilapan mereka tidak akan pernah bersetuju dengan kita.

p/s: Dalam buku jingga x dak pon cakap tentang perlaksanaan hudud...jadi orang2 PAS x kan la xpaham2 lg memang PKR dengan DAP xmaw hukum hudud ni....

Anonymous said...

daripada berkawan dengan pengkhianat Melayu bernama Umno baik berkawan dengan DAP.

PAS jika berkawan dengan UMNO , nak bertanding di mana. semua kerusi yang PAS bertanding lawanya UMNO . UMNO nak menang mudah sebab tu suruh PAS berkawan dengan UMNO.

Jika UMNO benar2 Ikhlas jgn berkawan dengan MCA yang hina Islam lebih teruk dari parti2 yg ada kat Msia

Anonymous said...

seteruk2 MCA x dak la pulak masuk surau pakai SKIRT...nampak sangat x hormatnya.

Anonymous said...

umno lagi teruk buat maksiat dalam surau . lebih teruk dari kafir