KUALA LUMPUR, 27 Jan — PAS meminta pemimpin Pakatan Rakyat agar "melupakan" Datuk Dr Hasan Ali dan memberikan tumpuan kepada persiapan pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor sudah tiada kaitan dengan parti Islam itu dan segala tindakan pemimpin kontroversi itu tidak akan dipedulikan.
"Bagi kita beliau (Hasan) bukan ahli PAS, jadi ikut beliau mahu lakukan apa...beliau boleh adakan siri jelajah, ia tidak kaitan dengan kita.
"Lebih baik tumpu kepada perkara yang lebih besar iaitu pilihan raya ke-13 dan juga isu-isu yang melibatkan kepentingan awam bukan isu Hasan Ali...kita juga tidak akan beri komen tentang beliau," katanya kepada The Malaysian Insider.
Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia dipecat daripada PAS awal bulan ini kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan dasar parti.
Sehari selepas dipecat Hasan mendakwa pemecatannya berpunca daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah Hasan mengambil inisiatif untuk mengadakan siri jelajah untuk memberi penjelasan tentang pemecatannya dan mendedahkan "parasit" di dalam parti Islam itu.
Sejak itu Hasan dikritik pemimpin Pakatan Rakyat, terbaru Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menegaskan, disebalik dakwaan terdapatnya "parasit" di dalam parti perikatan oleh Hasan, Azmin menegaskan Hasan adalah parasit dan merupakan musuh dalam selimut yang sebenar dalam gabungan tiga parti komponen itu.
Tambah Tuan Ibrahim, walaupun dihimpit dengan isu pemecatan Hasan namun segala persiapan pilihan raya tetap berjalan.
"Kita fokus kepada pilihan raya kerana ia semakin hampir dan ia adalah medan sebenar yang kita harus bersiap sedia untuk menghadapinya," katanya.
Jelas beliau, bagi PAS gerak kerja pilihan raya sudah bermula dan bersedia menghadapinya pada bila-bila masa.
"Saya lihat semua negeri sudah berada di tahap maksima, gerak kerja juga sudah mula bergerak," katanya.
5 comments:
DrHasan adalah rakan seperjuangan dan bukan musuh Islam. Musuh Islam adalah mereka2 yang menggadaikan prinsip agama demi sedikit habuan dunia!
rakan umporno, sapa tak kenal hasan ali oooi...
sudah jelas pimpinan PAS tidak boleh ditegur
Ramai sungguh pencacai umporno mengaku Pas
Hasan Ali kan org BTN dulu kini dan selamanya, cara dia serang PAS dan PKR cara BTN... semua kakitangan kerajaan tau citer dia semasa dlm BTN...... taktik serangan ala BTN mcm utusan meloya dan Nordin Kardi jugak le........
Post a Comment