Wednesday, January 18, 2012
HASAN ALI NAK SERTAI UMNO!!! Jawab 45 soalan Cepu Emas ini dulu
Soalan Cepu Emas dan Fakta menarik Soalan2 utk kita jawab bersama:
1. Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew?
A. Presiden DAP B. Presiden PAS C. Presiden UMNO
2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk
judi?
A. DAP B. PAS C. UMNO
3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera sejak merdeka?
A. DAP B. PAS C. UMNO
4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% sejak merdeka?
A. DAP B. PAS C. UMNO
5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih / Tanjung Pagar kepada Singapura baru-baru ini?
A. DAP B. PAS C. UMNO
6. Siapakah yang memberi arahan supaya membunuh orang-orang kampung di Memali, Kedah pada 19 Nov 1985?
A. DAP B. PAS C. UMNO
7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari bangsa lain?
A. Negeri UMNO B. Negeri PAS (Kelantan)
8. Siapakah yg menghilangkan RM 28 bilion setahun dgn audit negara mencatat audit yg pening kepala ?
A. UMNO/BN B. PR
9. Siapakah yg me'lego' telaga minyak pada Brunai berjumlah 300 billion ?
A. PAS B. DAP C. UMNO
10. Siapakah merampas Perak ala samseng dan mafia ?
A. PAS B. DAP C. UMNO
11. Siapakah yg memberi arah supaya menyumbat ke dalam ISA MP dan rakyat dalam operasi lalang dahulu ?
A. Presiden PAS B. Presiden DAP C. Presiden UMNO
12. Siapakah yg selalu menaikan harga barang ?
A. PAS B. DAP C. UMNO
13. Siapa yg menolak hukum islam selama ini ?
A. PAS B. DAP C. UMNO
14.Siapakah yg memberikan subsidi insentif pada kroni IPP, RM 19 billion tetapi pada rakyat subsidi mahu di hapuskan terus ?
A. PAS B. DAP C. UMNO
15. Siapakah yang menghapuskan kekebalan dan kuasa Raja Raja melayu sehinggakan boleh dibicarakan Raja2 di Mahkamah?
A. PAS B. DAP C. UMNO
Dan soalan cepu emas siapakah bela lembu dalam kondo
A. Anwar B Nik Aziz C Kak Ijat
16. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri Terengganu dari tangan BN dalam PRU 1999? (Negeri Terengganu itu majoriti penduduknya adalah Melayu)
17. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua-dua negeri bermajoriti 95% Melayu (Kelantan dan Terengganu) menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?
18. Siapakah yang menghalau peneroka bandar dikalangan orang Melayu di Kg Berembang (KL), Kg Plentong (JB), Kg Chubadak (KL), Kg Malaysia Tambahan (KL)?
19. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?
20. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?
21. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?
22. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?
23. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.
24. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?
25. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang Melayu yang miskin dalam program PPRT? Dari 54 billion yang diperuntukkan kepada orang Melayu hanya 2 billion sahaja yang sampai kepada orang Melayu, 52 billion lagi lesap di telan pentadbiran UMNO.
27. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?
28. Siapa pula yang melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu pada awal 1990-an?
29. Siapa yang menggelarkan rajanya ‘NATANG’ bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?
30. Siapakah yang mengubah sempadan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999 dan tidak menambah kerusi Parlimen di Kedah, Kelantan dan Terengganu pada persempadanan semula tahun 2002?
31. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak-hak istimewa orang Melayu untuk mendapat biasiswa?
32. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman PTPTN dengan kadar 4%?
33. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah “infotainment”, “boulevard”, “presint”, “bajet” dan lain-lain?
34. Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan
bandar-luar bandar semakin melebar?
35. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti-universiti?
36. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?
37. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?
38. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?
39. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah-sekolah dalam tahun 1960an dahulu?
40. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist Islam dan mengwar-warkan perkataan “Sindrom Qiamulail” kepada anak-anak yang bersekolah ketika itu?
41. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu
atau setengahnya berkubur tanpa nesan?
42. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?
43. Siapa yang kekang akta-akta maklumat, Auku dan pandangan kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?
44. Siapa yang naikkan harga petrol, diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?
45. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
soalan-soalan tersebut bukan saja utk Hasan Ali ..tapi juga kepada rakyat khususnya org Melayu...
Soalan bodoh.
28. Siapa pula yang melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu pada awal 1990-an?
Yang melucutkan adalah kerajaan umno.Tapi perangcangnya adalah Anwar Ibrahim.Pada masa tu dia orang umno.
Soalan saya:
Sapa dalang yang mengarahkan istana sultan kelantan di kepong kerana kes kereta lamborgini?...
naga emas tak sedar yg umno perintah negara pada tahun 1990.
tak kira sapa pemimpinnya tapi yg pastinya umno yg punya kerja
Soalan2 bodoh pastinya... macam mentaliti budak kecik. Bukan betul pun tuduhan tu. Contohnya... Pulau Batu Putih. Mana ada serah kepada Singapura? Bodoh...itu keputusan Mahkamah Antarabangsa. Beri kawasan minyak kepada Brunei? Kah..kah...kah. Siapa nak beri... itu memang hak Brunei di bawah undang2 a/bangsa. Bodoh sungguh intelejen PR ni; rupanya taklah intelligent! Fakta salah untuk jatuhkan orang!
Hasan Ali tak kata pun dia nak masuk UMNO. Syabas Dr Hasan... teruskan perjuangan menentang kemungkaran! Dajjal hidup DAP tak dapat dilihat oleh rakan2 mereka yang dah mabuk kuasa.
massa Hasan Ali dlm perjuangan PAS semua ahli menyokong, bertepuk tangan bila dia tegas menjalankan tugas yang diamanahkan ada pihak yang tergugat dan dia telah dibuang ramai kawan dan penyokong dia pula mengutuk dan kata dia dah nyanyok. Inikah perjuangan islam yang didokong PAS.Takkan le Hasan Ali yang mendokong Islam selama ini dan dikenali sebagai pendakwah tu membohong. Korang pun tahu berbohong tu berdosa.Pada aku korang cuma nak memperjuangkan politik bukan nak memperjuangkan nasib rakyat. Sama je apa yang korang kata kepada Umno. Kalau dulu kata UMNO kafir kerana bersama MIC dan MCA. Korang pun sama kearah itu kerana Bersama DAP. Melayu berpecah belay kerana politik...
bodo punya pencacai umporno, sendiri menjawab soalan . semua tu soalan yang ko bodo jadi tukang jawab kemudian buat komen jangan tuduh umno. sedangkan dia yang jawab umno
sireh pinang dan anon sokong hasan ali tu adalah pencacai umporno yang komen seolah-olah macam ahli pas.
Post a Comment