Saturday, January 28, 2012
JELAJAH HASAN ALI!!! Kenapa pilih Bukit Gantang bukan Parit Buntar?
Gambar Hasan Ali masa jadi Ahli Parlimen Parit Buntar
Sudah heboh di Bukit Gantang Hasan Ali akan naik pentas UMNO buat pertama kali. Sememangnya tidak disebutlah anjuran UMNO, tapi semua kerja buat ceramah ini dibuat oleh puak-puak UMNO.
Mana la ada orang PAS di Bukit Gantang yang kelapaq nak simpati buat kerja anjur ceramah ini. Tak lain kerja puak UMNO yang nak ambil peluang guna Hasan Ali
Beliau akan berceramah bersama ulama muda UMNO yang dikatakan beraliran salafi Fathul Bari di Pekan Bukit Gantang. Tajuk ceramah pun hebat 'Bersatulah Umatku'
Selepas hadir program Himpun di Kepala Batas, mungkin beliau tidak pulang terus sebaliknya mungkin beliau bermalam di mana-mana di Perak.
Sedangkan di atas pentas akidah , beliau telah mula buat fitnah terhadap pimpinan PAS . Kononnya, beliau dipecat kerana halang orang minum arak, halang orang murtad, tubuh unit selamat akidah.
Kali ini di atas pentas UMNO , lagi hebatlah dia belasah pimpinan PAS. Belasah la lagi boleh belasah , sementara masih laku di sisi UMNO. Bila dah letih nanti berhenti lah tu.
Tapi yang peliknya, kenapa Hasan Ali tak pilih Parit Buntar . Tak adakah ahli PAS yang bersimpati dengannya di Parit Buntar. Bukannya sekejap beliau jadi Ahli Parlimen Parit Buntar, 4 tahun . Ramai yang dia kenai di Parit Buntar.
Mungkin UMNO Parit Buntar tak pandai ambil peluang macam UMNO Bukit Gantang. Ataupun , UMNO Parit Buntar dok rasa kalau panggil Hasan Ali bukan boleh tambah undi sebaliknya boleh kurang undi.
Nak tunggu bantuan ISMA, mana ada ISMA di Parit Buntar. ISMA ni dok nampak hebat kat golongan terpelajar. Mai kat kampung , pi la tanya ISMA sahih depa tak tau. Tak tah orang kampung silap sebut jadi KIMMA.
Tak tahulah selepas ini, UMNO Parit Buntar pula yang panggil Hasan Ali atas nama NGO ciptaan UMNO.
Tunggulah kedatangan Hasan Ali ke Parit Buntar, nak tahu juga nanti siapa penganjurnya?.....admin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
Selamat datang YB Dr Hasan Ali ke kawasan parliman Bukit Gantang, kami dan ribuan lagi peminat anda (bekas ahli PAS) dengan penuh hormat takzim menunggu ketibaan anda di sini.
kah kah kah sama je pencacai umporno buat komen merata blog. konon bekas ahli Pas.
Nak bohong pun tengok-tengok la juga
nak suruh dia mai parit buntaq ok jer... tapi kena kumpul geng2 MLM dulu baru dpt sambutan!
Teruskan perjuangan DrHasan! Jangan dibiarkan malaun2 yang gentar terhadap kesatuan ummah menjadi penghalang. Nama Islam dibibir tapi amalannya bertentangan!
Teman akan datang dari kkangsar untuk beri sokongan kepada Tuan Dr. ......Syabas... berjuanglah menentang kemungkaran dan pakatan syaitan!
Pencacai umporno orang yang sama komen, nape la teruk sangat .
kejap nama walid, kejap nama alamin tapi sama orangnye pencacai umporno
terus kan perjuangan DR Hassan Ali.. we love you
teruskan usaha anda untuk selamatkan akidah umat islam. berhentila menyokong parti yang terang terang menentang islam seperti DAP.Teruskan usaha anda DrHasan.PAS ada tugas lain yang lebih penting iaitu menaikkan DAP.
Marilah beramai ramai menyokong PAS demi memartabatkan perjuang PARTI DAP.lepas ni mudah la sikit nak murtadkan orang islam..
galak sungguh pencacai umporno ni, syiok sorang2
Pncacai UMNO trlupa bhw rkyat dh bnyk trgelincir akidah mereka bahana krja UMNO.Apa tk prnah dngr ckp2 yg mngatakn klau tk ada UMNO Melayu hncur.Apa tk prnah dngr klau tk ada UMNO kita mlarat.Dn prnah seorang mnybut "sya akn mngundi siapa yg mletak kn nasi dlm pinggan saya"Itu blum msuk hal prayaan lg,'Kongsi Raya lh","deepa raya lh".Wahai pncacai UMNO kita tk prlu mnymbah brhala utk mnjadi murtad.
Post a Comment