Sunday, January 15, 2012

KASIHAN NAJIB!!! Punya nak dapat undi kena jadi pelakun air mata

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgamkkEP6b_c9FT3teYkAO4Jn5Y1B3oIIQxeq-KgRsuBP8CU10MAkgZs1NPBfc3NwdfTdfHsKQv8_maxX31TS_T9YGD7HZ5E4zP2oN5nXyfP1EbmH-qxtmk64of0wjHD7Pq6zhszgQkkyOJ/s320/najib+hollering%5B3%5D2.jpgLepas Rosmah, kini tiba giliran Najib !Macam budak-budak lapar susu menangis berlakon keluar air mata.

Tapi Najib kununnya menangis sebab penyewa di Kompleks PKNS di Shah Alam tertekan dengan kenaikan kos sewaan seja tahun lalu.


Apa yang tidak dijelaskan Najib , hanya 30 peratus penyewa saja yang tidak beesetuju, itu pun majoritinya pencacai Umno-APCO.


Kenapa begitu sekali mereka menentangnya?


Sebab masing-masing dah kaya raya tapi masih tamak haloba saling tak tumpah dengan perangai pemimpin Umno-APCO lain rembat segala projek untuk perkayakan diri sendir dan kroni.


Jadi apa faedahnya Najib menangis begitu rupa? Tak ada sebab lain melainkan hanya nak meminta simpati dan dalam masa sama menyalahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang melakukan keputusan demi rakyat dan juga faedah penyewa.


Jangan terpedaya dengan air mata lanun yang merampas Perak dari Pakatan Rakyat kerana segala janji-janjinya cuma untuk kepentingan politik dan bukannya benar-benar membela nasib rakyat.


Atau ia cuma petanda Selangor bukan mudah ditumbangkan kerana hampir setiap minggu ada saja program kebajikan untuk rakyat disediakan di samping bantuan setiap bulan seperti 20 meter padu air percuma, skim Tawas dan macam-macam lagi.


Biarkan Najib menangis sepuas hatinya kerana rakyat Selangor tidak mudah terpedaya dengan lakonan hero filem Tamil yang tak "real"!


JALAN PULANG



Majoriti setuju kenaikan sewa Kompleks PKNS


Seorang pegawai kanan Menteri Besar Selangor menegaskan mereka yang menentang kenaikan kadar sewa kompeks PKNS di Shah Alam bukan penyewa.


“Mereka yang menentang kenaikan kadar sewa di kompleks itu adalah golongan kaya raya.


“Di rumah mereka berderetan kereta mewah hasil dari aktiviti sebegini?” kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Faekah Husin dalam kenyataan media hari ini.


Sebenarnya, kata beliau, 70 peratus penyewa terbabit setuju dengan kenaikan ini.


Penyewa-penyewa ini telah menikmati kadar sewa 70 peratus lebih murah berbanding pasaran, tambahnya.


Faekah mengulas lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke kompleks itu semalam.


Najib dilaporkan sebagai berkata beliau mahu menitis air mata mendengar keluhan peniaga-peniaga tentang kenaikan kadar sewa di Kompleks PKNS.


Hero filem Tamil


Faekah menyifatkan gelagat Najib itu sebagai hero filem Tamil.


Lakonan beliau sehingga kononnya akan mengeluarkan air mata telah memualkan banyak pihak, katanya.


Sebaliknya beiau mendakwa kerajaan BN telah merompak kekayaan Selangor sejak 50 tahun lalu dan perbuataan ini terhenti apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor.


“ Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila bekas Menteri Besar, Dr Khir Toyo menggunakan hampir RM2 juta duit rakyat untuk lawatan ke Disneyland.


“Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila melihat pemimpin Umno yang tamak haloba dengan tersenarainya nama mereka dalam senarai pemiliki tanah Felda dan Felcra yang sepatutnya menjadi milik peneroka.


“Najib juga sepatutnya menangis apabila seorang wakil rakyat Melayu menjual tanah rezab Melayu kepada tauke Cina dan tanah yang diwartakan untuk pembinaan surau dijual bagi memberi laluan kepada projek pembangunan,” kata Faekah.

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah pada PAS, PKR dan DAP kerana berjaya menarik kehadiran 50,000 orang ke program rapat perdana di Kedah. Ini membuktikan ramainya penyokong yang bersedia untuk menghapuskan undang-undang lapok yang melibatkan hubungan seks sejenis yang dilakukan secara suka sama suka.

Anonymous said...

apa la punya komen, tak kaitan langsung dengan tajuk. biasa la nama pun pencacaiumporno