Monday, January 30, 2012

KG. BEREMBANG!!! Zaman BN perintah penduduk dihambat , bila PR perintah penduduk dapat rumah


KUALA LUMPUR, 30 JAN - Projek perumahan setinggan Kampung Berembang, Ampang di sini yang menghadapi pelbagai masalah untuk disiapkan dalam masa kira-kira empat tahun dijangka berakhir pada 1 April depan.

Projek perumahan berupa pangsapuri dua blok bernilai lebih RM40 juta itu diusahakan syarikat pemaju perumahan Acmar International dengan mempunyai 694 unit rumah beserta kemudahan lain seperti rumah kedai, parkir kereta, padang permainan dan sebagainya.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata Kerajaan Negeri sentiasa memantau projek perumahan yang tertangguh itu supaya ianya dapat disiapkan segera bagi mengtasi masalah dihadapi penduduk di kawasan setinggan itu.

Menurutnya, pihaknya telah diberi jaminan oleh kontraktor yang mana projek itu akan disiapkan dalam masa terdekat pada awal April ini

"Kontraktor telah bagi jaminan akan siap pada 1 April. Kita telah minta ini tarikh terakhir sebab sudah empat atau lima kali mereka tukar tarikh dan kali ini kita minta 1 April supaya kontraktor kena siapkan," katanya kepada media ketika ditemui dalam lawatan kerja ke tapak projek perumahan Kampung Berembang di sini hari ini.

Iskandar berkata, projek perumahan itu telah dipantau oleh exco yang mendapat laporan pada setiap dua minggu dan juga telah dua kali dibincangkan dalam mesyuarat  Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) supaya projek ini dipercepatkan.

Malah, katanya pada satu peringkat dalam salah satu mesyuarat exco, pihaknya telah mempertimbangkan untuk mendenda kontraktor jika projek itu lambat disiapkan.

Katanya, 694 rumah ditawarkan dengan harga RM35,000 seunit kepada peneroka awal di kawasan itu manakala RM42,000 bagi bukan penduduk setinggan.

"Yang ini termasuk kepada mereka yang telah membantah semasa di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika program setinggan sifar di mana mereka merobohkan rumah. Maka ada penduduk yang telah mengambil tindakan mahkamah ke atas Kerajaan Negeri. Ketika itu Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo. Siapa yang lawan di mahkamah tidak akan dapat beli rumah. Bila Pakatan Rakyat ambilalih (Kerajaan Negeri), kita batalkan keputusan itu.

"Semua mereka ini telah duduk di kawasan ini selama berpuluh tahun maka adalah tidak adil jika hak mereka dinafikan," katanya.

 Ketua Penduduk Kampung Berembang, Noralizan Ali, 49 ketika ditemui melahirkan rasa gembira kerana masalah yang membelenggu penduduk kampung selama ini akan berakhir.

"Boleh kata puas hatilah. Kita dah lama tunggu. Alhamdulillah kalau bulan April ni boleh pindah, kita semua bersyukurlah. Penduduk pun dah tunggu lama ni. Kami dah tinggal di bawah kabel tu rasanya empat hingga lima tahun.

"Bersyukurlah kepada tuhan. Kita bersyukur kepada Kerajaan Negeri juga yang membantu dapat selesaikan masalah dengan cepat," katanya.

Beliau berkata, sememangnya semua penduduk kampung itu menunggu detik itu sejak sekian lama kerana projek itu telah tertangguh beberapa kali sejak empat tahun lalu.


PSSTTTT....INI MACAM KALU... AGAK-AGAK....UMNO BOLEH RAMPAS BALIK KE SELANGOR DARI KERAJAAN YANG BERJIWA RAKYAT... KERAJAAN YANG MERASAI DENYUT NADI KEPAYAHAN DAN KESUSAHAN RAKYAT....KERAJAAN PAKATAN RAKYAT...BOLEH KE??OMAK KAU

1 comment:

jojo said...

nampak sgt benor menipunye..aku bekas org berembang..penduduk situ dapat rumah flat lawa area bukit belanchan..nak harapkn PKR..bole mampus lah