Thursday, January 12, 2012

MAMPUS UMNO!!! Apa salahnya, dah memang UMNO nak mampus

Oleh

Aiman Athirah Al Jundi
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS

Sekadar Perkongsian

Ada sahabat yang prihatin bertanya kenapa saya memilih untuk menggunakan ungkapan "Mampus UMNO" pada Hari 901? Beliau juga berkata…teruk juga Muslimat PAS cuba difitnah oleh Blogger-Blogger UMNO…

Ini jawapan spontan saya….

Inilah sunnatuLlah perjuangan...Allah ingatkan kita dalam al Quran..apakah kamu fikir kamu akan dibiarkan mengatakan kami telah beriman sebelum kamu diuji?.....setiap yang berlaku apatah lagi yang diledakkan oleh musuh-musuh kena disiasat...dan fahamkan.....InsyaAllah kami ni dah lama dalam perjuangan...

901 bukan himpunan yang pertama buat kami...cuma musuh nak jadikan isu dengan...adanya wanita (bukan PAS yg bersorak)...wording ana "Mampus UMNO" dan adanya wanita yang pergi salam Polis…..

Saya katakan…diik, ini realiti mad'u kita....kita memimpin rakyat...bukan memimpin para alim ulama....

Wording "Mampus UMNO" tu expresi spontan...daripada para jiwa yangg sudah lazim dizalimi Regim UMNO BN.... Peliknya…. bila kita guna perkataan Mampus UMNO ramai yang marah dan pertahankan atas uslub dakwah katanya....

Saya tak nafikan…saya antara yang komited memperingati Muslimat dengan Surah An Nahl : 125 dalam keadaan situasi dakwah yang biasa.

Pada hari itu, suasana dakwahnya berbeza. Di keliling saya adalah Wanita-Wanita Pemberani…yang biasa "bertempur" dengan Kezaliman Regim.

Ekpresi kebencian rakyat. Benarkah kita semua kisah pada nasib rakyat yang telah dizalimi? Ekspresi saya yang juga biasa menjadi mangsa kezaliman Regim di sebalik tirai besi lokap…..

Nasib kami yang menjadi habuan dan makanan Regim? Yang komen dan marah barangkali bukan yang dizalimi, melalui pengalaman sepertimana kami. Kami menjiwai keperitahan di bawah Regim kerana kami yang dipukul, yang diterajang, yang dimandikan dengan air berkimia, yang dikepung dengan gas-gas pemedih mata berulang kali, yang dikurung berjam-jam dalam lori polis dengan niat jahat, dijerkah, ditakut-takutkan untuk dirogol ketika berada di dalam lokap tiga hari dua malam dan lelaki-lelaki bertubuh sasa dan bermuka bengis mendatangi pintu-pintu lokap kami....ada siapa tahu...ada siapa ambik tahu...ada siapa kisah....

Nah...sampaikan semua ini kepada para pejuang di sana...kepada adikku para Muslimat....kepada adikku para Pemuda….yang tidak mengenali kekanda-kekanda mereka sendiri dalam perjuangan…sehingga barangkali fitnah dan umpan musuh mudah melekat….atau apa sahaja….mereka tetap adik-adik kami dalam perjuangan…sekalipun mereka memilih tidak bertanya tetapi terus mengikut rentak yang direbanakan musuh…

Ekpresi kami yang dibiarkan kelaparan... ekpresi kami yang pernah dibiarkan hypo dalam tahanan sehingga tidak upaya bangun melangkah sehinggalah dua tiga orang sahabat datang melawat membawa air manis dan bertenaga…...

Ekpresi kami yang dibiarkan tidur di atas simen yang sejuknya mencengkam ke tulang hitam....

Ekpresi kami yang ada ketikanya dibiarkan tidur di atas lantai simen...berbumbungkan langit dan berselimutkan embun dingin pagi...

Semua ini bukan cerita buku atau ceritera penglipurlara....tetapi kisah benar kami....

Nah...Regim UMNO yang membibitkan rasa benci dan marah kami....Regim zalim ini…tiada ungkapan yg benar-benar ana mahu laungkan melainkan "Mampus UMNO" pada ketika itu. UMNO - Pertubuhan Regim. Saya langsung tidak tujukan pada orang atau individu UMNO. Tapi Pertubuhan zalim itu….

Nah….sekadar ekpresi dari jiwa-jiwa kami yang masih sedang diadili dengan tuduhan dan saksi fitnah.

Kalau itu salah….dan menyebabkan ada yang terguris dan simpati kepada UMNO….maka apa lagi yang mampu saya kata…Cukuplah Allah dan Sahabat-Sahabat Perjuanganku yang mukhlis dalam ukhuwwah ini….

Tentu mereka mengerti….. MAAF JUA.

Oleh
Aiman Athirah Al Jundi
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS

Tulisan ini dipetik dari Facebook Aiman Athirah Al Jundi, satu penjelasan terhadap Utusan Malaysia semalam yang mendakwa bahawa gelagat Muslimat PAS di himpunan 901 cukup "memalukan"

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa sangat kalimah 'Mampus UMNO' berbanding kezalimannya seperti yang disebutkan.. dan memang jelas UMNO zalim. Nabi Musa AS diperintahkan Tuhan berhadapan dengan penzalim Maharaja Firaun, mengutuk terang-terangan, tidak perlu simbolik lagi. Weblog ini memilih pendekatan itu..

Syabas, srikandi muslimah PAS! (IH)

10 comments:

felcra changkat lada said...

MAMPUS UMNO MAMPUS UMNO MAMPUS UMNO
MAMPUS UMNO MAMPUS UMNO MAMPUS UMNO MAMPUS UMNO MAMPUS UMNO MAMPUS UMNO MAMPUS UMNO MAMPUS UMNO MAMPUS UMNO MAMPUS UMNO MAMPUS UMNO MAMPUS UMNO MAMPUS UMNO MAMPUS UMNO MAMPUS UMNO MAMPUS UMNO MAMPUS UMNO MAMPUS UMNO MAMPUS UMNO MAMPUS UMNO MAMPUS UMNO MAMPUS UMNO MAMPUS UMNO MAMPUS UMNO MAMPUS UMNO MAMPUS UMNO MAMPUS UMNO

Anonymous said...

Memang dah nak m%$%() pong.

Anonymous said...

salam dengan bukan muhrim dah dikira wajib dan harus. kesian, dalam berpolitik PAS boleh lupa diri. mabuk.

Anonymous said...

sejak bile plak dizalimi?? hahahah! bukan muslimat2 ni kene rogol mcm kat pakistan afghanistan pon kekeke..ckp tu agak2 la..hahah..dh salah buat cara salah..ni xnak ngaku..hohoh..

Anonymous said...

Tak pakai undang-undang Allah tu, zalimlah... bukan perlu tunggu wanita dirogol, atau yang jantan mengaku diliwat baru nak kata zalim.

Wan Ramlah yang kata wajib... hukum tak kata sedemikian, namun jika kita teliti mazhab lain ahli sunnah wal jamaah... wuduk tidak batal jika tiada nafsu... cuma lebih baik dari segi adab Islam jangan sentuhlah bersentuhan dengan bukan muhrim jika tiada keperluan.

Nampaknya Wan Ramlah akan sentiasa perlu berulang kali mengambil wuduk suatu ketika nanti jika dia menunai fardu haji dan umrah.

Anonymous said...

Hai..orang PAS boleh guna cakap kasar macam ni. selalunya orang PAS lagi tertib mengunakan ayat mengata orang lain dari UMNO. jangan terlalu ghairah sangat mengutuk parti lain...seratus kali kutuk UMNO MAMPUS TIBA2 TUHAN PUSING SATU KALI AYAT MAMPOS KEPADA PAS....TIBA2 YANG MAMPOS RUPANYA PAS...memang dah dekat2 nak KOJOL PUN KAK KAH KAH!!

Anonymous said...

PAS LARANG MUSLIMAT DARI MENYERTAI TILAWAH AL-QURAN ATAS SEBAB SUARA PEREMPUAN ADALAH AURAT.....TAPI KALAU MENYANYI DENGAN MENJERIT2 TENGAH JALAN DIANGGAP JIHAD.....MALU KOT PAKAI NAMA ISLAM TAPI X IKUT CARA ISLAM.

P/S:XKIRA LA PARTI MANA KALAU ORANG KITA SALAH TEGUR DAN NASIHAT BUKANYA MENYOKONG TINDAKAN YANG SALAH.

Anonymous said...

Memang ada yang salah, PAS tak kata tak salah tapi tindakan itu dosanya tidak sebesar dosa pemimpin umno yang zalim terhadap rakyat tak berdosa

Anonymous said...

Ingat pada satu PRK pernah wanita/puteri umporno menepuk2 buntut kpd muslimah PAS hendak mengatakan PAS sokong DSAI peliwat. Adekah itu moral keseluruhan wanita umporno? jgn jadi melayu mudah lupa wahai ahli umporno yg berjiwa hamba..

Anonymous said...

Alasan tak habis-habis... gunakan ayat Quran pulak tu. Tapi yang Allah suruh bersatu...taknak... malahan dimusuhi kaum seagama dan dibuat kawan orang2 yg jelas menentang Islam... tak ke haru biru! Duduk komplen layanan buruk Polis dan kerajaan tu kenapa? Polis tu tetap polis .. bukan orang politik! Lagi pun nak suruh depa tu layan macam waiter dengan penuh beradab? Sedangkan ko yang langgar undang2 siapa suruh!