Monday, February 6, 2012

HASAN ALI!!! Menipu ahli dan penyokong UMNO dalam ceramahnya

http://puteraduyong.com/blog/wp-content/uploads/2012/01/hasan-ali.jpgPesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abd. Rani Osman menafikan kenyataan Hasan yang mendakwa tidak menerima sebarang pertuduhan dan juga arahan untuk hadir khusus bagi memberi keterangan.

Menurutnya, Pas Selangor menghantar sebanyak tiga surat bagi memintanya hadir untuk memberi keterangan.

“Tuduhan kita tak beri dia (Hasan) peluang itu tak betul kerana kita menghantar surat sebanyak tiga kali menjemputnya untuk bertemu pimpinan Pas Selangor.

“Malah kita ada bukti yang surat tersebut mempunyai cop penerima dan kita hantarnya sendiri secara terus.


“Yang kita hairan, kalau TV3 panggil dia pergi pulak? Tetapi kita panggil dia tak datang dan dia sendiri yang ‘menghitamkan’ suasana,” katanya.

Abd Rani turut menolak dakwaan Hasan yang mengatakan 72 peratus pemimpin Pas dijangkiti parasit.Katanya, beliau hairan bagaimana Hasan mendapat statistik tersebut tanpa mengemukakan fakta dan bukti.

“Mana dia dapat statistik sebegitu? Adakah itu hasil kajiannya sendiri? Kalau nak tuduh kita perlu kemukakan bukti dan faktanya. Dalam Islam pun begitu,” katanya.

Dalam pada itu, Abd Rani turut mempersoalkan keikhlasan Hasan dalam memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR) kerana dilihat lebih condong mengkritik parti itu berbanding Umno.

“Kalau dia benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan pendiriannya mengapa tidak menegur kedua-duanya sekali iaitu Pas dan Umno. Tetapi dalam isu ini kita lihat dia hanya mengkritik Pas.

“Nampak seolah-olah dia memang budak suruhan Umno seperti yang didakwa oleh Khalid (Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor),” katanya.

Pihaknya juga tidak bercadang untuk mengadakan sebarang perdebatan bagi menjawab segala dakwaan yang dibuat Hasan.

“Ikut suka dialah nak cakap apa pun kerana dia bukan lagi ahli Pas, jadi terpulanglah kalau nak komen apa pun.

“Kalau dia nak meraung sekalipun terpulanglah kerana kita tak bercadang nak berdebat dan tak mahu beri ‘talian hayat’ kepadanya,” katanya kepada Sinar Harian.

4 comments:

Anonymous said...

Stat tu mudah saja doc, 13 kali 100 bahagi 18 ok?

Moristo said...

Apa pulak nak hentam dr hasan. Dia nakkan perpaduan islam... dia nak ikut al quran dan sunnah nabi... hawat nak marah dia? Teruskan perjuangan sejati mu untuk islam tuan dr!!!

Pro islam said...

Segalanya bermula bila hasrat dr hasan untuk bersatu tak kesampaian kerana halangan politikus tertentu yang lebih bersifat tikus! Maju ke depan drhasan ... lilahi taala!

Anonymous said...

BERSATU KERAN ISLAM ATAU NAK JADI MB? TAK PAYAH DOK KELENTONG LA