Menurut blog yuseriyusoff, Laksamana Madya Dato Wira Jamil Bin Osman (gambar kiri), Panglima Armada Tentera Laut akan meninggalkan kariernya bulan depan dan tidak lagi mahu menyambung kariernya kerana 'fe-dup' terpaksa menjadi 'fall guy' dalam kes kapal selam Scorpene iaitu KD Tun Razak.
Tindakan panglima berkenaan yang enggan menyambung kariernya didakwa berpunca daripada ‘video sulit’ yang didedahkan oleh blog pro Umno, PapaGomo.com.
Mungkin kerana beliau memikirkan perlu bertanggungjawab di atas ‘kebenaran’ yang diberikan kepada penulis blog PapaGomo untuk memasuki ruang sulit dalam kapal selam berkenaan yang dibawah perintahnya. Selain maruah krew-krew kapal yang dijaja ke alam maya (internet), seolah-olah ianya tidak lagi sulit berkaitan soal keselamatan negara.
“Dek kerana kebodohan blogger 'ikon' yang menyiarkan segala rakaman dan wajah-wajah kru KD Tun Razak di dalam laman blognya kerana terlalu ghairah ingin menunjukkan kepada rakyat Malaysia kononnya dialah blogger pertama yang diberi 'pengiktirafan' untuk menaiki KD Tun Razak,” tulis pemilik blog yuseriyusoff.
Menurut blog yuseriyusoff lagi, ekoran tulisan pendedahan eksklusif blogger ‘ikon’ pro kerajaan (PapaGomo), menyebabkan Kementerian Pertahanan Malaysia ‘terduduk’ seketika dari Menterinya hinggalah ke pegawai-pegawai TLDM.
“Belum sempat para pegawai di Kementerian Pertahanan menarik nafas lega, mereka dikejutkan pula dengan rakaman video yang memaparkan temubual bersama kru-kru KD Tun Razak yang mana wajah-wajah mereka tidak 'dihitamkan'.
Penulis blog yuseriyusoff turut memberitahu, Dato Wira Jamil merupakan seorang anggota TLDM yang komited, rajin, dedikasi dalam tugasnya, namun kerana kebodohan PapaGomo yang menganggap dirinya sebagai ‘KING’ itu, pegawai TLDM berkenaan terpaksa melepaskan jawatannya walaupun beliau dikatakan akan dinaikkan pangkat sebagai Panglima Tentera Laut iaitu jawatan tertinggi dalam TLDM jika PapaGomo tidak melakukan pendedahan bodohnya itu.
Kata penulis blog yuseriyusoff lagi, kerana mahu dilihat hebat di mata rakyat Malaysia, tanpa disedari, pendedahan eksklusif ‘ruang sulit’ KD Tun Razak yang dibuat oleh blogger pro kerajaan itu telah mendedahkan satu perkara yang tidak patut didedahkan kerana ianya melibatkan soal keselamatan negara.
--WARKAHDAILY
3 comments:
Ada juga blogger sebodoh itu yang mempercayai kehebatan blogger fasik yang mendapat kebenaran dari Zahid. Apalah yang dihairankan dengan kapal kapal yang tak berapa nak tengelam kerana jika pendedahan gambar boleh mendatangkan bahaya, bagaimana Amerika sanggup mendedahkan keadaan kapal selam tercanggih dan terbaru mereka. Bukan setakat mendedahkan krew tanpa menghitamkan muka 'History Channel' diberi penerangan pula akan teknologi yang dimiliki untuk ditonton oleh dunia. Ek-ele... apalah sangat dengan kapal selam paling koman tapi termahal didunia dan laporan terbodoh dari blogger terfasik sampai boleh mengancam keselamatan negara, pasti Singapura pun boleh tergelak.
Ni bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut.
Kekadang ada manusia yang terpaksa mengorbankan diri kerana takut kepada Allah S.W.T dan tidak mahu ada subahat di dalam menunaikan ibadahnya(tugas harian) kerana Allah dan tidak kepada yang lain. Alhamdulillah kerana ada lagi manusia sebegini di bumi Allah.
Post a Comment