Wednesday, February 8, 2012

SHAHRIZAT DAPAT HIDAYAH LAGI?!!! Pergi ibu pejabat SPRM secara sukarela


PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil secara sukarela telah ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini lewat petang ini berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (PFN).
Shahrizat yang kemudiannya menjawab pertanyaan wartawan The Star melalui kiriman SMS menegaskan bahawa beliau ke SPRM atas kerelaannya sendiri dan bukan dipanggil oleh agensi tersebut sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.
“Minta maaf ya!! Saya berada di SPRM secara sukarela. Saya yang mohon agar disiasat dan disoal agar tidak ada perkara yang tidak diteliti. Cukuplah dengan segala tuduhan dan dakwaan liar ke atas saya!” jelasnya melalui SMS tersebut.
Shahrizat diheret dalam isu projek PFN yang dikendalikan suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.
Susulan itu, beliau berehat selama tiga minggu bermula 13 Januari lalu daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang kononnya wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada syarikat tersebut.
NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.- Mstar


Inilah Shahrizat Ketua Wanita UMNO...hahaha...
Bela Lembu Sukarela..hahaha...
Selak kain dalam Perhimpunan UMNO dulu pun Sukarela...hahaha...
Pergi Mekah pun Sukarela....hahaha...
Tak Mahu Letak Jawatan pun Sukarela...hahaha...
Pergi SPRM Sukarela....hahaha...
Kena Siasat pun Sukarela....kah...kah...kah...

Orang ni

1 comment:

jose manuel said...

Kak Izat ini nak crita pada SPeRM, siapa lagi makan duit ini.Bukan dia seorang sahaja.... ini dia senarai orang yang terlibat Bla,Bla, Bla, Bla.Tolong siasat jangan dok PERAM sahaja, kalau telor bolih juga menetas, kalau ini makan anai2 sahaja. Saya dah tobat.