APABILA Najib umumkan tentang SBPA (Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam) sebelum ini, maka seperti biasa pencacai-pencacai Umno begitu ligat menganggukkan kepala mereka tanda bersetuju dengan langkah Najib. Najib lah PM paling hebat, bijak dan begitu peka dengan kakitangan awam. Langkah tepat, kata mereka.
Berbeza dengan pemimpin PR, mereka semua sudah terbau plan Najib kerana Presiden Umno ini tidak akan berbuat sesuatu yang kelihatan baik jika tidak ada `udang di sebalik batu'. Maka, pimpinan PR pun buat kajian dan akhirnya PR mengambil keputusan membantah SBPA selari juga dengan bantahan yang dibuat oleh Cuepacs.
DS Anwar di dalam mana-mana ceramahnya tidak lari dari menyebut bahawa SBPA yang dirancang oleh Najib itu amat tidak adil kepada kakitangan awam. Begitu juga pimpinan PR yang lain berterusan menyampaikan maklumat kepada rakyat terutamanya kepada kakitangan kerajaan tentang ketidakadilan dari skim yang lahir dari idea tidak bijak Najib itu. Maka, bantahan rakyat membuatkan Najib tidak senang duduk maka diminta tangguh dan kaji dahulu skim ini dalam tempoh 3 bulan.
Di dalam tempoh tersebut, bantahan rakyat bertambah kuat dan dari risikan hampir 80 % kakitangan awam sudah mula meluat dengan kerajaan yang mengadakan skim yang memperbodohkan kakitangan awam itu. Ini amat menakutkan Najib kerana rata-rata rakyat kini tidak sabar-sabar untuk mengundi di dalam PRU bagi mempercepatkan `kematian' Umno. Najib tiada pilihan lain, dengan wajah selamba tanpa sedikit pun rasa malu jauh sekali dari rasa bersalah, maka Najib lakukan `U-Turn'. Diumumkan bahawa SBPA dibatalkan dan kembali semula kepada SSM.
Apa pula komen pencacai-pencacai `burung belatuk' yang awal dulu menyokong SBPA kononnya sebagai langkah tepat? Sekali lagi pencacai-pencacai ini berbunyi dengan nada yang sama iaitu langkah Najib membatalkan SBPA itu adalah langkah tepat. Ertinya, ada SBPA pun langkah tepat, dibatalkan pun satu langkah tepat. Nampaknya budaya mengampu dan tukang angguk di dalam Umno tidak pernah kurang. Justeru itu, tidak pelik jika pemimpin mereka sapu apa pun kerana mereka pasti akan kata `satu langkah tepat'. Ternak lembu dalam kondo juga langkah tepat, sapu wang zakat langkah tepat dan beli cincin RM24 juta beserta beg tangan pun langkah tepat. Kesihan mereka.
Najib pun kata, pembatalan SBPA yang diumumkan oleh beliau itu bukan disebabkan oleh desakan Pembangkang. Lucu sekali. Jika bukan Pembangkang, siapa? Bukankah kesemua pemimpin Umno bersetuju dengan SBPA dengan menyatakan satu langkah tepat? Jadi, mengapa Najib batalkan pula? Najib tidak perlu malu mengalah dengan desakan PR. Telah banyak bukti menunjukkan Najib terpaksa batalkan plan-plan beliau akibat dari tekanan Pembangkang.
Itulah bertuahnya jika negara ini mempunyai Pembangkang yang kuat. Pemerintah tidak akan mampu melakukan sesuatu yang merugikan rakyat jika kita mempunyai Pembangkang yang mantap. Kerana kekuatan Pembangkang lah maka rakyat dapat menikmati RM100 bantuan sekolah, bantuan RM500 (BR1M) dan kini terbatalnya SBPA. Di masa Umno kuat tahun 2004, adakah rakyat merasa bantuan seperti itu? Pada ketika itu yang rakyat dapat adalah kenaikan harga minyak dan harga barang.
Oleh itu, tiada cara lain untuk membalas budi baik Najib melainkan meletakkan Najib dan Umno pula sebagai Pembangkang di Parlimen pada PRU akan datang./wfauzdin.blogspot.com
1 comment:
Ingin sekali aku lihat berapa besar kipas ampu yang para UMNO miliki.
Secara kesimpulan ahli UMNO kebanyaknya BENGONG.
Post a Comment