Wednesday, April 25, 2012
DBKL DAH JADI POLIS!!! Rampas baju Bersih di Dataran Merdeka
Jika semalam dengan rakusnya merampas tabung derma, awal pagi ini lain pula ceritanya!
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus melakukan gangguan apabila merampas baju Bersih 3.0 yang dijual di Dataran Merdeka, awal pagi tadi.
Tindakan bersifat provokasi itu dilakukan sekumpulan penguat kuasa DBKL kira-kira jam 1.45 pagi ini.
"DBKL mula lakukan provokasi. Rampas baju Bersih 3.0 yg dijual di Dataran Merdeka.
"Gunakan undang-undang sesuka hati. Rampas hak rakyat sesuka hati. Dataran Merdeka jadi Dataran Penjajah!" tulis twitter rasmi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), awal pagi ini.
"Apa lagi yang mereka mahu sebenarnya?" tulis Presiden SMM, Mohd Safwan Anang pula.
Sebelum ini, KEADILAN percaya ada arahan dari pemimpin Umno BN supaya DBKL bertindak keras bagi menggagalkan perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka Sabtu ini.
Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, kerajaan cuba lepas tangan dalam isu Bersih 3.0 dan memindahkan beban itu kepada DBKL yang menerima tekanan supaya menggagalkan acara Duduk Bantah tu.
“Kita tahu tindakan DBKL dan polis di bawah arahan kerajaan BN,” katanya kepada Keadilan Daily ketika diminta mengulas gelagat keras DBKL kebelakangan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Ok la tu poet...cuba kalo BN buat kt negeri pembangkang...pembangkang akan buat mcm tu jgk..guna kn PBT utk utk ambil tindakan..kalo korg rasa nk selamat buat la demo, jual baju bersih kt Dataran Shah Alam ke..dpn pej MB selangor ke...
dbkl pun ada pelihara anjing2 jugak ke?
ingat 11 dari 12 parlimen wilayah persekutuan dimenangi pakatan rakyat, oleh itu dbkl harus menghormati suara rakyat, memahami kehendak rakyat terbanyak, bertindaklah secara adil dan berhemah, bkn ala gangster.
pembangkang BN demo kat mana kena rampas....¿?oleh State Gov PR... mahkamah xda istihar pun lagi baju atau logo bersih 3.0 haram atau boleh dirampas.... dulu 2.0 ye la tapi ada tempoh..
anon 25 April, 2012 17:17
beb...kalo BN setan..jangan tuduh org len pon setan jugak...be matured la..
datarn shah alam da buat pra la..ko xtaw ke...kali ni besar mane dataran shah alam cukup...kehkehkeh..
Post a Comment