Saturday, April 14, 2012

DEMO ANTI LYNAS!!! Berjalan lancar 'diserikan' oleh telatah hodoh pencacai upahan UMNO

Jumaat 13042012 ni, lokasi solat bertukar, dari tempat biasa ke Masjid Sultan Muzaffar , Masjid utama Banda Sungai Petani ni. Jarak dari rumah kami tak melebihi 2km.

Sekitar 1245 sudah memasuki Masjid, memang syahdu jika dapat berada awal didalam Rumah Allah ini.

Khutbah banyak menyentuh tentang Akidah dan hukum Hudud.

Sekitar pukul 215 petang , kami menapak ke Dataran Jam Besar, Sungai Petani.
Kami dan antara yang medahului perarakan dari Masjid ini.
Sudah menanti rakan rakan Tionhua dan India di Dataran ini

&
SP Plaza

Eh, rakan Tionghua pun berarak sama dari Masjid.

Setiap ketua perwakilan dari PR berucap memberi kata kata protes tentang keburukan Lynas

Dalam seronok duk berceramah ini, gang gagak hitam pun datang.
Mereka ni memang haprak .

Mereka datang dari arah Stesen Keretapi Sungai Petani, tak ramai, adalah dalam 30-40 orang, bebudak sekolah yang diupah membawa sepanduk.

Gang gagak hitam dah datang nak provok

Mereka berada diseberang dataran, paling tepat hadapan KFC
Polis berada disebelah gang Umno, lebih selamat agaknya!?
Telatah ahli umno setengah abad yang mengaibkan. Bila Sorang tunjuk punkoq, yang sorang dok pegang apa ?

Fakta ke Auta? Milik Melayu ? Milik Australia? Milik anak mamak Madey dan Australialah, bodoh!!

PAS tolak Melayu Umno aje.

Dalam kami merakam Perhimpunan Aman Anti Lynas ini, serta aksi aksi 'seksi' gang gagak hitam ini, terdengar laungan perkauman ditujukan kepada Perhimpunan. Antara kata kata Melayu pariah ini ;

" Kami tak kacau PAS, kami nak kacau Cina dan India dalam Keadilan dan DAP saja"

Kata kata kesat memang ditujukan kepada warga Tionghua terutamanya, tanpa mereka sedari ada dua tiga rakan MCA/MIC yang berdiri menyorok dibelakang sepanduk.

Engkau fikir sendirilah MCA/MIC oi!!

Budak Tingkatan 3 Sekolah Sunlay....kau dapat berapa RM?

Pejuang AMM!!

Acara tamat sebaik lagu Negaraku dinyanyikan oleh peserta Perhimpunan, kata kata penutup dan doa.

Satu yang kami belajar, kita tidak perlu melenting dengan provokasi Gagak Hitam ini, cukup dengan mengeluarkan sehelai duit kertas RM1.00 dan kita layangkan dari jauh kepada mereka sebagai tanda mahu membeli mereka : tanda murahnya Gagak Hitam yang boleh dijual beli oleh Rakyat Malaysia!!

Kredit harus diberi kepada Unit Amal PAS yang berjaya mengawal ahli PR dari termakan hasutan gang gagak hitam, tidak kepada Polis Apco!! Polis trafik ok lah, kawal lalu lintas, Polis Apco tu, yang 'batu ronson seperti kisahnya ini.

Menapak ke restoran berhampiran, untuk mananti kehadiran pemandu Van Media kami ni.

Sedang minum, masuk segerombolan SB dari PDRM . Kami agak polis, tapi lagaknya ala ala samseng gitu!!

" Wartawan pun sibuk nak ambik gambar!"

"......diorang dapat tahu pasal lembu ni pun sebab duk dengar ceramah lah ni."

Ini sebahagian kata kata biadap polis kepada kami yang disangka wartawan ini. Kah Kah Kah.

Lagi bisa dan brutal kan kawan kawan angkatan mediamaya Sungai Layar? Spesis porno jugak ni.

Biadab dan tidak menghargai tugas wartawan, nasib baik tiada wartawan bersama kami ketika ini. Ingatlah wahai Polis yang berkata biadab ini, anda sebahagian Polis Apco yang kami doakan kehancuran anda bersama Musa Hassan itu!!

Kami tak nak tunggu lama, bagus pun ada gang PR yang masuk dan duduk bersebelahan dengan meja SB polis haprak ini.

Kami 'belah' bila pemandu kami datang untuk diajak kami pulang makan tengahari dirumah.

Beginilah serba sedikit suasana Anti Lynas di Sungai Petani.

Latihan awal sebelum ke BERSIH 3.0 itu!!!!


Latiff Hariri/Jurukamera MIJ.
2058 13042012
Sungai Petani

Dua blog gang Pakatan Rakyat yang menggunapakai foto dari lensa MediaMaya PR Sungai Layar, setakat 1000 pagi 14042012.

Saya terbuka sebab itu tujuan sebenar MediaMaya PR Sg Layar... tapi jurukamera kecewa sebab tidak diberi kredit sepatutnya, hahaha, kena berfikiran terbuka dalam menyedarkan minda lena GagakHitam, itu yang utamanya.

http://kedahla.blogspot.com/2012/04/geng-perangai-hudoh-perkasam-buat-kacau.html http://www.kedahlanie.info/2012/04/demo-lynas-di-kedah-perangai-huduh.html
nukilan... http://izzuddinjanaton.blogspot.com/2012/04/sungai-petani-say-no-to-lynas.html

4 comments:

Anonymous said...

itu lah gelagat beruk umno , tak de modal dah aku rasa beruk umno ni

Anonymous said...

aku bukan nak sokong mana2 pihak...tapi pasal isu lynas ni kan dah jelas pakar2 tempatan dengan antarabangsa cakap selamat kalau ikut procuder2nya....aku betul2 pelik dah terang2 Dr. Che Rosli Che Mat( Pakar Nuklear) cakap selamat....tapi orang PAS sendiri x caya. camana 2??

Anonymous said...

selamat interms of radiation yg x selamat pasal bahan buangannye.. adoi bende camni x leh pikir ke.. buat la research dr pelbagai sudut.. lg pon kilang ni x generate income pon kpd negara.. bagang ape la bg tax exemption smp berbelas tahunn..

Anonymous said...

kalau selamat x kan australia tak nak walaupun nak didirikan dikawasan gurun... ha beberapa negara lain juga x nak... sebab apa... xkan sebab kat sana x dak UBN kot .. lagipun dah beribu kilang lain ditubuhkan kat Msia kenapa x dak orang bantah dah tentu sebab ianya selamat dan menguntungkan negara... bukan jenis merbahaya.... kilang ni pun belum dibuka... x jadi buka nak ruugi apa...kalau dah berpuluh tahun bagi pulangan tiba2 disuruh tutup tu baru la rugi... ngok... mcm dah x ada cara lain yg lebih selamat nak cari pendapatan negara....fikir untuk jangka masa panjang la... biar kurang pendapatan asal jangan derita.....selamanya...ab-mt