Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang sinis pelantikan Teng Chang
Yeow, Setiausaha Parti Gerakan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN)
Pulau Pinang yang baru.
Bagi DPPM, pelantikan Tang Chang Yeow
menunjukkan wajah sebenar UMNO yang begitu lantang sebelum ini membela
nasib dan ketuanan Melayu di Pulau Pinang namun menjadi lembik dan
terkulai apabila Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Pengerusi BN
yang baharu.
Keputusan pelantikan Tan Chang Yeow tidak memeranjatkan
namun ia memperlihatkan lemahnya pemimpin UMNO Pulau Pinang sehingga
tidak layak dilantik ke jawatan tersebut.
DPPM merasa hairan kerana
dalam keadaan Parti Gerakan
yang tidak memenangi sebarang kerusi di Pulau Pinang, mereka masih
diberikan tempat istimewa sebagai Pengerusi BN. Sebaliknya jumlah kerusi
BN di Pulau Pinang banyak dimenangi oleh UMNO, tetapi mereka ditolak ke
tepi.
Keadaan ini menunjukkan bahawa UMNO sebenarnya ‘kuda tunggangan’
Parti Gerakan sehingga akur dan tunduk dengan kehendak parti
tersebut.Pelantikan
ini pastinya sebagai tamparan hebat kepada pemimpin ultra Melayu Pulau
Pinang. Dimana perginya suara lantang pemimpin Melayu UMNO Pulau Pinang
yang kononnya mahu membela umat Melayu di sana.
Mengapa tidak ada satu
suara pun yang bangkit menentang keputusan Presiden UMNO agar pemimpin
UMNO diangkat sebagai Pengerusi BN. Pemimpin UMNO P.Pinang sepatutnya
merasa tercabar kerana mereka dipandang lekeh oleh pucuk pimpinan UMNO
sehingga tidak dipandang langsung untuk mengetuai BN di sana.Mungkin
juga Pengerusi BN yang baharu ini berbeza dengan Ketua Menteri Pulau
Pinang, Sdr Lim Guan Eng dari segi pendekatan.
Mungkin Pengerusi BN ini
telah berjanji untuk memartabatkan bangsa Melayu dan umat Islam di Pulau
Pinang. Mungkin juga umat Islam di Pulau Pinang akan semakin terbela di
bawah pemerintahan ‘Khalifah’ Tan Chang Yeow sekiranya BN menang di
Pulau Pinang. Atau mungkin juga UMNO telah men transformasikan parti
mereka untuk menerima bangsa lain sebagai pemimpin mereka dan pemimpin
negara ini.
1 comment:
Memang UMNO tak ada maruah! Tambahan pemimpin-pemimpin mereka adalah daripada kalangan Eeeeeeee!
Post a Comment