KUANTAN, 21 April - Satu insiden pergaduhan berlaku antara penyokong UMNO dan PAS berhampiran Pejabat UMNO Kuantan, di Jalan Mahkota dekat sini malam tadi.
Kejadian yang berpunca daripada "isu bendera"
itu telah menyebabkan kekecohan dan mengejutkan orang ramai yang lalu
lalang di situ. Masing-masing panik melihat kejadian yang berlaku di
depan mata mereka itu.
Berdasarkan maklumat, kekecohan berlaku gara-gara
tindakan beberapa orang ahli Pemuda PAS Kuantan yang bertindak memacak
bendera parti itu pada pokok-pokok yang terdapat bendera UMNO dan
Barisan Nasional. Ini menyebabkan beberapa orang penyokong UMNO yang
berada berhampiran Pejabat UMNO berhampiran menjadi marah dan
mengarahkan pemuda PAS mencabut semula bendera tersebut.
Mereka kemudian
bertegang leher dan menuduh antara satu sama lain. Ketika itu, kelompok
penyokong kedua-dua pihak mula semakin ramai dan sudah ada yang
menggasak. Sebuah kenderaan polis dengan dua pegawainya yang lalu disitu
kemudian cuma menenangkan keadaan.
Penyokong UMNO marah dan menuduh PAS
cuba menimbulkan kontroversi dengan memasang bendera mereka pada
bendera UMNO BN yang terdapat di pokok-pokok sekitar kawasan terbabit.
Mereka juga mendakwa, bendera itu dipasang di kawasan sendiri
memandangkan bangunan Pejabat UMNO Kuantan terletak berhampiran kawasan
itu. Kenyataan itu ditempelak oleh beberapa orang penyokong PAS yang
mendakwa, UMNO hanya berhak letak bendera di bangunan sahaja tetapi
bukan di pokok-pokok berkenaan.
Malah mereka juga mempertikaikan
tindakan Majlis Perbandaran Kuantan
(MPK) tidak menurunkan bendera UMNO BN di lokasi berkenaan kerana ia
jelas melanggar peraturan yang mereka tetapkan.
Malah, Yang DiPertuanya,
Datuk Zulkifli Yaakob dengan tegas baru-baru ini menyatakan pihaknya akan menurunkan kain rentang, poster dan bendera parti-parti politik yang di pasang di beberapa kawasan penempatan dan jalan raya sekitar bandar ini.
Inilah yang menyebabkan penyokong PAS marah kerana semua bendera mereka
diturunkan di kawasan bandar, sebaliknya bendera UMNO dibiarkan oleh
pihak berkenaan. Inilah yang jadi persoalan di kalangan penyokong PAS.
Kekecohan
yang sepatutnya berakhir sekitar jam 12.00 malam itu, kemudiannya
bertambah panas apabila kehadiran semakin ramai penyokong kedua-dua
belah pihak.
Turut kelihatan hadir Ketua UMNO Bahagaian Kuantan, Dato' Wan Adnan Wan Mamat
serta lain-lain ahli jawatankuasa mereka. Biar pun beliau hadir
menenangkan keadaan, namun tolak menolak terus berlaku di hadapan
bangunan Hongkong & Shanghai Bank
(HSBC). Pihak polis mengarahkan orang ramai bersurai, namun tidak
diendahkan mereka.
Difahamkan, kekecohan kedua itu berpunca daripada
tindakan penyokong UMNO mencabut dan mematahkan bendera-bendera PAS yang
dipasangkan pada pokok-pokok berkenaan. Keadaan semakin kecoh apabila
pergelutan hingga ke jalanraya dan menganggu lalu lintas.
Keadaan
sedikit reda apabila pihak polis sekali lagi mengarahkan kedua-dua
kumpulan bersurai. Beberapa orang anggota polis Cawangan Khas
(SB) juga kelihatan memantau kejadian berkenaan. Keadaan sedikit kecoh
apabila ada beberapa orang lelaki berbangsa India yang berbadan besar
mula masuk campur.
Mujurlah tiada kejadian yang lebih parah berlaku
biarpun ada diantara mereka telah dikasari antara satu sama lain. Ketua
Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusof dilihat tiba di lokasi berkenaan sekitar jam 1.20 pagi ketika kekecohan sudah pun dapat disuraikan oleh beberapa anggota polis yang bertugas.
[Melihat kekecohan yang berlaku malam tadi, ternyata kesalahan bukanlah daripada kedua-dua belah pihak sebenarnya. Ini kerana, pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sepatutnya harus dipersalahkan kerana mereka tidak bertegas dengan undang-undang dan peraturan yang mereka buat.
[Melihat kekecohan yang berlaku malam tadi, ternyata kesalahan bukanlah daripada kedua-dua belah pihak sebenarnya. Ini kerana, pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sepatutnya harus dipersalahkan kerana mereka tidak bertegas dengan undang-undang dan peraturan yang mereka buat.
Jika
arahan untuk membuang mana-mana bendera parti politik, makanya beliau
harus adil kepada semua tidak kira parti kerajaan mahu pun pembangkang.
Apa yang berlaku ini seharusnya dijadikan ikhtibar oleh pihak berkenaan.
Malah, banyak lagi maklumat dimana penguatkuasa MPK hanya menjalankan
tugas membuang mana-mana bendera parti pembangkang di sekitar kawasan
Kuantan.
Namun, mereka biarkan bendera UMNO BN terus berkibar tanpa ada
halangan. Inilah yang menimbulkan kemarahan kepada pihak yang berkenaan
sebenarnya.
Sebagai sebuah agensi kerajaan yang mendapat hasil kutipan
cukai daripada rakyat tanpa membezakan fahaman politik masing-masing,
maka MPK harus bertindak secara profesional dan tidak perlulah
dipengaruhi unsur-unsur politik. Semoga kejadian ini tidak berlaku lagi
hendaknya].
2 comments:
toksah gaduh pasal bendera. biar lantak bendera bn bersepah. bendera pas takde pun takpe... yang penting kerja penerangan dah berjalan dengan lancar. hati pengundi lebih penting dpd bendera tuu.. adios
jangan lupa perjuangan perlu semangat..... bendera adalah semangat dan lambang syiar.... Sydina Hamzah apabila terputus tangan kanan terus memegang bendera dengan tangan kiri dan selepas terputus tangan kiri beliau cuba menegakkannya dengan dagu hinggalah dadanya dibelah dan hatinya dikeluarkan serta dikunyah olehh musuh... syahid cita2 kita...ab-mt
Post a Comment