Wednesday, April 25, 2012
PANAS!!! Pengerusi dan Timbalan Pengerusi adalah ahli UMNO
Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mendakwa pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof serta timbalan, Datuk Wan Ahmad Wan Omar merupakan ahli Umno.
Saifuddin yang mendakwa mempunyai bukti kukuh berhubung keahlian tersebut, turut mencabar kedua-dua peneraju SPR itu supaya menafikan perkara itu, lapor akhbar Sinar Harian hari ini.
"Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno. Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya.
"Saya juga ada maklumat di cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno)," kata Saifuddin seperti dipetik akhbar tersebut.
Beliau menimbulkan perkara itu ketika perhatian umum pada waktu ini tertumpu kepada perhimpunan untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH 3.0 yang akan berlangsung pada Sabtu.
Katanya lagi, beliau akan mendedahkan nama cawangan Umno berkenaan sekiranya Abdul Aziz dan Wan Ahmad tidak menafikan perkara itu.
"Saya minta, esok, mereka menafikan yang mereka bukan ahli Umno. Jika tidak, saya akan dedahkan di cawangan mana mereka menjadi ahli Umno."
Anggota panel SPR tidak sepatutnya condong kepada mana-mana parti politik agar dilihat berkecuali dan bertindak dengan tidak memihak, kata ahli parlimen Machang itu lagi dalam laporan tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Ermm nk tanya la..klu pengerusi dn timb pengerusi ahli umno..pengurus serta petugas2 SPR seluruh negara ni xde ke ahli pas, pkr dn dap..
Nk cri isu biar la yg logik akal..
bodo punya komen pencacai, kena beza la sapa Pengerusi SPR tu dengan petugas SPR.
nak cri isu biar la logik akal?
yang bagi komen lagi tak logik dan tak dak akal,sampai tak tau badan mana bebas politik,
ikut SOP la brader piihak ketua pengurusan dan sokongan berbeza.... dalam prosidur ... top management lavel bagi badan bebas tidak di benarkan tapi sokongan tiada masalah.... logik la tu...
nk kata org x da akai ha..ha..ha.. Betul la kata mantan pm tun dr mahathir x dak org cerdik dlm umno ni.. Dr atas sampai la kbwh..
Post a Comment