Sepasang suami isteri terbunuh manakala 17 cedera termasuk tiga parah
dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan lori di Km 45.2
Jalan Kuala Kangsar-Gerik dekat Kampung Gua Badak di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Gerik, Supritendan Abdul Manab Bahrum berkata,
pemandu lori, Ong Khian Hock, 51, dan isteri, Loh Weng Chan, 46, yang
berasal dari Taman Pengkalan Makmur, Taiping, meninggal dunia di tempat
kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. Mayat mereka dihantar
ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.
Menurut Abdul Manab, kejadian berlaku pada pukul 6 pagi ketika bas
berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Gerik, bertembung dengan
lori yang dipandu Khian Hock yang sedang dalam perjalanan dari Gerik ke
Lenggong.
Katanya, mereka yang cedera parah ialah pemandu bas, Azmi Abdul Rahman,
48, dua penumpang iaitu Norliza Che Moh, 40, dan Fadilah Mahmud, 43 dan
kesemua mereka kini dirawat di Hospital Kuala Kangsar.
Seramai 14 lagi penumpang menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Gerik.
Mereka adalah antara 38 ahli Wanita UMNO Bahagian Gerik yang sedang
dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis Ulang Tahun UMNO Ke-66
di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi. - BERNAMA
10 comments:
mati katak la jawabnya
Yang tak terlibat dgn UMNO pun jadi mangsa?
Guna duit rakyat. Tak berkat. Allah bagi bala CASH.
Kenapa perlu dilibatkan fahaman politik dalam ajal maut manusia. Adakah kita akan membawa baju2 politik masing2 ke dalam kubur.
~Innalillahiwainnailaihirojiun~
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
alahai..nak dapat Rm100..nasib baik x korban..agak nya kalau mati..syahid kot..umno..pejuang orang melayu dan agama islam...x..mati kamu adalah sama..macam..project ngan pelacur..tiba2.mati..ingatlah wahai pencacai umno..sia2 kalau mati..neraka ..geng maha firaun..dek..99.9 peratus..mahathir masuk neraka..
PEGAWAI KHAS NIK AZIZ PUN MATI KEMALANGAN. BALA? NIK AZIZ MAKAN RASUAH ?
Demo bersih tak ada yg meninggal...demo umno parah dik.. Ada yg meninggal ALLAH bayar cash dik....
Padan la nama alahai si luncai. Otak mcm luncai.. najib terjun dgn luncainya.. ha ha ha
Apa ni? UMNOOO mesti masuk syurga, ostad rahim noor dah patwa. Syokla yg mati tu, dh konpom syahid!
Post a Comment