Saturday, May 5, 2012

PANAS!!! Azwan Ali berang Umi Hafilda menyeret ibunya dalam Buletin Utama

http://www.meow.my/wp-content/uploads/2012/05/image.jpg

Semakin hari semakin hangat bahang media massa sekarang bukan? Kami sahaja yang rasa begitu ataupun anda juga merasakan perkara yang sama seperti kami? Namun apa yang menarik perhatian kami hari ini ialah isu yang disiarkan oleh Buletin Utama pada malam ini mengenai ibu kepada Umie Hafilda, Azmin Ali dan juga Azwan Ali.

Niat kami menyiarkan berita ini bukanlah untuk melagakan mana-mana pihak, namun apa yang berlaku, bagi kami agak melampau juga, apabila Azwan Ali ‘berperang’ di laman Twitter nya kerana berang dengan tindakan Umie Hafilda yang menyeret ibunya dalam isu skandal seks Azmin Ali.


Walaupun Azwan Ali seringkali ‘meroyan’ dalam laman twitter miliknya, kali ini ia berbeza sedikit apabila beliau melenting isu ibunya dimasukkan serta memalukan nama baik ibunya dan keluarga Haji Ali. Ikuti screen shot yang kami perolehi daripada twitter Azwan Ali.



Setahu kami, isu antara Azwan Ali dan Umie Hafilda ini pernah hangat sebentar sebelum Azwan Ali bertindak memohon maaf secara terbuka apabila kes mengugut Umie Hafilda kecoh pada tahun lepas. Tapi kini, isu lain pula yang timbul.

Kali ini, Azwan Ali nampak sangat marah dengan berita yang dikeluarkan oleh pihak Buletin Utama TV3 yang bersiaran pada pukul 8 malam tadi kerana menyeret ibunya yang digelar sebagai Mak Tom. Turut sama di dalam berita tadi ialah Umie Hafilda.


Umie Hafilda nampak bersungguh untuk membuktikan bahawa abang mereka, Azmin Ali benar-benar terlibat dalam skandal seks yang dicanang oleh media sekarang bukan? Kenapa ya?


Kami di MEOW, tolak sepenuhnya pergaduhan dan politik kotor yang mampu memburukkan nama sesiapa. *Geleng kepala dan istigfar panjang sahajalah dengan apa yang jadi di Malaysia sekarang ini.


MEOW 

3 comments:

Anonymous said...

Mengapalah korang teruk sangat SERABUTnya ni..berpuak dalam segala isu sampai hilang PEDOMAN. Bagi kes ni, cuba tanya HATI.. Pasal apa la sanggup Ibu yang MELAHIRkan, memBESARkan anak yang tentunya sangat disayangi semasa anak tersebut kecil dulunya SANGGUP MENYUMPAH SERANAH anak tersebut..sampai begitu jelas & nyata penjelasan Ibu Azmin tapi kita masih percaya ianya FITNAH sebab anak yg diseranah tu PEMIMPIN POLITIK pilihan kita???Bukankah sumpah seranah ibu meletakkan anak yg disumpah sebagai ANAK DERHAKA..wahai ahli & penyokong pas yang disayangi, yang mana hatinya benar2 nakkan kejayaan di Akhirat & di dunia, renung2lah kata hambaMu yg hina ni..TAKUTlah bila tanpa disedari, kita SEBENARnya telah menganut AGAMA POLITIK Pakatan Anwar Ibrahim, PAS & DAP ni saudara..bukankah kiranya ini benar, kita telah berada dilandasan SESAT yang TERAMAT..

Timbang-timbanglah SEKUTU anda..ISLAM ada garispanduannya dimana matlamat tidak menghalalkan cara..

Jangan yg dikejar tak dapat..dan dikendong habis dimakan ANJING..moga dpt iktibar dari luahan ini


DINDesa
Bagan Tiang

Tiada kejayaan, keadilan & kemenangan yang SEBENAR sekiranya ianya didapati dengan cara PALSU & MENIPU

Anonymous said...

Salam sejahtera.
Kes ini betul atau salah, hanya Allah yang tahu.
Tak payah heboh lahh,
Kalau kes ini benar, orang yang mengheboh berdosa besar.
Jika kes ini Fitnah, orang yang mengheboh akan mendapat berlipat kali ganda dosa besar.

Oleh kerana ianya berlaku kepada pembangkang, semuanya benar. TV, Radio, Akhbar tolong heboh besar-besaran. Kenapa hal lain yang lebih penting tidak dihebohkan. Tau tak apa yang berlaku di perancis sekarang, sangat menjejaskan Malaysia? kenapa tidak hebohkan

Anonymous said...

Luahan rasa kecewa ibu kepada Pemimpin BESAR PR ni jelas bukan dakwaan apatah lagi FITNAH..bukan jika-jika lagi..saya tak hairan kiranya TV, akbar & Radio juga yg saudara letakkan kesalahan kerana telah saya nyatakan sebelumnya, ramai antara kita telah pun beragamakan politik ni..sebab itulah, kita dengan RELA hati 'membulatkan keputusan' kemungkaran & pemimpin politik anutan tuan sebagai 'FITNAH' dari musuh politk walaupun hati berkata sebaliknya..nafsu kepuasan politik telah pun menguasai ramai diantara kita..secara tak sengaja & ada yg dengan sengaja.. agama,dosa,pahala dibolak-balik bagi menegakkan hujah yg lemah asalkan ianya menyebelahi & memenangkan akal kita biarpun hati berkata sebaliknya..

DINDesa
Bagan Tiang

Tiada kejayaan, keadilan & kemenangan yang SEBENAR sekiranya ianya didapati dengan cara PALSU & MENIPU