KUALA LUMPUR:
“Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara Umno
ingin mengakhiri hayat mereka,” kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau menyatakan demikian menerusi twitter berhubung laporan muka
depan Utusan Malaysia hari ini mengenai demonstrasi sekumpulan NGO di
Kota Darulnaim semalam.
“Saya ditunjukkan dengan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini
yang memuatkan demonstrasi NGO pro Umno di hadapan Kota Darulnaim
semalam yang membawa kereta tolak dan alat-alat pembinaan, kononnya
sebagai 'sumbangan' untuk pembinaan lebuhraya.
“Saya katakan, jika Umno merasakan dengan budaya seperti ini, mereka akan mendapat sokongan, teruskanlah,” tulis beliau.
Tetapi beliau yang juga Mursyidul Am PAS ingin mengingatkan, selepas
tarian punggung, hadiah 'najis' di Pulau Pinang, demonstrasi kepala
lembu dan sebagainya, hari ini dengan perbuatan seperti itu, semuanya
hanya menjatuhkan maruah bangsa Melayu yang kononnya diperjuangkan oleh
Umno.
Percayalah, tegasnya Umno sendiri akan malu dengan perbuatan itu satu hari nanti.
Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara Umno ingin mengakhiri hayat mereka.
3 comments:
Budaya BERSIH yg ok kot..halal..Nyanyok apa! Hahahaha.Air x settle highway 1.8 billion nak buat. Takat janji ayaq lioq Undi PAS masuk Sorga boleh la kot . Hahahaha
Cangkul untuk gali lubang kubur umno termasuk pencacai banggang yang bagi komen bodo di atas
Kepada komentar no 1,ko ckp la apapn,setakat balaci BN cm ko orang dh malas nk layan sb ko dh ketinggalan zaman,org dh ke BULAN,ko dok takuk lama...pasni elok ko dok kt rumah diam2 layan k-pop 2 k,bleh masuk sorga cepat skt...syoh3...
Post a Comment