Sunday, June 17, 2012

KEKUATAN PAS SELANGOR!!! UMNO pasti kalut, ini baru Pra Himpunan Hijau Selangor


SHAH ALAM: Kira-kira 2,000 jentera PAS Selangor hari ini memenuhi Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, dekat sini sempena Himpunan Hijau Fasa 1 peringkat negeri.

Himpunan yang bersifat taklimat dalaman parti  ini disertai jentera dan ahli di peringkat negeri, kawasan dan cawangan sebagai persiapan menghadapi Himpunan Hijau Fasa 2, 15 Julai depan di Stadium Kuala Selangor.

Program di sebelah pagi diisi dengan dua pembentangan kertas kerja selain perasmian oleh Timbalan Presiden, Mohamad Sabu.

Kertas kerja pertama iaitu 'Menuju Putrajaya' dibentangkan oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaafar manakala kertas kerja kedua 'Adab-adab Pilihan Raya dibentangkan oleh Setiausaha Dewan Ulamak, Khairuddin At-Takiri.

Satu lagi kertas kerja mengenai maklumat pilihan raya akan dibentangkan Pengarah Pilihan Raya, Dr Hatta Ramli pada petang ini.

Pada pagi tadi juga, Mohamad melancarkan laman sosial facebook PAS Selangor selepas ucapan perasmian.

Beliau dalam ucapannya mengingatkan jentera agar bersedia sepenuhnya dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi pilihan raya umum yang dijangka paling kotor dalam sejarah.

Beliau turut mengingatkan jentera agar menguatkan Pakatan Rakyat melalui tahaluf siasi.

Sementara itu, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman ketika ditemui berkata, himpunan ini menunjukkan sambutan yang paling baik di semua peringkat di Selangor.

"Siapa kata PAS tak kuat? Himpunan hari ini membuktikan komitmen jentera di semua peringkat.

"Biasa kita libatkan jentera negeri dan kawasan sahaja tapi hari ini jentera cawangan pun turut serta," katanya.

Majlis penutup akan disempurnakan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang jam empat petang ini.

4 comments:

Anonymous said...

itu je dapat kumpul. kalau ikut apa yang digambarkan dengan keadaan sekarang macam dapat kumpul 5x ganda. huh jauh merosot

Anonymous said...

ni la baca tak sempat faham dah nak komen lebih pandai lebih dari rais yatim..baca dulu baru komen...

Anonymous said...

Corak pemikiran ko ni membuktikan apa yg medey ckp tentang hanya yang baghal saja yg ada dlm umporno ni betul...check dulu kapasiti dewan sblum komen

Anonymous said...

Jgn la marah pd pkomen no 1 ,kn mahathir sendiri ckp,skg ni kbanyakn orang cerdik pandai dh sokong pakatan.......so,yg tinggal sokong umno dh tentu la puak2 yg kurang cerdik,kesihani lh mereka...